MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.
Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.
MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.
Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.
Visi kepimpinan MARDI telah berkembang daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem penanaman dan perladangan ke arah pengkomersialan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
-
Dipapar pada 18 Oktober 2022
-
Dikemaskini pada 11 Mac 2025