Teknologi MARDI
Halaman 2 dari 9: Halaman 2
Teknologi Bioteknologi dan Nanoteknologi
-
PRODUK KESIHATAN
BLACK G: PRODUK KESIHATAN BERASASKAN KUNYIT HITAM
Produk ini sesuai diambil sebagai makanan tambahan untuk warga tua, dewasa dan ahli sukan kerana mampu meningkatkan kesihatan, kecergasan pengaliran darah dan kekuatan otot serta mengurangkan keletihan dan obesiti di samping meningkatkan hormon.FIGSOL: KAPSUL DAN MINUMAN KESIHATAN DENGAN BAHAN BIOAKTIF DARIPADA BUAH TIN
FigSol dalam bentuk kapsul dan minyak yang diekstrak daripada daun tin kaya dengan bahan aktif furanocoumarin dan epigenin glucoside. Sebatian yang terkandung di dalam daun tin menunjukkan ia bermanfaat sebagai antioksida, antitumor dan antikanser kerana mengandungi coumarin dan flavonoids.
TERUNGOLD™: MINUMAN FORMULASI TERUNG ASAM BAGI MENGAWAL BERAT BADAN
TERUNGOLDTM ialah produk yang diperbuat daripada buah terung asam Sarawak (Solanum ferox). Keberkesanan produk dalam memerangi obesiti, mencegah penambahan berat badan dan mengurangkan berat badan yang berlebihan telah dikaji.CLEOSAFE: KRIM ANTIRADANG BERASASKAN SAYUR MAMAN
Cleosafe kaya dengan fitokimia semula jadi dan berpotensi merawat keradangan kulit setara dengan ubatan NSAIDs (diclofenac sodium) yang dijual secara komersial di pasaran. -
BIOSENSOR
TEKNOLOGI PENANDA DNA UNTUK PENGESAHAN KETULENAN VARIETI TANAMAN DAN BAKA TERNAKAN
Teknologi penanda molekul diperkenalkan dalam sektor pertanian negara bagi membantu dalam menghasilkan varieti tanaman dan baka ternakan yang superior serta benih berkualiti tinggi.PENGESANAN PANTAS MALACHITE GREEN DALAM INDUSTRI AKUAKULTUR
Pengesanan total Malachite Green (MG) ini adalah berdasarkan format perencatan enzim dengan substrat pada strip elektrod karbon. Kit ini mengesan total MG serendah 0.25 ppb sepantas 5 minit berbanding dengan teknik instrumentasi LC-MS untuk analisis sampel ikan.PENGESANAN PANTAS RACUN PEROSAK DITIOKARBAMAT DALAM SAYUR-SAYURAN MELALUI TEKNOLOGI BIOSENSOR ENZIM
Kit biosensor elektrokimia berasaskan enzim yang dibangunkan ini adalah untuk pengesanan racun pestisid dari kelas ditiokarbamat iaitu zineb, macozeb, thiram dan maneb.PENGESANAN PANTAS MIKOTOKSIN (AFLATOKSIN B1, OKRATOKSIN A DAN FUMONISIN B1) DALAM JAGUNG BIJIAN
Kit pengesanan pantas mikotoksin di lapangan ini adalah teknologi biosensor berasaskan IoT. Antibodi poliklonal yang digunakan dalam kajian ini dihasilkan secara in-house dan dipegunkan di atas elektrod skrin bercetak karbon berfungsi dengan jaringan polimer dan emas nanokoloid.TEKNOLOGI BIOSENSOR BAGI PENGESANAN PANTAS PENYAKIT PADI (BLB,BLS DAN KARAH)
Teknologi biosensor berasaskan antibodi poliklonal (imunosensor) dibangunkan dengan menggunakan elektrod karbon bercetak skrin terubah suai dan peranti pembaca biosensor mudah alih.PENGESANAN NANO PANTAS ALGA AKUATIK BERBAHAYA
MARDIsense Algae Bloom Biotoxin Sensor Kit merupakan satu inovasi bagi aplikasi pemantauan dan pengesanan pantas biotoksin jenis saxitoxin (STX) yang dihasilkan oleh alga Alexandrium minutum dalam sampel air laut dan produk kerang-kerangan. -
BIODIAGNOSTIK
TEKNOLOGI FLOCTEST SERTA LAMP-GUMPALAN PARTIKEL KARBON BAGI PENGESANAN PENYAKIT DARAH PISANG (BDB)
Teknologi diagnostik yang menggabungkan teknik loop mediated isothermal amplification (LAMP) dan penggumpalan partikel karbon juga dibangunkan untuk pengesanan awal penyakit BDB pisang.TEKNOLOGI FLOCTEST SERTA LAMP-GUMPALAN PARTIKEL KARBON BAGI PENGESANAN PENYAKIT PADI (BLB, BLS DAN KARAH)
Kit diagnostik FlocTest mengesan patogen dalam masa 30 minit dan tidak melibatkan peralatan canggih, memudahkan pengesanan di lapangan.TEKNOLOGI LATERAL FLOW IMMUNOASSAY (LFIA) BAGI PENGESANAN PENYAKIT TANAMAN
Teknologi pengesanan pantas berasaskan immunoasai aliran lateral (LFIA) ini mampu mengesan penyakit padi (BLB, BLB dan karah), penyakit darah pisang (BDB) menggunakan satu strip pakai buang.
