Teknologi MARDI
Halaman 4 dari 9: Halaman 4
Teknologi Kejuruteraan
-
PERTANIAN TEPAT DAN PINTAR
-
MEKANISASI LEPAS TUAI
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGURANGAN KEHILANGAN LEPAS TUAI PADI
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah memberi mandat kepada MARDI untuk menjalankan kajian verifikasi kehilangan lepas tuai padi pada tahun 2015 – 2016 dan mengenal pasti kaedah-kaedah yang boleh mengurangkan kehilangan ini.SISTEM MEKANISASI LADANG BAGI PENGELUARAN TEMBIKAI
Teknologi yang dibangunkan adalah penambahbaikan sistem pengeluaran tembikai secara konvensional sedia ada dengan memberi penekanan kepada penggunaan mekanisasi bagi operasi yang terpilih.SISTEM MEKANISASI LADANG PENGELUARAN UBI KELEDEK
Hasil daripada penyelidikan yang telah dilaksanakan, MARDI telah membangunkan pakej kejenteraan ladang yang lengkap bagi membantu para petani yang terlibat dalam pengeluaran ubi keledek.MESIN KOMPOS
Mesin kompos (Compo Bin) berkapasiti 15 kg dibangunkan untuk memproses sisa tanaman secara berterusan, dilengkapi dengan motor 25 W untuk menggaul sisa dan mempercepatkan proses pengomposan.SISTEM MEKANISASI LADANG BAGI PENGELUARAN TEMBIKAI
Teknologi yang dibangunkan adalah penambahbaikan sistem pengeluaran tembikai secara konvensional sedia ada dengan memberi penekanan kepada penggunaan mekanisasi bagi operasi yang terpilih. Sistem mekanisasi ladang bagi pengeluaran tembikai terdiri daripada beberapa teknologi mekanisasi yang dipakejkan bermula daripada operasi penyediaan tanah hingga penuaian.APLIKASI MUDAH ALIH PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENYELARASAN JENTUAI
Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dibangunkan untuk mengurangkan kehilangan lepas tuai padi pada tahap kurang daripada 5% ketika aktiviti penuaian. Bagi memudahkan operator atau mekanik menjalankan pemeriksaan semasa aktiviti penuaian dan penyelenggaraan jentuai, satu aplikasi mudah alih yang mengandungi SOP operasi dan SOP penyelenggaraan telah dibangunkan. Aplikasi mudah alih ini terdiri daripada senarai semak pemeriksaan keadaan plot dan spesifikasi teknikal jentuai. Ia juga mengandungi senarai semak untuk penyelenggaraan jentuai bagi memastikan jentuai diselaraskan berdasarkan SOP terlebih dahulu sebelum dibawa ke lapangan. -
MEKANISASI LADANG
SISTEM 4 SEPARA RANTAI UNTUK TRAKTOR
Sistem 4 separa rantai untuk traktor digunakan bagi mengurangkan kerosakan kepada lapisan keras tanah sawah padi dengan meningkatkan keluasan kawasan sentuhan dengan tanah dan mengurangkan tekanan kepada tanah.PEMBAJAK ALUR SUBPERMUKAAN (MOLE DRAIN)
Pembajak alur subpermukaan merupakan implemen yang dipasang pada traktor dan berfungsi untuk mengeluarkan air bertakung dalam petak sawah. Teknologi dibangunkan bertujuan mengatasi masalah tanah jerlus di sawah.IMPLEMEN 3 DALAM 1: MEMBUAT BATAS, MEMBAJA DAN MENGAWAL RUMPAI
Implemen pembatas piring 3 dalam 1 telah dibangunkan bagi membantu aktiviti pertanian di ladang. Implemen ini digunakan untuk membuat batas tanaman, membaja dan merumpai secara serentak.GROUSERS RINGAN UNTUK TREK PERTANIAN: PENYELESAIAN BAHARU UNTUK MASALAH TANAH LEMBUT
Polyoxymethylene (POM) dipilih sebagai tapak sistem trek berantai kerana ringan, ketegaran tinggi, ketahanan impak, rintangan lelasan, dan kestabilan hidrolisis, dengan kegelinciran bawah 20% dan kejerlusan kurang 30 cm. -
PEMPROSESAN MAKANAN
ALAT PEMBENTUK KUIH PENERAM
Alat pembentuk kuih peneram dibangunkan dengan memberi fokus untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, penghasilan kualiti produk yang konsisten dan bersih, kos penghasilan yang rendah, ringan, mudah dibawa dan mudah dibersihkan serta tidak memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya.ALAT MINI LEMANG MARDI
Alat mini lemang MARDI merupakan alat untuk memasak lemang bagi kegunaan pada peringkat domestik.KETUHAR LEMANG
Teknologi Ketuhar Lemang dibangunkan untuk memastikan keaslian rasa, kebersihan, kecekapan operasi, dan kos pengeluaran, serta dilengkapi dengan sistem pemanas elektrik atau gas untuk mengawal kualiti dan keseragaman produk berbanding dengan kaedah konvensional.ALAT PENYAHIDRATAN MADU KELULUT
Alat penyahidratan madu kelulut dibangunkan untuk menurunkan kandungan kelembapan madu ke julat kelembapan yang sesuai.