Skip to main content

Frequently
Asked Question

Contact
Us

Feedback
& Report

Site
Map

Perkhidmatan

Khidmat Nasihat

Skop Perkhidmatan

Khidmat Nasihat Maklumat (one-off)

Khidmat nasihat maklumat kepada benefisiari berkenaan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri pertanian dan industri berasaskan agromakanan. Khidmat nasihat dilaksanakan melalui nasihat teknikal kepada pelanggan secara one-off melalui perbincangan, surat-menyurat, telefon, e-mel dan perkhidmatan klinik usahawan di Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan (TE) seluruh negara.

Kumpulan Sasaran
Golongan sasar yang mendapat manfaat daripada teknologi MARDI daripada khidmat nasihat one off ini adalah seperti berikut:
  1. Usahawan MARDI atau dikenali sebagai Teknopreneur MARDI merujuk kepada usahawan-usahawan mikro dan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang berdaftar secara rasmi dengan MARDI yang merangkumi Agropreneur Muda, Usahawan Bimbingan dan peserta Projek Rezeki Tani. Usahawan akan menerima dan mengguna pakai teknologi gunaan awam MARDI yang dipindahkan melalui mekanisme ditetapkan yang mana caj yang dikenakan adalah minimum.
  2. Benefisiari Umum merupakan golongan yang terdiri daripada usahawan, petani, penternak, pesawah dan lain-lain yang tidak berdaftar sebagai usahawan di bawah bimbingan MARDI namun menerima khidmat nasihat berkenaan teknologi MARDI secara one-off.
Alamat Lokasi

Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan
Kompleks MTBIC
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI – UPM
43400, SERDANG

Hubungi

Pengarah
Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan

No Tel: 03-8953 6800
Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Published on 17 November 2022
  • Last modified on 26 June 2024
  • Home
  • SERVICES
  • TECHNOLOGY TRANSFER, TRAINING & COMPETENCY
  • ADVISORY SERVICES