Teknologi MARDI
Halaman 9 dari 9: Halaman 9
Teknologi Tanaman Industri
-
UBI-UBIAN
VITATO
ANGGUN 1
ANGGUN 2
ANGGUN 3
LEMBAYUNGVARIETI UBI KELEDEK BERNUTRISI TINGGI
Pembangunan ubi keledek menyasarkan varieti baharu superior berhasil dan bernilai tinggi, kaya nutrisi serta memberi pulangan ekonomik kepada pengusaha dan pengeluar ubi keledek khususnya dalam industri makanan.
TEKNOLOGI FERTIGASI KELEDEK
Sistem penanaman keledek secara fertigasi dapat meningkatkan pengeluaran keledek berkualiti. Pembajaan merupakan salah satu komponen yang penting dalam meningkatkan hasil tuber keledek. Keledek memerlukan nutrisi tanaman yang seimbang pada setiap peringkat tumbesaran. Oleh itu, satu baja khusus bagi meningkatkan tumbesaran dan hasil tuber keledek telah dibangunkan oleh MARDI.
Baja fertigasi keledek Penanaman keledek secara fertigasi Hasil ubi menggunakan baja fertigasi keledek BIOPESTISID BAGI KAWALAN ULAT PUTIH TANAMAN KELEDEK
Formulasi berasaskan kombinasi ekstrak tumbuhan bagi kawalan ulat putih di lapangan melalui kaedah siraman/takungan (reservoir method).KAEDAH KAWALAN BINTIK DAUN CURVULARIA BAGI TANAMAN KELEDEK
Formulasi berasaskan ekstrak herba daripada rempah ratus dan tumbuhan bagi kawalan penyakit bintik daun Curvularia. Kadar peratus indeks penyakit (PDI) berkurang sebanyak 72% setelah semburan kedua dilakukan.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI UBI KELEDEK
Teknologi pengendalian lepas tuai ubi keledek telah dibangunkan meliputi indeks penuaian, sanitasi, pengawetan (curing), pembungkusan dan penyimpanan.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI UBI KELADI WANGI
Teknologi pengendalian lepas tuai yang dibangunkan dalam kajian ini mengambil kira penuaian ubi keladi pada waktu yang tepat dan ini amat penting bagi ubi keladi bagi memastikan kualiti yang premium, bernutrisi tinggi dan mempunyai rasa yang optimum. Diikuti oleh rawatan pengawetan yang membantu mengekalkan kualiti (memulihkan kecederaan mekanikal pada kulit, mengurangkan lasticisi bergabus, mengekalkan kesegaran pseudostem, melambatkan pertumbuhan fungus) dan memanjangkan hayat simpanan.
APLIKASI PLANT GROWTH REGULATOR (PGR) BAGI MENINGKATKAN HASIL TANAMAN KELEDEK
Aplikasi PGR dapat meningkatkan hasil keledek (2.4 kg/pokok menggunakan sistem fertigasi dan 1.2 kg/pokok bagi kaedah konvesional) berbanding dengan tanpa PGR (1.5 kg/pokok menggunaan sistem fertigasi dan 0.86 kg/pokok menggunakan kaedah konvensional). -
HERBA/ TANAMAN BERFUNGSI
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGELUARAN MISAI KUCING
SOP ini merupakan garis panduan pengeluaran misai kucing di Malaysia yang menjelaskan berkenaan pemilihan asksesi elit, amalan agronomi yang baik, kawalan perosak dan penyakit serta pengendalian lepastuai yang baik bagi menjamin kualiti hasil.
SISTEM PENGELUARAN KESUM TINGGI HASIL DAN FITOKIMIA
Sistem penanaman kesum elit (MKSM004) secara ladang terbuka menghasilkan kesum tinggi hasil (751.5 g/pokok) dan kandungan sebatian Quercetin-3-glucuronide (Q3G) dan Quercitrin yang konsisten dan tinggi.PRODUK SUPLEMEN OLEOKESUM TINGGI ANTIOKSIDA
Produk suplemen kesum dengan ciri yang baharu yang dibangunkan ini dikenali sebagai oleokesum yang berfungsi sebagai antioksida.
