Teknologi MARDI
Halaman 3 dari 9: Halaman 3
Teknologi Hortikultur
-
BUAH-BUAHAN
HIBRID BAHARU BELIMBING MSTAR 1
Telah diisytiharkan pada 7 April 2019 di MARDI Kluang Johor. Mempunyai tahap kemanisan yang tinggi sekitar 11% Brix tanpa rasa kelat, aroma yang wangi dan tekstur isi yang rangup.
HIBRID BAHARU BELIMBING MSTAR 2
Bentuk buah mirip kepada klon B10 dengan kepak buah yang lebih tebal dan warna kulit yang lebih kekuningan. Saiz buah adalah besar (192 g), mempunyai kandungan vitamin C yang tertinggi (87.3 mg/100 g), asid oksalik terendah (0.08 g/100 mg) dan tekstur isi lebih rangup daripada klon B10 dan tiada rasa kelat.
HIBRID BAHARU BELIMBING MSTAR 3
Saiz buah adalah besar (203 g), lebih manis daripada B10 (TSS: 10.1% Brix), kandungan vitamin C yang hampir sama dengan B10 dan B17, tekstur isi yang sedikit lembut daripada B10 dan tiada rasa kelat.
HIBRID BAHARU NANAS L1
Berat buah lebih tinggi (1.5 kg) berbanding dengan Josapine (1.2 kg). Berbentuk silinder dengan warna isi kekuningan dan tinggi kandungan pepejal terlarut (15 - 21% Brix) dengan asid sederhana (0.5%). Buah manis, beraroma, tekstur isi buah yang lembut dan empulur yang agak rangup serta kurang rasa lidas.HIBRID BAHARU NANAS MS16
Dilancarkan pada 17 Disember 2023 di MARDI Pontian, Johor. Berat purata 1.5 kg dan berpotensi menghasilkan sehingga 48 t/ha. Pengeluaran bahan penanaman yang banyak, melebihi lima sulur pada satu masa dan toleran terhadap penyakit reput teras bakteria. Nilai kemanisan tinggi iaitu 16 - 21% Brix, isi berwarna kuning, rasa kurang lidas, tekstur rangup, aromatik, kurang bersera dan sesuai untuk dimakan segar.TOLERICA: BETIK TOLERAN PENYAKIT MATI ROSOT
Toleran pada serangan penyakit mati rosot, hasil tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dengan Eksotika (60 - 90 t/ha), berat buah 1.1 - 1.3 kg, tahap kemanisan TSS 12-13% Brix, tinggi buah pertama 70 - 80 cm dari tanah dan tempoh tuaian pertama ialah sembilan bulan dari tarikh semaian biji benih.KLON RAMBUTAN BAHARU MUTIARA MERAH
Berat 35.7 g dan mempunyai 53.5% perolehan isi. Masak 2 - 3 minggu lebih awal berbanding dengan varieti R191. Varieti ini telah diisytiharkan pada tahun 2018.KLON RAMBUTAN BAHARU MUTIARA WANGI
Bentuk bujur, kulit merah gelap, bulu hijau, buah lebih besar berbanding dengan Mutiara Merah yang mempunyai berat 37.2 g, isi yang lebih aromatik dan separa pejal. Hasilnya 26.2 kg sepokok, yang jauh melebihi R191 yang hanya 18.5 kg sepokok.VARIETI MANGGA BAHARU BERKULIT MERAH Dua jenis varieti dibangunkan. SB019 memiliki kulit merah tua dan isi oren, saiz buah sederhana (250 - 350 g), berbentuk oval dan rasanya manis dengan Brix 18 - 21%. Hasil tinggi, berbuah setiap tahun, bebas dari IFR dan pokoknya semikerdil.
SB019SB003 pula mempunyai kulit merah cerah dan isi oren, saiz buah yang boleh dipasarkan (350 - 450 g), rasa manis sedikit masam dengan Brix 18 - 20%. Berbau wangi, kaya dengan vitamin C, berhasil tinggi, berbuah setiap tahu dan bebas dari masalah insiden reput dalam buah (IFR).
SB003
2KRP73KRP4 KLON BAHARU POMELO MUTAN 2KRP7 DAN 3KRP4
2KRP7 kategori buah manis (9 - 11% Brix) dan 3KRP4 pula adalah buah masam manis (10 - 12% Brix). Kandungan asid rendah berbanding dengan klon komersial iaitu 0.15 - 0.16% bagi 2KRP7 dan 0.66 - 0.73% bagi 3KRP4. Kandungan jus kedua-dua klon antara 262 - 315 mL dengan kandungan vitamin C yang tinggi antara 45 - 52 mg/100 g. Berat buah adalah 1.2 - 1.7 kg dan mengeluarkan hasil yang tinggi iaitu antara 257 - 371 kg/pokok/tahun. Warna ulas adalah merah jambu (2KRP7) dan kuning (3KRP4) serta tidak mempunyai rasa pahit/pedar. Manakala pokok tidak mempunyai duri dan didapati lebih rendah berbanding dengan klon komersial.
