Shah Alam, 7 Mei – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)telah mengadakan Seminar Kebangsaan Agropelancongan yang telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Dr Azman bin Ismail, Pengerusi Lembaga Pengelola MARDI.
Bertemakan “Kelestarian Agropelancongan Pemangkin Keterjaminan Makanan”, Agropelancongan adalah satu konsep yang menyatukan sektor pertanian dan pelancongan bagi memacu pertumbuhan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menjadi pemangkin keterjaminan makanan memperlihatkan agropelancongan semakin berkembang pesat dengan penawaran aktiviti pertanian seperti tanaman, perikanan, ternakan, industri asas tani (IAT) dan kraftangan.
Seminar yang dianjurkan yang meliputi lima (5) elemen (T.I.C.E.R). ianya bukan sekadar satu platform perbincangan, tetapi sebagai medan perkongsian ilmu dan pengalaman di antara para pemangkin utama dalam bidang ini. Dengan berkumpulnya pakar-pakar dan pengamal industri, seminar ini akan menjadi batu loncatan penting dalam mengukuhkan dan memperluaskan bidang agropelancongan di negara kita.
Menurut Dr Azman, Pertumbuhan sektor agropelancongan merupakan salah satu tonggak penting dalam memperkasa ekonomi negara. Potensi dalam sektor ini harus digali dan dikukuhkan dengan kerangka strategi yang lebih efektif dan komprehensif
dalam memacu pertumbuhan yang berkekalan disamping mampu menangani ancaman dan cabaran masa hadapan. Persidangan yang diadakan ini bukan sekadar satu platform perbincangan, tetapi sebagai medan perkongsian ilmu dan pengalaman di antara para pemangkin utama dalam bidang ini. Dengan berkumpulnya pakar-pakar dan pengamal industri, saya yakin seminar ini akan menjadi batu loncatan penting dalam mengukuhkan dan memperluaskan bidang agropelancongan di negara kita.
Secara keseluruhannya, sebanyak lima (5) sesi utama menjadi objektif pengisian seminar ini yang akan menyentuh isu berkaitan Senario, Isu Semasa dan Cabaran, Adaptasi Inovasi dalam Agropelancongan, Pelan Strategik Melestarikan Agropelancongan , Cerita Agrotourism Kita dan Forum Agropelancongan. Tujuh belas (17) kertas kerja akan dibentangkan oleh pakar-pakar dan pengamal industri dan akan diakhiri dengan lawatan teknikal di Taman Agro Teknologi MARDI Tanjong Karang.
Bersempena dengan majlis perasmian persidangan tersebut, Dr Azman turut melancarkan buku Meeah (coffee table) “Menuai Permata Agropelancongan”. Buku mewah ini membincangkan sektor agropelancongan yang memberi manfaat kepada komuniti dengan meningkatkan pendapatan melalui pelbagai perkhidmatan pelancongan, serta mempromosikan kelestarian alam semula jadi dan budaya tempatan.
Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI; Dr Asfaliza binti Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) dan Dr Sanimah binti Simoh, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan dan Operasi).
Pengarang
-
Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia
-
Pusat Komunikasi Korporat
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM
43400 Serdang
Selangor -
03-8953 7201
-
03-8953 7220
-
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. -
https://www.mardi.gov.my