Skip to main content

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Maklum Balas
& Aduan

Peta
Laman

Langkawi, 26 Mei – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah mengadakan Program Replanting : Green Tourism di Taman Agroteknologi MARDI Langkawi yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI.

Taman Agroteknologi MARDI Langkawi (TATML) merupakan salah satu pusat agropelancongan yang popular di Malaysia amnya dan di Langkawi khususnya terutama bagi peminat peminat buah buahan tropika sama ada dalam atau luar negara pasti tidak akan puas mengunjungi taman ini.

MARDI Langkawi telah mengambil inisiatif bagi mengorak langkah dengan memulakan kempen pelancongan hijau (green tourism) menerusi elemen pertanian yang akan menarik minat golongan muda untuk menanam pokok terutamanya pokok buah-buahan dalam menambahkan kehijauan Malaysia.

Membawa slogan sedikit usaha kita, di buat bersama, pasti lebih bermakna menggambarkan bahawa usaha di dalam bidang pertanian, mahupun di bidang penghijauan, memerlukan usaha bersama dari semua pihak.

Menurut YBhg Dato’ Dr Zabawi,  walaupun program ini di laksanakan pada skala kecil, namun program ini akan mampu menjadi satu asas bagi mempromosikan penghijauan dalam pertanian ini. Replanting : Green Tourism ini menggunakan elemen pengalaman pelancongan atau di dalam bahasa inggerisnya “memorable tourism experience”  yang merupakan satu cara tarikan pelancongan.  Menggunakan konsep edutainment, kaedah menarik minat pelawat ini mampu menghasilkan minat terutamanya generasi muda terhadap pertanian dan mampu memberikan lebih banyak maklumat yang lebih tepat berkenaan pertanian moden kepada generasi generasi muda terutamanya.

Pada program ini, sebanyak 450 anak pokok buah-buahan telah di tanam dengan 200 anak pokok durian di pilih bagi menggantikan plot plot lama yang telah berusia.

Program yang melibatkan 3 buah sekolah di sekitar Langkawi iaitu SMK Tunku Putra, SMK Langkawi dan MRSM Langkawi yang turut disertai oleh Komuniti Langkawi, serta pengunjung TATML.

Majlis turut dihadiri oleh Dr Asfaliza binti Ramli, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) ; Encik Muhammad Subhi Bin Abdullah, Pegawai Daerah Langkawi; Dr Ahmad Nazaruddin Bin Mohd Roseli, JK Teknikal Program Penghijauan Negara.

TAMAT

Pengarang

  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

  • Pusat Komunikasi Korporat
    Ibu Pejabat MARDI
    Persiaran MARDI-UPM
    43400 Serdang
    Selangor

  • 03-8953 7201

  • 03-8953 7220

  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • https://www.mardi.gov.my

Media Sosial MARDI

Berita Berkaitan