Skip to main content

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Maklum Balas
& Aduan

Peta
Laman

Teknologi MARDI

Halaman 4 dari 9: Halaman 4


Teknologi Kejuruteraan
  • PERTANIAN TEPAT DAN PINTAR
    SISTEM AMARAN AWAL SERANGGA PEROSAK BENAH PERANG

    Sistem amaran awal (EWS) dibangunkan untuk memantau kehadiran benah perang dan mencegah serangan teruk dengan mengambil kira faktor persekitaran seperti suhu, kelembapan relatif dan taburan hujan. Sistem ini meningkatkan kecekapan pengesanan kebarangkalian wabak serangan benah perang pada tanaman padi sebanyak 50%.


     
    PERTANIAN TEPAT PADI

    Pertanian tepat padi menggabungkan teknologi yang canggih dan pengurusan yang cekap untuk mengurangkan penggunaan input seperti benih, baja dan racun perosak dan seterusnya menyumbang kepada penjimatan kos dan mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar.

     
    SISTEM PENYEJUKAN EVAPORATIF

    Sistem penyejukan evaporatif dibangunkan sebagai alternatif kepada trak sejuk yang mahal dan trak kanvas yang rendah kualiti, dengan menggunakan prinsip penyejatan air untuk menurunkan suhu dan meningkatkan kelembapan ruang penyimpanan. Sistem ini memerlukan tenaga, kos permulaan dan kos operasi yang lebih rendah, serta mampu mengekalkan kualiti sayuran hingga dua minggu pada suhu 5 °C, mengurangkan kehilangan lepas tuai semasa pengangkutan dan penyimpanan.
     


    SISTEM PENANAMAN SAYURAN SECARA VERTIKAL

    MARDI telah membangunkan satu struktur vertikal kompak yang dinamakan sebagai TUBE Plot. Ia bertujuan untuk melaksanakan aktiviti pertanian bandar dengan mengeluarkan hasil yang berganda dan tidak memerlukan tanah yang luas.

     
    SISTEM FERTIGASI PINTAR BERASASKAN INTERNET BENDA

    Fertigasi pintar adalah aplikasi berasaskan web yang dibangunkan untuk menguruskan sistem fertigasi dengan lebih berkesan menggunakan teknologi Internet of Things (IoT). Sistem ini memberikan kombinasi air dan nutrien yang tepat terus ke zon akar setiap tanaman mengikut keperluan pertumbuhan pokok.
     

     
    SISTEM PENENTUAN KERATAAN TANAH

    Penyediaan dan pengurusan kerataan tanah sawah sebelum menabur benih padi adalah langkah kritikal untuk memastikan pengairan yang baik dan pertumbuhan tanaman yang optimum. Pembangunan sistem penentuan kerataan tanah secara sistematik dapat menyelesaikan masalah ini dan mengurangkan masa penanaman.


     

    SISTEM PENABURAN BENIH SECARA KADAR BOLEH UBAH

    Penentuan indeks kerataan tanah dilakukan dengan menggunakan penderia penerima GPS Trimble yang dipasang pada bajak putar dan traktor, serta diproses menggunakan perisian QGIS untuk menghasilkan indeks kerataan. Sistem ini menghasilkan ketepatan bacaan hingga ±2 cm pada paksi menegak dan ±1 cm pada paksi mendatar, serta menghasilkan peta rawatan penaburan biji benih padi yang dibahagikan kepada kategori tinggi, rendah dan rata.

     
     

    e-SIAAP - APLIKASI SISTEM AMARAN AWAL SERANGAN PEROSAK BENAH PERANG

    Benah perang (BPH) adalah serangga perosak utama tanaman padi yang boleh menyebabkan kerugian sehingga 60%, dan aplikasi e-SIAAP dibangunkan untuk memberi maklumat mengenai tahap risiko serangan BPH dalam tujuh hari. Aplikasi ini meningkatkan keberkesanan pengesanan sebanyak 50% dan membantu petani mengambil tindakan pengawalan segera untuk mengelakkan kerugian.

  • MEKANISASI LEPAS TUAI
    PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGURANGAN KEHILANGAN LEPAS TUAI PADI

    Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah memberi mandat kepada MARDI untuk menjalankan kajian verifikasi kehilangan lepas tuai padi pada tahun 2015 – 2016 dan mengenal pasti kaedah-kaedah yang boleh mengurangkan kehilangan ini.
     
    SISTEM MEKANISASI LADANG BAGI PENGELUARAN TEMBIKAI

    Teknologi yang dibangunkan adalah penambahbaikan sistem pengeluaran tembikai secara konvensional sedia ada dengan memberi penekanan kepada penggunaan mekanisasi bagi operasi yang terpilih.

