Skip to main content

Frequently
Asked Question

Contact
Us

Feedback
& Report

Site
Map

Penerbitan

Penerbitan

PENERBITAN

Menguruskan perkhidmatan penerbitan berikut:

Journal of Tropical Agriculture and Food Science (JTAFS) 
Jurnal ini fokus kepada artikel yang berkaitan dengan pertanian tropika dalam bidang sains tanaman, sains makanan, sains ternakan, bioteknologi, pengajian sumber, perosak dan kawalan, mekanisasi dan automasi serta kajian ekonomi.

Buletin Teknologi MARDI (BTM)
Buletin ini fokus kepada penulisan semi teknikal teknologi buah-buahan, sayur-sayuran, makanan, ternakan, padi dan kejuruteraan pertanian.

Buletin Pemindahan Teknologi MARDI (BPTM)
Buletin ini bersifat separa teknikal dan memberi fokus kepada aktiviti-aktiviti pemindahan teknologi MARDI kepada golongan sasar (usahawan, petani, penternak, agensi pengembangan, syarikat dan lain-lain) menerusi pelbagai mekanisme.

Economic Technology Management Review (ETMR)
ETMR menghimpunkan artikel berkaitan sains sosial, ekonomi dalam pertanian, pemasaran dan agribisnes, pengurusan perniagaan pengurusan teknologi dan polisi berkaitan pertanian.

Agromedia
Majalah Agromedia menghimpunkan artikel berkaitan pertanian dan hasil penyelidikan MARDI. Diterbitkan untuk memasyarakatkan segala ilmu yang berbentuk terlalu ilmiah dalam bentuk yang lebih ringan, mudah difahami dan menarik untuk mereka yang gemarkan maklumat berkaitan pertanian.

Buletin Komunikasi IMEJ
Imej ialah Buletin komunikasi menghimpunkan artikel berkaitan acara rasmi MARDI.

Buku Ilmiah
Buku ilmiah bermaksud suatu karya atau penulisan yang diperoleh sesuai dengan sifat keilmuanya. Di MARDI, buku ilmiah dihasilkan oleh pegawai penyelidik yang pakar dalam sesuatu bidang hasil daripada penyelidiklan yang telah mereka lakukan.

Manual Teknologi
Manual teknologi memberi maklumat lengkap tentang sesuatu teknologi yang dihasilkan melalui penyelidikan. Maklumat yang terkandung dalam manual ini boleh dijadikan sebagai satu kompilasi dan diterbitkan sebagai Makalah Sesekala.

Makalah Sesekala
Makalah Sesekala adalah artikel yang telah dibentangkan semasa Mesyuarat Majlis Sains MARDI (MSM). Semua artikel dijadikan sebagai satu kompilasi dan diterbitkan sebagai Makalah Sesekala.

Siri Panduan Usahawan (SPU)
SPU memberi penerangan terperinci tentang pemprosesan pelbagai produk makanan. Maklumat yang terdapat termasuklah bahan mentah yang digunakan, kos pengeluaran, aspek pemasaran dan pengurusan makanan. Penerangan tentang pemprosesan dilengkapkan dengan carta alir dan pelan bagi menubuhkan kilang pemprosesan makanan.

  • Komuniti sains dan akademik
  • Ejen pengembangan usahawan
  • Industri kecil dan sederhana
  • Kumpulan petani, penternak dan peladang
  • Orang awam

Kami dari Penerbit MARDI sentiasa bersedia untuk membantu anda.

Alamat:
Kedai Buku MARDI,
Pusat Komunikasi Korporat,
Blok A6, Ibu Pejabat MARDI,
Persiaran MARDI-UPM,
43400 Serdang,
Selangor.

No. Telefon
Tel : 03-8953 6921
Fax : 03-8953 7232
8.00 pagi – 4.30 petang

Khidmat Pelanggan

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Published on 22 October 2022
  • Last modified on 05 December 2024
  • Home
  • PUBLICATIONS
  • PUBLISHING & PRINTING