MARDIsense: RICE PATHOGEN TEST KIT berasaskan jalur LFIA untuk pengesanan patogen penyakit padi dan pengesanan patogen BDB pada pokok pisang
MARDIsense: FOODBORNE PATHOGEN TEST KIT untuk pengesanan multi-patogen bawaan makananTEKNOLOGI LATERAL FLOW IMMUNOASSAY (LFIA) BAGI PENGESANAN MULTIPATOGEN DALAM MAKANAN
Teknologi pengesanan pantas berasaskan immunoasai aliran lateral (LFIA) ini mampu mengesan patogen makanan (Salmonella spp., E. coli dan L. monocytogenes) menggunakan satu strip pakai buang.TEKNOLOGI LATERAL FLOW IMMUNOASSAY (LFIA) BAGI PENGESANAN MULTIPATOGEN DALAM MAKANAN DAN PENGESANAN DNA KHINZIR
Teknologi pengesanan pantas berasaskan immunoasai aliran lateral (LFIA) ini mampu mengesan multipatogen dalam makanan dan DNA khinzir menggunakan satu strip pakai buang.
MARDIsense: FOODBORNE PATHOGEN TEST KIT untuk pengesanan multi-patogen bawaan makanan prototaip kit pengesanan DNA khinzir -
PENGURUSAN PENYAKIT DAN MAKHLUK PEROSAK
AGROZIDE™: NANO-FUNGISID BAGI PENGAWALAN AFLATOKSIN DALAM JAGUNG BIJIAN SIMPANAN
AgroZIDE™ merupakan fungisid berasaskan bahan-nano yang terdiri daripada bahan semula jadi yang berupaya untuk mengawal pertumbuhan Aspergillus flavus dalam jagung bijirin simpanan dan boleh dijadikan alternatif kepada fungisid berasaskan bahan kimia yang ada di pasaran.ENKAPSULASI PROTEIN REKOMBINAN SAR DI DALAM NANOPARTIKEL KITOSAN BAGI PENGURUSAN PENYAKIT MATI ROSOT BETIK
Enkapsulasi protein efektif SAR di dalam nanopartikel kitosan dapat melindungi protein daripada ancaman persekitaran dan membantu pengambilan protein oleh tumbuhan. Rawatan dengan larutan CNP-protein telah berjaya mengaktifkan sistem pertahanan pokok (SAR) dengan penggunaan protein yang lebih rendah, seterusnya merendahkan kos rawatan.XANTHOZIDETM: NANOEMULSI BERASASKAN MINYAK PATI BAGI RAWATAN AWAL PENYAKIT BAWAAN BIJI BENIH PADI
XanthoZIDETM merupakan nanoemulsi biopestisid mengandungi minyak pati lemon myrtle digunakan dalam rawatan awal penyakit bawaan biji benih padi seperti penyakit hawar daun bakteria (BLB) dan penyakit jalur daun bakteria (BLS) yang disebabkan oleh Xanthomonas oryzae pv oryzae (Xoo) dan Xanthomonas oryzae pv oryzicola (Xoc).