Skip to main content

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Maklum Balas
& Aduan

Peta
Laman

Info

Objektif & Fungsi

MARDI dimandatkan bagi melaksanakan fungsi berikut:

  • Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan;
    • Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan
    • Perladangan campuran
  • Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Fungsi ini dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya serta mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar.
  • Menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak
  • Memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.
  • Memberi bantuan untuk R&D dalam bidang sains tulen, sains gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian.
  • Mengekalkan hubungan dengan organisasi awam atau swasta dalam dan luar negara yang terlibat dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.
  • Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersil.
  • Membangun, mempromosi dan mengeksploitasi penemuan penyelidikan.
  • Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.

Peranan MARDI telah berkembang daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem penanaman dan perladangan ke arah pengkomersilan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

  • Dipapar pada 18 Oktober 2022
  • Dikemaskini pada 18 Mei 2023
  • Laman Utama
  • Info Korporat
  • Profil MARDI
  • Objektif dan Fungsi