Teknologi MARDI
Halaman 6 dari 9: Halaman 6
Halaman 6 dari 9
Teknologi Sains & Teknologi Makanan
-
MAKANAN KESIHATAN UMUM
JUST GREAT
Merupakan minuman berfungsi yang dihasilkan daripada campuran buah-buahan tropika dan madu berkualiti tinggi. Penghasilan produk ini menggunakan teknologi enzim untuk memastikan kandungan asid fenolik bebas yang tinggi.CELLCODE
Produk Cellcode diformulasi berasaskan limau kasturi yang kaya dengan phloretin-G, vitexin rhamnoside dan asid ferulik iaitu sebatian antioksida yang meningkatkan tahap kesihatan bercirikan antihipertensi, antiiskemia dan kardiotonik.COCOS EMULSION
Cocos emulsion adalah produk minuman minyak kelapa dara (VCO) dalam bentuk emulsi. Ia kaya dengan VCO yang mengandungi Medium-chain Fatty Acids (MCFAs) yang tinggi dan sesuai dijadikan produk suplemen untuk menguatkan imun badan.MINUMAN PEGAGA
Minuman pegaga merupakan produk sedia diminum yang mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Minuman ini dibangunkan dalam empat jenis produk iaitu minuman pegaga, minuman pegaga halia, minuman pegaga madu dan minuman pegaga madu halia.ROTI KOMPOSIT KONVENIEN BERNUTRISI ANTOSIANIN DARIPADA UBI KELEDEK ANGGUN
Mengandungi nutrisi antosianin dengan menggunakan ubi keledek tempatan. -
MAKANAN KESIHATAN UNTUK ATLET
BROM UP
Brom Up adalah produk yang dibangunkan berasaskan buah nanas MD2. Produk ini mampu menurunkan kadar pembengkakan kaki ke aras normal seperti dadah komersial.BAR ENDURAN
Bar Enduran adalah produk yang diformulasi daripada gabungan madu, ubi keledek dan buah fig. Keistimewaan bar ini berbanding dengan produk gel tenaga adalah kemampuannya untuk membekalkan tenaga secara berterusan tanpa lonjakan gula.KANDI BERTENAGA TINGGI
Kandi Bertenaga Tinggi dihasilkan melalui gabungan madu, ubi keledek, dan roselle. Kandi ini mampu memberikan lonjakan tenaga segera iaitu seawal 30 minit selepas makan. -
MAKANAN KESIHATAN UNTUK WARGA TUA
BIJIRIN PADAT NUTRISI
Teknologi bijirin padat nutrisi daripada buah-buahan tempatan (pisang, betik dan nanas) dan beras perang dibangunkan untuk memenuhi keperluan pemakanan golongan warga tua.KOPI PEGAGA
Kopi pegaga pula merupakan salah satu minuman sihat alternatif untuk penjagaan kesihatan warga tua.SERBUK PRACAMPURAN PUDING JELI
Sup campuran sedia dimakan untuk kesihatan warga tua dihasilkan daripada keledek oren, cendawan tiram kelabu, bayam dan diperkaya dengan ekstrak pegaga.PRO BAR: BAR NUTRISI
Snek sihat dengan tekstur sesuai untuk warga emas. Kaya dengan kalsium, magnesium, protein dan creatine untuk tulang kuat, otot sihat, dan pencernaan lancar.SUP CAMPURAN UBIAN, SAYURAN DAN SERBUK EKSTRAK PEGAGA (NUTRISOUP)
Produk ini unik kerana dihasilkan daripada sumber ubian dan sayuran iaitu keledek oren, cendawan, bayam dan ekstrak pegaga. Ianya sesuai untuk warga emas kerana mengandungi triterpenoids untuk meningkatkan fungsi kognitif dan ketenangan minda. -
MAKANAN KESIHATAN UNTUK KANAK-KANAK
SOFT CANDY BUAH-BUAHAN
Soft candy buah-buahan yang dibangunkan berasaskan buah nanas dan limau kasturi ini mengandungi vitamin C (202.35 mg/100 g) dan antioksida yang tinggi.BIJIRIN BUAH-BUAHAN
Merupakan produk pracampuran makanan komposit untuk bayi (>9 bulan) yang berasaskan buah-buahan iaitu pisang, mangga, jambu batu merah jambu, susu tepung, vitamin dan mineral. -
PRODUK ANTIHIPERKOLESTEROLEMIK
MINIMAN KUINI DAN CERI TERENGGANU DIFERMENTASI
Produk minuman berasaskan kuini dan ceri Terengganu dihasilkan melalui proses fermentasi menggunakan konsortium strain kombucha.LYCO-D: MINUMAN KAYA LIKOPEN
Minuman kaya likopen diformulasi daripada buah tembikai. Minuman ini mampu meningkatkan fungsi ginjal yang mana kandungan urea dalam darah adalah rendah.SERBUK PRACAMPURAN SMOOTHIES BOTANI
Serbuk pracampuran smoothies botani merupakan inovasi produk pracampuran yang dibangunkan daripada sumber ubian dan sayuran tempatan serta mengandungi antosianin dan fitosterol. -
PRODUK ANTIPENUAAN
GLOW D
Glow D merupakan nektar yang kaya dengan antioksida melalui gabungan roselle dan buah pitaya yang kaya dengan antosianin dan betasianin.MYCOSKIN
Produk Mycoskin yang mengandungi ekstrak Schizophyllum commune (cendawan kukur) mempunyai ciri antioksida, antipenuaan dan antipigmentasi. -
MAKANAN KONVENIEN
KEROPOK LEKOR LEMBUT
Berbeza dengan keropok lekor tradisional, keropok lekor yang dihasilkan oleh MARDI mempunyai tekstur yang lebih lembut dan banyak rasa ikan.KEROPOK IKAN EMPAT SEGI
Teknologi yang boleh memaksimumkan ruang pembungkusan keropok ikan. Formulasi dan bentuk dapat mengurangkan peratusan kepingan yang pecah.TAUHU IKAN PATIN
Teknologi tauhu ikan patin telah berjaya diformulasikan dengan gabungan isi ikan patin, kanji terubah suai dan campuran hasilan kacang soya yang memberikan tekstur yang lembut dan kenyal.KIUB ASAM PEDAS
Kiub asam pedas adalah kiub konvenien yang memudahkan penyediaan kuah asam pedas. Kuah asam pedas air dapat disediakan dalam masa 10 – 15 minit sahaja selepas protein dimasukkan ke dalam air yang mendidih.MINUMAN AIR KELAPA TUA DIFERMANTASI
Produk yang dihasilkan ini sesuai untuk kesihatan umum di pelbagai peringkat umur termasuk atlet atau ahli sukan kerana berciri minuman isotonik.DAGING SALAI TEKNOLOGI HPP
Selamat dimakan tanpa dimasak. Jangka hayat sehingga enam minggu pada sejuk dingin.
Halaman 7
Page