TEKNOLOGI TUNAS DAUN JAMBUL NANAS
Penghasilan secara besar-besaran 30 - 40 bahan penanaman baru daripada satu pokok induk, tidak dipengaruhi oleh perubahan iklim kerana kecekapan sistem kebuk propagasi pengairan kendiri (mengurangkan kerugian lepas tuai <4%), 100% tulen kerana 0% variasi somaklonal, tempoh peringkat semaian pendek 3 - 4 bulan, kos pengeluaran rendah (RM0.10 - RM0.30).Jambul nanas MD2 Stem kebuk propagasi pengairan Buah nanas MS16 di tanah Baja campuran urea dan potassium FORMULASI BAJA OPTIMUM BAGI NANAS MS16 DI TANAH GAMBUT
Baja tunggal Urea (46% N), Triple Super Phosphate (46% P2O5) dan Potassium Sulphate (K2SO4 50% K2O) dicampurkan dan dibekalkan sepanjang tempoh vegetatif. Penjimatan kos baja sehingga 20% berbanding dengan pembajaan nanas menggunakan baja sebatian NPK.
UMPAN PROTEIN BAHARU BAGI KAWALAN LALAT BUAH
Berkesan, efektif kos, mudah dihasilkan, mampan, mesra alam dengan jangka hayat simpanan panjang untuk pengawalan lalat buah setanding produk komersial. Jangka hayat formulasi menjangkau lebih 12 bulan selepas penghasilan dari aspek keberkesanan tarikan umpan. Produk ini juga hanya spesifik ke atas lalat buah sahaja dan tidak mengganggu serangga bermanfaat bukan sasaran.
TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINIMUM BUAH-BUAHAN
Tempoh hayat penyimpanan produk pemprosesan minimum buah antara 2 - 3 minggu pada suhu 2 °C. Antara produk Myang berjaya dibangunkan ialah nanas, nangka, durian dan melon. Teknologi sedia untuk dipindahkan secara public good kepada industri.TEKNOLOGI SALUTAN BUAH-BUAHAN
Memanjangkan jangka hayat penyimpanan mangga, betik, nanas dan pitahaya (4 - 5 minggu) dalam suhu 10 - 13 °C. Melambatkan proses pemasakan, perubahan warna kulit buah, mengurangkan kadar kehilangan berat dan mengawal penyakit serta mencantikkan luaran kulit buah-buahan (segar dan berkilat).
Rupa durian Musang King selepas
disejukbeku secara pembekuan kriogenikProduk sejuk beku durian PAKEJ TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN KRIOGENIK BUAH DURIAN UNTUK EKSPORT
Durian Musang King dibekukan dengan pembekuan kriogenik untuk menghasilkan durian sejuk beku dalam bentuk biji bagi keperluan pasaran eksport. Pakej teknologi ini merangkumi rawatan sanitasi yang disyorkan untuk keselamatan makanan dan bebas perosak kuarantin.
TEKNOLOGI KOMBINASI SUHU RENDAH DAN PEMBUNGKUSAN UNTUK PEMANJANGAN HAYAT SIMPANAN DURIAN SEGAR
Penyimpanan durian segar Musang King pada suhu 5 °C dengan pembungkusan plastik polietilena berketumpatan rendah (LDPE) dapat mengekalkan kualiti optimum durian segar sehingga 21 hari. Teknologi sedia untuk dipindahkan secara public good kepada pengeksport buah-buahan.
Pembungkusan durian segar menggunakan plastik polietelina berketumpatan rendah (LDPE) dengan ketebalan 0.04 mm dan pengekalan kualiti ulas yang baik.
Aruhan pemasakan buah menggunakan gas etilina untuk
mendapatkan keseragaman pemasakan buah nangka J33Penyimpanan buah nangka J33 yang
diaruh masak pada suhu suboptimumTEKNIK PENYIMPANAN SUHU SUBOPTIMUM UNTUK PEMANJANGAN HAYAT NANGKA SEGAR
Teknik aruhan dengan agen pemasakan etilena yang disimpan pada suhu suboptimum serendah 2 °C bagi Nangka J33. Teknik ini membolehkan J33 disimpan selama tiga minggu (insiden reput kurang daripada 10% dan kemanisan buah kekal 22 - 24 %). Teknologi ini sedia untuk dipindahkan secara public good kepada pengeksport nangka.
TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN KRIOGENIK BUAH NANGKA UNTUK EKSPORT
Proses penyejukbekuan kriogenik untuk nangka dalam bentuk sebiji; 4 jam pada suhu -80 °C bagi memastikan suhu teras buah (14.5 kg) mencapai -18 °C. Teknik nyah beku secara perlahan pada suhu 10 °C semalaman (15 jam), membantu mengawal perubahan warna empulur nangka dan mengekalkan ketegaran ulas nangka. Boleh disimpan sehingga enam bulan pada suhu -18 °C. Dengan hayat simpanan yang panjang, nangka boleh dieksport ke pasaran luar negara lebih jauh dengan menggunakan kapal laut.
Rupa buah nangka yang telah
disejukbeku secara pembekuan kriogenik.Keadaan kualiti ulas nangka selepas dinyahbeku.
Proses penyejukbekuan ulas nangka secara kriogenik.
TEKNIK PENYEJUKBEKUAN ULAS NANGKA UNTUK PASARAN EKSPORT
Sesuai untuk penghantaran jarak jauh tanpa menjejaskan kualiti buah selama enam bulan. Tempoh penyimpanan lama membolehkan produk ulas nangka sejuk beku boleh dipasarkan di pasaran yang lebih jauh dan mengurangkan kehilangan lepas tuai serta masalah lambakan industri nangka.
TEKNOLOGI SALUTAN PERMUKAAN UNTUK EKSPORT NANGKA KE CHINA
Prosedur operasi standard dengan rawatan salutan buah untuk mengeksport nangka segar ke China berjaya mengekalkan kualiti J33 yang dianggap premium di China. Kualiti buah nangka masih terpelihara walaupun selepas penghantaran dua minggu ke China.
Buah disalut EONature
Buah tanpa salutan kualiti luaran nangka yang disalut EONature (kiri) dan tanpa salutan (kanan) di China
Buah betik di dalam pembungkusan atmosfera terubah suai (MAP)KOMBINASI TEKNIK PRAKONDISI SUHU DAN PEMBUNGKUSAN MAP UNTUK PEMANJANGAN HAYAT SIMPANAN BETIK SEGAR
Gabungan prakondisi suhu dan MAP mengekalkan kualiti betik di bawah simpanan pada suhu suboptimum serendah 7 °C tanpa masalah kecederaan sejuk dingin, dengan jangka hayat yang lebih lama (empat minggu) berbanding dengan hanya dua minggu untuk teknik pengendalian konvensional.
-
SAYUR-SAYURAN
-
PERTANIAN BANDAR
CANOPYTECTURE
Sistem struktur penyokong pelbagai guna untuk penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar atau memanjat. Struktur ini dilengkapi dengan pasu self-watering container (SWC) yang menyimpan dan mengagihkan air dengan tindakan kapilari kepada tanaman, mengurangkan keperluan penyiraman manual dan pembaziran air.
Struktur canopytecture yang mampu menampung
pokok jenis menjalar atau memanjatHasil buah rockmelon menggunakan sistem canopytecture
Penanaman salad di dalam cube-grow yang boleh terus CUBE-GROW
Kiub pertumbuhan sayur-sayuran yang dilengkapi sumber pencahayaan Light Emitting Diode (LED) dan sistem pengudaraan untuk menghasilkan persekitaran dalaman yang sesuai. Menghasilkan sayuran yang segar, bebas racun, bernutrisi dan selamat dimakan. Sesuai untuk penanaman sayur-sayuran berdaun seperti sawi, bayam, kailan dan juga microgreen.
EZGROW™
Medium tanaman yang dipadatkan kepada bentuk kiub dengan beberapa saiz yang berfungsi sebagai medium percambahan biji benih dan pembesaran anak benih, tanpa perlu adanya tray dan pasu plastik. Teknologi ini berpotensi untuk menghasilkan anak benih (transplant) yang baik, bermutu dan efisien bagi pengeluaran sayuran, bungaan, herba dan keratan.
Transformasi sistem pengeluaran anak benih sayur-sayuran, herba, keratan dan pokok bunga daripada konvensional kepada EZGROW™
Konsep Greenkit Greenkit yang ditanam pelbagai sayuran, ulaman dan herba GREENKIT
Mengatasi masalah penyiraman yang perlu dijalankan setiap hari bagi tanaman ulam, herba dan sayur-sayuran. Terdiri daripada takungan plastik yang terbahagi kepada dua ruang yang terpisah, iaitu takungan air (reservoir) di bahagian bawah dan takung penanaman yang mengandungi medium penanaman di bahagian atas.