Penanaman halia secara fertigasi
menggunakan baja fertigasiHasil rizom halia PENGELUARAN HALIA SECARA FERTIGASI
Teknologi penanaman halia secara fertigasi meningkatkan hasil rizom halia (5.4 kg/pokok) berbanding dengan sistem konvensional tanah (2 kg/pokok). -
BIJIRIN
KAEDAH KAWALAN IPM BAGI SERANGGA PEROSAK FALL ARMYWORM (FAW) TANAMAN JAGUNG
Kaedah kawalan IPM bagi jagung bijian dilaksanakan dengan pemasangan perangkap feromon dan semburan tiga jenis racun iaitu racun bio dan racun kimia secara bergilir berdasarkan tahap serangan FAW pada umur pokok berbeza.TEKNOLOGI PENGELUARAN JAGUNG BIJIAN
Jagung bijian merupakan sumber tenaga penting dalam komposisi formulasi makanan ternakan bukan ruminan. Kekurangan pengeluaran tempatan menyebabkan negara terpaksa mengimport hampir semua keperluan jagung bijian negara dan nilainya terus meningkat setiap tahun sehingga mencecah 2 juta tan dengan nilai RM1.73 bilion pada tahun 2020. -
KOPI
-
KELAPA
MARENA
Kelapa hibrid MARENA adalah kacukan kelapa Malayan Red Dwarf (MRD) dan Kelapa Laguna Tall (LAGT). Kelapa hibrid dengan buah bersaiz besar dan berhasil tinggi dengan potensi hasil sebanyak 25,000 biji/ha/tahun.MARLECA
Kelapa hibrid MARLECA adalah kacukan kelapa Malayan Red Dwarf (MRD) dan Kelapa Niu Leka (NLAD). Kelapa hibrid dengan buah bersaiz besar dan pertumbuhan pokok yang agak perlahan dan lambat tinggi dengan potensi hasil sebanyak 25,000 biji/ha/tahun.CARENI
Merupakan kelapa kacukan Cameroon Red Dwarf (CRD) dan Nias Green Dwarf (NGD). Kelapa hibrid untuk minuman segar dengan potensi hasil sebanyak 32,000 biji/ha/tahun.MYLAG
Kelapa hibrid MYLAG adalah kacukan kelapa Malayan Yellow Dwarf (MYD) dan Kelapa Laguna Tall (LAGT). Kelapa hibrid berhasil tinggi dengan potensi hasil sebanyak 25,000 biji/ha/tahun. Merupakan kelapa kacukan dari Malayan Yellow Dwarf (MYD) dan Laguna Tall (LAGT).MYLECA
Kelapa hibrid MYLECA adalah kacukan kelapa Malayan Yellow Dwarf (MYD) dan Kelapa Niu Leka (NLAD). Kelapa hibrid dengan pertumbuhan pokok yang agak perlahan dan lambat tinggi dengan potensi hasil sebanyak 23,000 biji/ha/tahun.CARECA
Merupakan kelapa kacukan Cameroon Red Dwarf (CRD) dan Catigan Green Dwarf (CTAD). Kelapa hibrid untuk minuman segar dengan potensi hasil sebanyak 32,000 biji/ha/tahun.PENANAMAN SEMULA KELAPA SECARA SEMI-UNDERPLANTING
Teknik penanaman yang mengekalkan sebanyak 25% kanopi kelapa tua dan aplikasi baja sebatian NPK (15:15:15) sebanyak 1.5 kg/pokok/tahun ke atas anak pokok baharu bagi meningkatkan prestasi pertumbuhan tanaman.BAHAN ORGANIK UNTUK RAWATAN TANAH MARGINAL BAGI TANAMAN KELAPA
Sumber bahan organik dari sisa pelepah kelapa (diracik dan dikisar) sebanyak 6 kg/pokok/tahun digabungkan dengan baja sebatian NPK (12:12:17+2MgO+TE) sebanyak 4.5 kg/pokok/tahun bagi meningkatkan prestasi pertumbuhan dan hasil tanaman.TANAMAN CAMPURAN DI BAWAH KELAPA
