Skip to main content

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Maklum Balas
& Aduan

Peta
Laman

PENYELIDIKAN
SAINS & TEKNOLOGI MAKANAN

Skop Penyelidikan

Menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pemakanan.
Membangunkan teknologi, produk dan pengetahuan dalam bidang makanan dan pemakanan.
Menjadi pusat rujukan dalam bidang makanan dan pemakanan.

Bidang Kepakaran

PEREKAAN, PEMPROSESAN DAN PEMBUNGKUSAN MAKANAN

Membangunkan dan meningkatkan:

  • Teknologi dan pengetahuan dalam proses penyaringan bahan mentah agropertanian bercirikan kesihatan dan fungsi spesifik
  • Teknologi pemprosesan dan pembangunan produk baharu serta peningkatan teknologi berkaitan dalam penghasilan produk dan ingredien makanan berfungsi
  • Teknologi pembungkusan seperti bahan pembungkusan baharu yang berkualiti tinggi, reka bentuk inovatif, rendah kos, tambah nilai dan mesra alam serta sistem penyimpanan bagi memanjangkan jangka hayat makanan
NUTRISI DAN KESELAMATAN MAKANAN

Membangunkan dan meningkatkan:

  • Teknologi dan pengetahuan dalam kajian pemakanan, keberkesanan dan bioketersediaan untuk produk makanan berfungsi
  • Penilaian komponen makanan dan autentikasi yang mempengaruhi kualiti, keselamatan produk dan kesihatan pengguna
  • Pengesanan kontaminan dan patogen makanan berkaitan keselamatan makanan dan cara pengurangan pencemaran melalui kegunaan mikrob berfaedah, bahan antimikrob, bahan awet semula jadi serta kaedah fisikokimia
TEKNOLOGI ENZIM DAN FERMENTASI

Membangunkan dan meningkatkan:

  1. Teknologi penggunaan enzim dari mikroorganisma, tumbuhan dan haiwan dalam penghasilan produk makanan, ingredien baharu bercirikan kesihatan dan bernilai tinggi
  2. Teknologi fermentasi melalui penggunaan mikroorganisma, kultur sel, biokatalis serta penggunaan peralatan bioteknologi moden bagi memajukan bidang agroindustri makanan

 

 

 

Teknologi

  • MAKANAN KESIHATAN UMUM
    JUST GREAT

    Merupakan minuman berfungsi yang dihasilkan daripada campuran buah-buahan tropika dan madu berkualiti tinggi. Penghasilan produk ini menggunakan teknologi enzim untuk memastikan kandungan asid fenolik bebas yang tinggi.
     

    CELLCODE

    Produk Cellcode diformulasi berasaskan limau kasturi yang kaya dengan phloretin-G, vitexin rhamnoside dan asid ferulik iaitu sebatian antioksida yang meningkatkan tahap kesihatan bercirikan antihipertensi, antiiskemia dan kardiotonik.

     
    COCOS EMULSION

    Cocos emulsion adalah produk minuman minyak kelapa dara (VCO) dalam bentuk emulsi. Ia kaya dengan VCO yang mengandungi Medium-chain Fatty Acids (MCFAs) yang tinggi dan sesuai dijadikan produk suplemen untuk menguatkan imun badan.
     
    MINUMAN PEGAGA

    Minuman pegaga merupakan produk sedia diminum yang mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Minuman ini dibangunkan dalam empat jenis produk iaitu minuman pegaga, minuman pegaga halia, minuman pegaga madu dan minuman pegaga madu halia.

     
    ROTI KOMPOSIT KONVENIEN BERNUTRISI ANTOSIANIN DARIPADA UBI KELEDEK ANGGUN

    Mengandungi nutrisi antosianin dengan menggunakan ubi keledek tempatan.


  • MAKANAN KESIHATAN UNTUK ATLET
    BROM UP

    Brom Up adalah produk yang dibangunkan berasaskan buah nanas MD2. Produk ini mampu menurunkan kadar pembengkakan kaki ke aras normal seperti dadah komersial. 
     
    BAR ENDURAN

    Bar Enduran adalah produk yang diformulasi daripada gabungan madu, ubi keledek dan buah fig. Keistimewaan bar ini berbanding dengan produk gel tenaga adalah kemampuannya untuk membekalkan tenaga secara berterusan tanpa lonjakan gula.

     
    KANDI BERTENAGA TINGGI

    Kandi Bertenaga Tinggi dihasilkan melalui gabungan madu, ubi keledek, dan roselle. Kandi ini mampu memberikan lonjakan tenaga segera iaitu seawal 30 minit selepas makan.
  • MAKANAN KESIHATAN UNTUK WARGA TUA
    BIJIRIN PADAT NUTRISI

    Teknologi bijirin padat nutrisi daripada buah-buahan tempatan (pisang, betik dan nanas) dan beras perang dibangunkan untuk memenuhi keperluan pemakanan golongan warga tua.
     
    KOPI PEGAGA

    Kopi pegaga pula merupakan salah satu minuman sihat alternatif untuk penjagaan kesihatan warga tua.

