Teknologi MARDI
Halaman 8 dari 9: Halaman 8
Teknologi Sains Ternakan
-
BAKA TERNAKAN
BAKA LEMBU KEDAH-KELANTAN (KK) ELIT
Lembu KK Elit ialah baka tempatan yang sesuai untuk penternakan, dengan pejantan matang 430 - 460 kg dan induk betina 220 - 250 kg pada usia 3 - 4 tahun. Ia tahan terhadap parasit, beradaptasi dengan iklim Malaysia, dan memiliki prestasi pembiakan yang baik (kadar kebuntingan 80 - 90%). Lembu ini dapat menghasilkan karkas 56% dengan nisbah daging ke tulang 4.9:1, serta boleh makan semua jenis rumput yang sesuai, menjadikannya pilihan ideal untuk penternak.
KAMBING KATJANG X BOER (BK)
Kambing BK ialah baka tempatan yang sesuai untuk penternakan, dengan berat matang 48 - 50 kg pada umur dua tahun dan daya tahan tinggi terhadap cacing. Ia mempunyai prestasi pembiakan yang baik (kadar kebuntingan 88.7%, kelahiran 121.4%, dan 42% anak kembar) serta boleh dibiakkan seawal usia 10 bulan. Kambing ini menghasilkan karkas berkualiti tinggi (49 - 51%) dengan nisbah daging ke tulang 3.65:1 dan kurang berbau hamis, menjadikannya pilihan ideal untuk penternak.
AYAM KAMPUNG MARDI/AYAM SAGA
Ayam Saga merupakan baka ayam kampung asli tempatan yang bersifat dwifungsi bagi pengeluaran daging dan telur dan sesuai diternak di dalam semua jenis sistem pengeluaran.
-
FORMULASI
PAKEJ FORMULASI PEMAKANAN TEPAT (PRECISION FEEDING) KATJANG-BOER
Teknologi ini dapat membantu penternak mencapai berat optimum ternakan dengan formulasi mengikut peringkat produksi. Teknologi ini berupaya membantu meningkatkan berat badan ternakan sehingga ke 35 – 40%.
FORMULASI MAKANAN AYAM BERASASKAN SUMBER TEMPATAN
MARDI juga berjaya menghasilkan dua jenis formulasi makanan ayam kampung iaitu berasaskan hampas isirung sawit dikenali sebagai PKfeed dan berasaskan temukut. Penggunaan bahan tempatan ini mampu menggantikan lebih 40% jagung import dan mil kacang soya.
PEMAKANAN TEPAT (KAMBING BK, LEMBU BRAKMAS DAN LEMBU KK ELIT)
Konsep pemakanan tepat adalah pemberian makanan ternakan mengikut keperluan nutrisi bagi meningkatkan tahap produksi dan kualiti baka yang dihasilkan. -
PEMPROSESAN & BIOPEMPROSESAN
MESIN PEMBUATAN SILAJ OTOSIL
Mesin Otosil® berfungsi untuk menghasilkan silaj iaitu sejenis makanan ternakan ruminan yang mengalami proses pemeraman dan dihasilkan dalam bekas kedap udara yang dibuat sama ada plastik atau tong drum.
-
GENETIK
PENANDA MOLEKUL SNP BAGI KATJANG TULEN
Teknologi ini menyediakan satu platform yang lebih tepat melalui aplikasi teknologi DNA bagi pengenalpastian komposisi baka kambing tulen. Oleh yang demikian, pembangunan baka baharu akan lebih tepat dan berkesan, secara langsung dan mengurangkan kos yang terlibat.
PENANDA MOLEKUL KAMBING KACUKAN KATJANG-BOER
Penanda genetik membantu dalam pemilihan kambing kacukan Katjang-Boer yang mempunyai prestasi pertumbuhan baik di peringkat awal iaitu seawal umur enam bulan dengan lebih tepat.PENANDA MOLEKUL UNTUK BAKA TERPILIH BRAKMAS DAN KEDAH-KELANTAN
Panel penanda SNP boleh digunakan oleh pembaik baka lembu dalam pengenalpastian/pengesahan tahap ketulenan baka atau komposisi darah baka tersebut sebelum memulakan sebarang program pembaikbakaan.