     
    SISTEM MEKANISASI LADANG PENGELUARAN UBI KELEDEK

    Hasil daripada penyelidikan yang telah dilaksanakan, MARDI telah membangunkan pakej kejenteraan ladang yang lengkap bagi membantu para petani yang terlibat dalam pengeluaran ubi keledek.
    Pembajak piring
    Pembajak putar
    Jentera penanam
     

     

    MESIN KOMPOS

    Mesin kompos (Compo Bin) berkapasiti 15 kg dibangunkan untuk memproses sisa tanaman secara berterusan, dilengkapi dengan motor 25 W untuk menggaul sisa dan mempercepatkan proses pengomposan.


     

    SISTEM MEKANISASI LADANG BAGI PENGELUARAN TEMBIKAI

    Teknologi yang dibangunkan adalah penambahbaikan sistem pengeluaran tembikai secara konvensional  sedia ada dengan memberi penekanan kepada penggunaan mekanisasi bagi operasi yang terpilih. Sistem mekanisasi ladang bagi pengeluaran tembikai terdiri daripada beberapa teknologi mekanisasi yang dipakejkan bermula daripada operasi penyediaan tanah hingga penuaian.

     

    APLIKASI MUDAH ALIH PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENYELARASAN JENTUAI

    Prosedur Operasi Standard (SOP) telah dibangunkan untuk mengurangkan kehilangan lepas tuai padi pada tahap kurang daripada 5% ketika aktiviti penuaian. Bagi memudahkan operator atau mekanik menjalankan pemeriksaan semasa aktiviti penuaian dan penyelenggaraan jentuai, satu aplikasi mudah alih yang mengandungi SOP operasi dan SOP penyelenggaraan telah dibangunkan. Aplikasi mudah alih ini terdiri daripada senarai semak pemeriksaan keadaan plot dan spesifikasi teknikal jentuai. Ia juga mengandungi senarai semak untuk penyelenggaraan jentuai bagi memastikan jentuai diselaraskan berdasarkan SOP terlebih dahulu sebelum dibawa ke lapangan.

     

  • MEKANISASI LADANG
    SISTEM 4 SEPARA RANTAI UNTUK TRAKTOR

    Sistem 4 separa rantai untuk traktor digunakan bagi mengurangkan kerosakan kepada lapisan keras tanah sawah padi dengan meningkatkan keluasan kawasan sentuhan dengan tanah dan mengurangkan tekanan kepada tanah.
     
     
    PEMBAJAK ALUR SUBPERMUKAAN (MOLE DRAIN)

    Pembajak alur subpermukaan merupakan implemen yang dipasang pada traktor dan berfungsi untuk mengeluarkan air bertakung dalam petak sawah. Teknologi dibangunkan bertujuan mengatasi masalah tanah jerlus di sawah.

     
    IMPLEMEN 3 DALAM 1: MEMBUAT BATAS, MEMBAJA DAN MENGAWAL RUMPAI

    Implemen pembatas piring 3 dalam 1 telah dibangunkan bagi membantu aktiviti pertanian di ladang. Implemen ini digunakan untuk membuat batas tanaman, membaja dan merumpai secara serentak.
      
     
    GROUSERS RINGAN UNTUK TREK PERTANIAN: PENYELESAIAN BAHARU UNTUK MASALAH TANAH LEMBUT

    Polyoxymethylene (POM) dipilih sebagai tapak sistem trek berantai kerana ringan, ketegaran tinggi, ketahanan impak, rintangan lelasan, dan kestabilan hidrolisis, dengan kegelinciran bawah 20% dan kejerlusan kurang 30 cm.
  • PEMPROSESAN MAKANAN

    ALAT PEMBENTUK KUIH PENERAM

    Alat pembentuk kuih peneram dibangunkan dengan memberi fokus untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran, penghasilan kualiti produk yang konsisten dan bersih, kos penghasilan yang rendah, ringan, mudah dibawa dan mudah dibersihkan serta tidak memerlukan kemahiran untuk mengendalikannya.

        
     
    ALAT MINI LEMANG MARDI

    Alat mini lemang MARDI merupakan alat untuk memasak lemang bagi kegunaan pada peringkat domestik.

     
    KETUHAR LEMANG

    Teknologi Ketuhar Lemang dibangunkan untuk memastikan keaslian rasa, kebersihan, kecekapan operasi, dan kos pengeluaran, serta dilengkapi dengan sistem pemanas elektrik atau gas untuk mengawal kualiti dan keseragaman produk berbanding dengan kaedah konvensional.
       
     

    ALAT PENYAHIDRATAN MADU KELULUT

    Alat penyahidratan madu kelulut dibangunkan untuk menurunkan kandungan kelembapan madu ke julat kelembapan yang sesuai.

Halaman 5
Page