HIDROPONIK TEKNIK ALIRAN NIPIS (NUTRIENT FILM TECHNIQUE-NFT) BERTINGKAT
Model mini sistem hidroponik menggunakan teknik Aliran Nipis (Nutrient Film Technique-NFT) yang dilengkapi pencahayaan LED untuk penanaman secara indoor. Model ini bersifat mudah alih dan sesuai untuk perkebunan di rumah.Teknik Aliran Nipis (Nutrient Film Technique-NFT) bertingkat dilengkapi sistem pengairan dan pencahayaan LED
Sistem Vertiplanter™ dengan tanaman ornamental
BEKAS PENYIRAMAN KENDIRI (SWC)
Menyelesaikan masalah pengurusan air dan penggunaan tenaga dalam penanaman secara vertikal dengan menggunakan kaedah self-watering. Boleh diaplikasikan secara versatile; penanaman di ruangan terhad, berupaya menurunkan suhu persekitaran dan sesuai di dalam bangunan tanpa masalah pemasangan dan kotoran.
KILANG TANAMAN
Sistem pengeluaran tanaman intensif dan konsisten dalam struktur tertutup dan terkawal yang mana semua faktor pertumbuhan tanaman seperti cahaya, suhu, karbon dioksida, kelembapan udara, nutrien, air dan aliran udara dikawal serta dipantau. Teknologi ini tidak memerlukan tanah, terhindar daripada ancaman penyakit, persekitaran tanaman yang bersih, penggunaan air dan baja yang cekap, hasilan segar dan bernutrisi, produk yang bersih dan selamat dimakan, 100% bebas racun dan produktiviti berganda 4 - 10 kali.
Model kilang tanaman skala gudang dan kilang tanaman kontena di MARDI
SOP Pengurusan Faktor Biologi Kilang Tanaman MARDI yang telah dibangunkan
Faktor biologi kilang tanaman terdiri daripada alga, serangga dan mikroorganisma PENGURUSAN FAKTOR BIOLOGI KILANG TANAMAN
Terdapat beberapa faktor biologi yang melibatkan kontaminasi alga, mikroorganisma dan serangga yang perlu dikawal. SOP dibangunkan untuk pengurusan faktor-faktor biologi ini supaya berada pada aras yang rendah.
-
TANAMAN HIASAN
HIBRID BAHARU ORKID ARUNDINA SURIA
Dilancarkan pada 2 Disember 2017. Jenis semiminiatur, boleh tumbuh sehingga 60 cm tinggi, tahan panas dan sangat subur. Bunga adalah putih ke merah jambu, bersaiz sederhana, 5 - 6 cm lebar dan 4 - 5 cm panjang.
Arundina Suria
Arundina MentariHIBRID BAHARU ORKID ARUNDINA MENTARI
Dilancarkan pada 2 Disember 2017. Tahan kepada cuaca panas, menghasilkan bunga sepanjang tahun dan berwarna ungu gelap. Jangka hayat bunga adalah tiga hari, namun densiti bunga yang banyak pada ranting menampakkan bunga kembang sepanjang masa.ORKID TRICHOVANDA MARDI
Menghasilkan 6 - 8 kuntum bunga yang wangi pada setiap tangkai (kira-kira 30 cm panjang), berbunga lima kali dalam setahun. Saiz purata bunga adalah 6.5 cm secara melintang dan 6 cm secara menegak. Bunga berwarna hijau kekuningan dengan bintik coklat, boleh bertahan selama 33 hari, tahan panas, berbunga apabila tinggi pokok mencapai kira-kira 33 cm dan sesuai digunakan sebagai orkid hiasan pasu.
Bunga Trichovanda MARDI yang bewarna hijau kekuningan dengan bintik coklat dan berbau wangi
Pokok orkid Trichovanda MARDI tahan panas dan mampu berbunga sehingga 5 kali setahun
Formulasi multispesies yang telah dikomersialkan MULTISPESIES
Menghasilkan komuniti tanaman baharu, memulihara kepelbagaian biologi, meningkatkan nilai estetik taman, memudahkan penyelenggaraan tanaman dan melestarikan landskap taman. Teknologi dapat memberi impak naturalistik iaitu komuniti tanaman kelihatan unik dan semula jadi, impak warna-warni, landskap dinamik dan komuniti tanaman bunga bungaan semusim yang lebih lestari untuk jangka masa panjang. Melalui kaedah penanaman secara percampuran, komuniti tanaman hiasan dapat mengeluarkan bunga-bungaan dalam tempoh yang panjang dan kurang penyelenggaraan.TEKNOLOGI PEMBIAKAN TANAMAN HIASAN PASUAN
Tanaman hiasan yang telah disaring oleh MARDI ialah Peperomia puteolata, Schismatoglottis calyptrata, Scindapsus pictus, Piper porphyrophyllu, Ledebouria socialis var pauciflora, Ledebouria petiolata, Peperomia argyrei, Tradescantia sp., Alocasia reginula dan Eugenia sp.