Perkhidmatan
PEMBANGUNAN USAHAWAN
Agropreneur Muda
PROSEDUR OPERASI STANDARD PROGRAM AGROPRENEUR MUDA MARDI
Program Agropreneur Muda MARDI ditubuhkan untuk merancang, melaksana dan memantau aktiviti inovasi dan teknologi pertanian di kalangan usahawan Agropreneur Muda bagi bidang Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) dan Tanaman.
Program ini bergerak seiring dengan Unit Agropreneur Muda (UAM) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang dilancarkan pada tahun 2014 kepada golongan muda warganegara Malaysia yang berusia antara 18 – 43 tahun.
Program ini merupakan salah satu strategi holistik kerajaan dalam membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran dan khidmat sokongan.
OBJEKTIF
Antara objektif bagi Program Agropreneur Muda ini adalah:
- Menyelaras dan memudah cara program/aktiviti jabatan/agensi di bawah KPKM dan / atau swasta yang berkaitan di dalam dan luar negara.
- Mengubah persepsi dan menarik minat generasi muda terhadap bidang pertanian dan industri makanan dan asas tani (IMAT).
- Meningkatkan pendapatan Agropreneur Muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
- Membangunkan agropreneur muda dengan memberi latihan, bimbingan dan khidmat nasihat serta sokongan teknikal, kewangan dan pemasaran secara berpakej
SYARAT KELAYAKAN MENJADI PESERTA AGROPRENEUR MUDA MARDI
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menetapkan syarat – syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda MARDI adalah seperti berikut:-
- Merupakan warganegara Malaysia.
- Belia berumur daripada 18 hingga 43 tahun.
- Tanpa mengira latar belakang pendidikan.
- Belia yang baru memulakan projek, wajib mengikuti program latihan teknikal anjuran jabatan dan agensi berkaitan serta kursus kewangan oleh Agrobank.
- Belia yang mempunyai kemudahan tanah dan premis sedia ada adalah diberi keutamaan.
Usahawan Bimbingan
PROSES PERMOHONAN USAHAWAN BIMBINGAN MARDI
Permohonan untuk menjadi usahawan bimbingan boleh dibuat secara bertulis kepada:
Pengarah
Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM
43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan
Projek Perintis
HUBUNGI
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan (TE)
Ibu Pejabat MARDI, Serdang
No. Tel : 03-8953 6804
Ladang Contoh
- Premis perladangan dengan infrastruktur dan sistem perladangan terkini untuk pengeluaran tanaman dan ternakan terpilih berskala ekonomi.
- Mekanisme pemindahan teknologi MARDI bagi tanaman dan ternakan terpilih, melibatkan usahawan tani dalam pengurusan dan pelaksanaan projek.
- Dibangunkan di beberapa stesen MARDI di seluruh negara untuk latihan hands-on, demonstrasi, dan pemindahan teknologi kepada usahawan.
- Usaha meningkatkan sistem penyampaian teknologi MARDI dan membangunkan usahawan pengeluar makanan negara.
- Usahawan Tani diberi peluang untuk menyertai melalui Program Agropreneur Muda di Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan MARDI.
- Peserta diberikan khidmat nasihat teknikal dan tunjuk ajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi terkini pengeluaran tanaman di peringkat huluan.
Antara objektif penubuhan Ladang Contoh Teknologi MARDI adalah seperti berikut:
-
- Mempercepatkan proses pemindahan teknologi MARDI.
- Menyokong dan mempercepatkan pencapaian matlamat transformasi pertanian.
- Melahirkan usahawan tani berasaskan teknologi yang inovatif dan berdaya saing.
- Membuka peluang kepada para pegawai penyelidik MARDI untuk melibatkan diri secara langsung dalam inovasi proses pengurusan ladang dan pemindahan teknologi.
- Published on 13 December 2024
- Last modified on 19 December 2024