MARDI sebagai sebuah Institut yang dimandatkan untuk membangunkan teknologi dalam sektor pertanian dan makanan sentiasa mengambil pendekatan menguruskan R&D (Research & Development) secara sistematik dan bermatlamat melalui;
- Perancangan Strategik
- Cadangan projek-projek R&D di MARDI akan dinilai di peringkat pengurusan bagi memastikan hala tuju projek bertepatan dengan Dasar Agromakanan Negara serta Rancangan Strategik Korporat MARDI.
- Pengurusan Penyelidikan
- Pelaksanaan projek di lapangan akan dipantau secara berterusan bagi memastikan kamajuan R&D bergerak selari dengan perancangan, memenuhi objektif serta mempunyai dapatan yang tepat.
- Pengurusan Inovasi & Kualiti
- Teknologi yang dihasilkan serta pengetahuan signifikan yang diperoleh akan dinilai di peringkat pengurusan untuk validasi ketersediaan teknologi dan pengetahuan.
- Kualiti dan keberkesanan prosedur kerja bagi jaminan kualiti di MARDI ditingkatkan melalui pensijilan ISO 9001:2015.
-
Dipapar pada 29 Mac 2023
-
Dikemaskini pada 02 September 2024