     
    SERBUK PRACAMPURAN PUDING JELI

    Sup campuran sedia dimakan untuk kesihatan warga tua dihasilkan daripada keledek oren, cendawan tiram kelabu, bayam dan diperkaya dengan ekstrak pegaga.
     
    PRO BAR: BAR NUTRISI

    Snek sihat dengan tekstur sesuai untuk warga emas. Kaya dengan kalsium, magnesium, protein dan creatine untuk tulang kuat, otot sihat, dan pencernaan lancar.


     
    SUP CAMPURAN UBIAN, SAYURAN DAN SERBUK EKSTRAK PEGAGA (NUTRISOUP)

    Produk ini unik kerana dihasilkan daripada sumber ubian dan sayuran iaitu keledek oren, cendawan, bayam dan ekstrak pegaga. Ianya sesuai untuk warga emas kerana mengandungi triterpenoids untuk meningkatkan fungsi kognitif dan ketenangan minda.



  • MAKANAN KESIHATAN UNTUK KANAK-KANAK
    SOFT CANDY BUAH-BUAHAN

    Soft candy buah-buahan yang dibangunkan berasaskan buah nanas dan limau kasturi ini mengandungi vitamin C (202.35 mg/100 g) dan antioksida yang tinggi.
     
    BIJIRIN BUAH-BUAHAN

    Merupakan produk pracampuran makanan komposit untuk bayi (>9 bulan) yang berasaskan buah-buahan iaitu pisang, mangga, jambu batu merah jambu, susu tepung, vitamin dan mineral.
  • PRODUK ANTIHIPERKOLESTEROLEMIK
    MINIMAN KUINI DAN CERI TERENGGANU DIFERMENTASI

    Produk minuman berasaskan kuini dan ceri Terengganu dihasilkan melalui proses fermentasi menggunakan konsortium strain kombucha.


     
    LYCO-D: MINUMAN KAYA LIKOPEN

    Minuman kaya likopen diformulasi daripada buah tembikai. Minuman ini mampu meningkatkan fungsi ginjal yang mana kandungan urea dalam darah adalah rendah.

     
    SERBUK PRACAMPURAN SMOOTHIES BOTANI

    Serbuk pracampuran smoothies botani merupakan inovasi produk pracampuran yang dibangunkan daripada sumber ubian dan sayuran tempatan serta mengandungi antosianin dan fitosterol.
  • PRODUK ANTIPENUAAN
    GLOW D

    Glow D merupakan nektar yang kaya dengan antioksida melalui gabungan roselle dan buah pitaya yang kaya dengan antosianin dan betasianin.
     
    MYCOSKIN

    Produk Mycoskin yang mengandungi ekstrak Schizophyllum commune (cendawan kukur) mempunyai ciri antioksida, antipenuaan dan antipigmentasi.
  • MAKANAN KONVENIEN
    KEROPOK LEKOR LEMBUT

    Berbeza dengan keropok lekor tradisional, keropok lekor yang dihasilkan oleh MARDI mempunyai tekstur yang lebih lembut dan banyak rasa ikan.

     
    KEROPOK IKAN EMPAT SEGI

    Teknologi yang boleh memaksimumkan ruang pembungkusan keropok ikan. Formulasi dan bentuk dapat mengurangkan peratusan kepingan yang pecah.

     
    TAUHU IKAN PATIN

    Teknologi tauhu ikan patin telah berjaya diformulasikan dengan gabungan isi ikan patin, kanji terubah suai dan campuran hasilan kacang soya yang memberikan tekstur yang lembut dan kenyal.
     


    KIUB ASAM PEDAS

    Kiub asam pedas adalah kiub konvenien yang memudahkan penyediaan kuah asam pedas. Kuah asam pedas air dapat disediakan dalam masa 10 – 15 minit sahaja selepas protein dimasukkan ke dalam air yang mendidih.

     
    MINUMAN AIR KELAPA TUA DIFERMANTASI

    Produk yang dihasilkan ini sesuai untuk kesihatan umum di pelbagai peringkat umur termasuk atlet atau ahli sukan kerana berciri minuman isotonik.

     
    DAGING SALAI TEKNOLOGI HPP

    Selamat dimakan tanpa dimasak. Jangka hayat sehingga enam minggu pada sejuk dingin.

