Khidmat nasihat maklumat kepada benefisiari berkenaan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri pertanian dan industri berasaskan agromakanan. Khidmat nasihat dilaksanakan melalui nasihat teknikal kepada pelanggan secara one-off melalui perbincangan, surat-menyurat, telefon, e-mel dan perkhidmatan klinik usahawan di Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan (TE) seluruh negara.
Golongan sasar yang mendapat manfaat daripada teknologi MARDI daripada khidmat nasihat one off ini adalah seperti berikut:
Usahawan MARDI atau dikenali sebagai Teknopreneur MARDI merujuk kepada usahawan-usahawan mikro dan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang berdaftar secara rasmi dengan MARDI yang merangkumi Agropreneur Muda, Usahawan Bimbingan dan peserta Projek Rezeki Tani. Usahawan akan menerima dan mengguna pakai teknologi gunaan awam MARDI yang dipindahkan melalui mekanisme ditetapkan yang mana caj yang dikenakan adalah minimum.
Benefisiari Umum merupakan golongan yang terdiri daripada usahawan, petani, penternak, pesawah dan lain-lain yang tidak berdaftar sebagai usahawan di bawah bimbingan MARDI namun menerima khidmat nasihat berkenaan teknologi MARDI secara one-off.