Skip to main content

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Maklum Balas
& Aduan

Peta
Laman

Info

Piagam Pelanggan

MARDI bertekad untuk menghasilkan teknologi wajar, mampan dan berdaya maju serta menyediakan kepimpinan teknologi kepada pelanggan yang terlibat dalam pembangunan sektor makanan dan pertanian dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.

Bagi mencapai hasrat ini, MARDI sentiasa berusaha memuaskan pelanggan dengan:

  • Menghasilkan 40 teknologi setahun yang berpotensi untuk ditingkatkan skala, diperintiskan atau dikomersialkan bagi manfaat sektor makanan, pertanian dan industri berkaitan.

  • Meningkatkan prestasi golongan sasar melalui penggunaan teknologi.

  • Menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan pembangunan sektor makanan dan pertanian berkualiti dan diakreditasi berteraskan piawaian antarabangsa.

  • Memberikan maklum balas pelanggan berhubung status permohonan khidmat nasihat, maklumat, latihan dan kepakaran berasaskan teknologi MARDI dalam tempoh tujuh hari bekerja.

  • Menguruskan pembayaran untuk bekalan dan perkhidmatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima dari pembekal.

  • Dipapar pada 18 Oktober 2022
  • Dikemaskini pada 08 Januari 2025
  • Laman Utama
  • Info Korporat
  • Profil MARDI
  • Piagam Pelanggan