Perkhidmatan
RECA merupakan singkatan kepada Research, Entrepreneur, Commercialization, and Agriculture. Ia adalah seminar atau latihan jangka masa pendek yang bertujuan untuk mendedahkan teknologi terkini berkaitan penyelidikan, pertanian, keusahawanan, dan pengkomersilan.
Sesi seminar ini dijalankan secara teori selama satu hingga dua hari, diikuti dengan latihan praktikal secara hands-on atau demonstrasi untuk memberikan pengalaman sebenar kepada peserta.
Aktiviti pameran merupakan satu cara komunikasi untuk menyebarkan dan mempromosikan teknologi pertanian dan industri makanan hasil penyelidikan MARDI yang berpotensi kepada golongan sasar terkait perkara saintifik, teknikal atau ekonomi dalam industri pertanian dan makanan, termasuk industri asas tani.
Pemindahan teknologi melalui pameran merupakan salah satu cara yang efektif untuk meningkatkan visibiliti MARDI dengan memperkenalkan penemuan, inovasi, jaringan kerjasama dengan pemain industri serta penyebaran maklumat teknologi pertanian terkini kepada masyarakat umum.
- Dipapar pada 13 Disember 2024
- Dikemaskini pada 20 Disember 2024