Penerbitan

2024   
  1. Noor Fadilah M.B., Tun Norbrillinda M., Arif Zaidi J. and Hadijah H, (2024). Chemical composition from different part of kuini (Mangifera odorata) waste. J. Trop. Agric. And Fd. Sci. 52(1):41-46
  2. Hussain Zaki U. K., Anvarali M. N., Ahmad S., Mohd. A., Sapiee N. F., Ali M. F. (2024). Enhancing Hydroxycitric Acid Yield in Garcinia atroviridis: A Strategic Optimization Approach. Journal of Food and Nutrition Research, Vol. 12, No. 5, 236-240. DOI:10.12691/jfnr-12-5-1
  3. Hussain Zaki, U.K., Trijsburg, L., & Feskens, E.J.M. (2024). Association between lignan intake from different types of plant-based foods and obesity indicators in the Netherlands. Journal of Food and Nutrition Research, Vol. 12, No. 1, 34-41. DOI:10.12691/jfnr-12-1-4
  4. Umi Kalsum, H.Z., Christos, F., Laura, T., Edith, F. & Edoardo, C. (2024). Pengaruh kaedah pemprosesan yang berbeza ke atas kandungan lignan dalam kacang soya, kacang hijau dan flaxseed. Buletin Teknologi MARDI Bil. 39: 49 – 57
  5. Norra Ismail, Arif Zaidi Jusoh, Suri Roowi, Wan Iryani Wan Ismail, Nor Fadhilah Sapiee dan Nur Intan Farina Sawal (2024). Parameter kualiti madu kelulut untuk pembangunan MS2683: 2017. Buletin Teknologi MARDI, Bil.39 : 25 - 38
  6. Madzlan, K., Nor Salasiah, M dan Zolkapli, E. (2024). Toxicity study and effect of protein hydrolysates derived from black tilapia (Oreochromis placidus) on hypertensive induced mice. Food Research 8(3) : 266 -276. https://doi.org/10.26656/fr.2017.8(3).448
  7. Madzlan Kasran, Raja Deli Raja Nasharuddin, Mohd Fakhri Hashim, Nur Hafizah Abdul Hamid, Ahmad Huzairi Imam Musanif, Norman Isman dan Mohd Norhafiz Kamarudzzaman (2024). Pemekatan jus tebu: Kaedah bagi meningkatkan jangka hayat jus tebu Buletin Teknologi MARDI. 40: 179 -190.
  8. Nicholas, D., Chua, H.P., Siah, W.M., Saiful, B.S., Norzalila, K., Teresa, A.M., Zakaria, A.R., Ashahida, A., Norman, I., Muhammad Shafiq, J., Lorne, K. & Hazanizam, A.S. (2024). Penghasilan puri dan sos tomato Kundasang. Buletin Teknologi MARDI. Bil 40: 215-231
  9. Meng Yi Loh, Noranizan Mohd Adzahan, Ezzat Mohamad Azman, Soo Peng Koh, Noor Liyana Yusof (2024). Enhancing cold tolerance and quality characteristics of Carica papaya Linn through the application of 1-methylcyclopropene, geranium and lavender oiInternational Journal of Food Science and Technology. DOI: 10.1111/ijfs.17070
  10. Muhammad Aiman, H. I., Koh, S.P. Sew, Y.S. Sanimah, S., Chandradevan, M., Muhammad Nazrul, H. and Armania, N. (2024). Anti-inflammatory efficacy and skin irritation study of Cleome gynandra Linn. extract: an animal model and pre-clinical evaluation. Food Research 8 (Suppl. 3) : 92 – 103. https://doi.org/10.26656/fr.2017.8(S3).14
  11. Cho, J. L. Y., Koh, S.P., Khairunizah Hazila, K., Nur Azlin, R., Nur Izzati, M. and Mohamad Abhar Akmal, H. (2023). Effects of coating pre-treatment and thawing condition on the quality of frozen jackfruit bulbs by direct freezing. Food Research 8 (Suppl. 3):104–109. https://doi.org/10.26656/fr.2017.8(S3).10
  12. Tan, Y.J., Koh, S.P., Khozirah, S., Rozaihan, M., Jacob, M., Khirrol, N. A. W., Mohd-Shaharizan M.S. and Tan, G.H. (2023). Antibacterial effect of Melastoma malabathricum leaves extract against locally isolated bovine mastitis pathogens. Food Research 8 (Suppl. 3) : 13 - 24 https://doi.org/10.26656/fr.2017.8(S3).2
  13. Khairol Nadia, A. H., Noor Zainah, A., Koh, S. P., Siah, W. M., Hairiyah, M. and Adawiyah, A. (2024). Optimisation of process parameters for natural coloured edible film production. J. Trop. Agric. and Fd. Sc. 52 (1): 25 – 33
  14. Koh, S. P., Mohd Danial, A. Abdullah, R., Aziz, N., Md Nor, N.S. and Nur Azlin, R. (2024) Potential SCOBY jackfruit leaves as active ingredient for skin pathogens infection treatment. Food Research 8 (Suppl. 3): 41 – 48. https://doi.org/10.26656/fr.2017.8(S3).7
  15. Chua, H.P., Nicholas. D., Koh, S.P., Siah, W.M., Teresa, A.M, & Zakaria, A. R. (2024). Inovasi minumam kelulut dengan ampaian sarang burung: Prinsip pemprosesan dan penentuan kualiti. Buletin Teknologi MARDI 40 : 191-205
  16. Norzaleha, K., Wan Nur Zahidah, W. Z., Norhida Arnieza, M., Mohd Fakhri, H., Maisarah, S., and Noreenyusnita, M. N. (2024). Optimization of pre-treatment parameters on the protein content of the liquid extract of sweet potato (var. VitAto) for developing a plant-based beverage intended as a milk alternative. Asian Food Science Journal, 23(4), 15–23. https://doi.org/10.9734