Integrasi tanaman kelapa dan serai di kawasan tanaman kelapa yang ditanam secara segitiga konvensional memberi pulangan pelaburan yang tinggi dengan keuntungan bersih adalah RM6,116.00/ha/musim penanaman. Manakala, ditanam secara baris kembar dua (double avenue) juga memberi pulangan pelaburan yang tinggi dengan keuntungan bersih adalah RM12,413.00/ha/musim penanaman.AMALAN KULTUR BAGI KAWALAN KUMBANG TANDUK
Kaedah amalan kultur secara sanitasi di kawasan tanaman kelapa dengan serangan perosak kumbang tanduk yang tinggi. Sanitasi dapat menurunkan populasi perosak sehingga 80%, memusnahkan tempat pembiakan perosak dan secara tidak langsung mengurangkan simptom serangan perosak.HAMA ERIOFID KELAPA: SIMPTOM DAN TEKNIK PENENTUAN TAHAP SERANGAN
Teknik Galvao lebih praktikal digunakan untuk menentukan keterukan serangan serta populasi semasa atau keberadaan hama eriofid.TEKNIK PEMELIHARAAN TRICHOSPILUS PUPIVORUS, PARASITOID PUPA ULAT BLACKHEAD, OPISINA ARENOSELLA PEROSAK TANAMAN KELAPA
Parasitoid endo-pupa, Trichospilus pupivorus dibiakkan menggunakan perumah asalnya iaitu pupa segar ulat blackhead (BHC), Opisina arenosella dan madu komersial berkepekatan 30%. Teknik didapati meningkatkan kuantiti parasitoid (bilangan progeni sehingga >100 ekor) dengan kadar memparasit sebanyak 30 - 50% dan melengkapkan kitar hayatnya dalam tempoh 10 - 14 hari.TEKNOLOGI PENGHASILAN SABUN DAN LOSYEN DENGAN EMOLIEN KELAPA
Produk sabun bar mandian, sabun kosmetik transparen dan losyen aromaterapi dengan khasiat pelembap emolien kelapa dan minyak pati telah dibangunkan bersama tiga prosedur operasi standard (SOP). Teknologi ini telah diguna pakai oleh usahawan-usahawan produk hiliran dan juga inkubator MARDI.TEKNOLOGI PENGHASILAN BAHAN PIAWAI BAGI KAWALAN KUALITI KELAPA
Dalam inovasi ini, metil ester telah dihasilkan daripada minyak kelapa yang telah dimurnikan, kemudian melalui proses metilasi dan prosedur penulenan bagi penghasilan tiga spesiliti metil ester semula jadi untuk standard kimia kelapa (CMEs). CMEs boleh digunakan sebagai rujukan kimia bagi analisis minyak kelapa untuk profil asid lemak (bersamaan dengan nilai metil ester) selain menjadi standard CMEs kelapa dan spesialti aroma kimia ester untuk kawalan mutu (QC).TEKNOLOGI PENGHASILAN PRODUK HILIRAN TEMPURUNG TERPILIH
Kajian ini memberi penekanan kepada kepentingan bahan terbitan tempurung iaitu CSP sebagai produk nilai tambah yang berpotensi tinggi untuk kegunaan bahan industri bukan makanan dan sebagai sumber pendapatan tambahan bagi usahawan tani yang berkaitan.TEKNIK PENGHASILAN BAHAN LIGNIN-KOMPLEKS BERNILAI TINGGI DARIPADA SABUT KELAPA
Teknik yang selamat dan mesra alam dibangunkan bagi penghasilan ekstrak lignin kompleks daripada sisa sabut kelapa. Ekstrak lignin kompleks ini adalah berpotensi untuk digunakan bagi penghasilan bahan antiserangga, sumber kesihatan tanaman, bahan aromatik, bahan kesihatan (antibakteria) dan bahan antikarsinogenik.SISTEM KAWALAN BIOLOGI KUMBANG PALMA MERAH (RPW)
Sistem kawalan biologi ini akan dapat membantu mengurangkan populasi RPW yang boleh digunakan untuk pemantauan dan pengawalan kehadiran/serangan RPW terutamanya di kawasan penanaman kelapa di seluruh negara.Formulasi EAP Komponen perangkap feromon dan MET-GRA4