Skip to main content

Frequently
Asked Question

Contact
Us

Feedback
& Report

Site
Map

PENYELIDIKAN
HORTIKULTUR

Scope of Research

  1. Develop new varieties that are high-yielding, high-quality, and resistant to major pests and diseases.
  2. Manage horticultural plant germplasm as a genetic resource reservoir for future breeding.
  3. Develop efficient and cost-effective crop production systems by optimizing the use of inputs to increase productivity and yield quality.
  4. Develop efficient, large-scale commercial and automated technologies for producing planting materials.
  5. Develop cost-effective and environmentally sustainable pest-control technologies for horticultural crops.
  6. Diagnose and identify pests and diseases of horticultural crops.
  7. Develop efficient post-harvest handling technologies to control quality and minimize spoilage of fruits, vegetables, and flowers for domestic and intenational markets.

Expertise

  1. Breeding
    • Collection and evaluation of germplasm
    • Conventional crop breeding for high-yield, good quality and resistance to disease
    • Breeding heterosis of various hybrid varieties
    • Germplasm material for disease resistance
    • A molecular approach to colour enhancement
    • Hybridization, evaluation, and selection of hybrid varieties
    • Genotype x environment studies
    • Molecular breeding for disease resistance
  2.  Agronomy and Expenditure System
    • Fertilizer management
    • Agronomic and cultural practices in open cultivation
    • Planting under sheltered structures: rain shelters and net structures
    • Soilless and aboveground fertigation systems using chemical fertilizers
    • Soilless and aboveground fertigation systems using organic liquid fertilizers.
    • Production of organics in aboveground systems under the protected structures.

  3. Pest and Disease Management
    • Identify pests, diseases, and weeds.
    • Ecology and epidemiology of major insect pests, weeds, and diseases
    • Pesticide application technologies
    • Disease-free plant materials
    • Integrated pest management

  4.  Post-harvest Handling
    • Harvest – maturity index
    • Post-harvest handling, storage, packaging and transport
    • Minimal processing
    • Postharvest physiology
    • Cold chain management system

Teknologi

  • BUAH-BUAHAN
    HIBRID BAHARU BELIMBING MSTAR 1

    Telah diisytiharkan pada 7 April 2019 di MARDI Kluang Johor. Mempunyai tahap kemanisan yang tinggi sekitar 11% Brix tanpa rasa kelat, aroma yang wangi dan tekstur isi yang rangup.

     

    HIBRID BAHARU BELIMBING MSTAR 2

    Bentuk buah mirip kepada klon B10 dengan kepak buah yang lebih tebal dan warna kulit yang lebih kekuningan. Saiz buah adalah besar (192 g), mempunyai kandungan vitamin C yang tertinggi (87.3 mg/100 g), asid oksalik terendah (0.08 g/100 mg) dan tekstur isi lebih rangup daripada klon B10 dan tiada rasa kelat.


     
    HIBRID BAHARU BELIMBING MSTAR 3

    Saiz buah adalah besar (203 g), lebih manis daripada B10 (TSS: 10.1% Brix), kandungan vitamin C yang hampir sama dengan B10 dan B17, tekstur isi yang sedikit lembut daripada B10 dan tiada rasa kelat.

     

      

    HIBRID BAHARU NANAS L1

    Berat buah lebih tinggi (1.5 kg) berbanding dengan Josapine (1.2 kg). Berbentuk silinder dengan warna isi kekuningan dan tinggi kandungan pepejal terlarut (15 - 21% Brix) dengan asid sederhana (0.5%). Buah manis, beraroma, tekstur isi buah yang lembut dan empulur yang agak rangup serta kurang rasa lidas.


     

    HIBRID BAHARU NANAS MS16

    Dilancarkan pada 17 Disember 2023 di MARDI Pontian, Johor. Berat purata 1.5 kg dan berpotensi menghasilkan sehingga 48 t/ha. Pengeluaran bahan penanaman yang banyak, melebihi lima sulur pada satu masa dan toleran terhadap penyakit reput teras bakteria. Nilai kemanisan tinggi iaitu 16 - 21% Brix, isi berwarna kuning, rasa kurang lidas, tekstur rangup, aromatik, kurang bersera dan sesuai untuk dimakan segar.

     

    TOLERICA: BETIK TOLERAN PENYAKIT MATI ROSOT

    Toleran pada serangan penyakit mati rosot, hasil tiga kali ganda lebih tinggi berbanding dengan Eksotika (60 - 90 t/ha), berat buah 1.1 - 1.3 kg, tahap kemanisan TSS 12-13% Brix, tinggi buah pertama 70 - 80 cm dari tanah dan tempoh tuaian pertama ialah sembilan bulan dari tarikh semaian biji benih.


     
    KLON RAMBUTAN BAHARU MUTIARA MERAH

    Berat 35.7 g dan mempunyai 53.5% perolehan isi. Masak 2 - 3 minggu lebih awal berbanding dengan varieti R191. Varieti ini telah diisytiharkan pada tahun 2018.

     

    KLON RAMBUTAN BAHARU MUTIARA WANGI

    Bentuk bujur, kulit merah gelap, bulu hijau, buah lebih besar berbanding dengan Mutiara Merah yang mempunyai berat 37.2 g, isi yang lebih aromatik dan separa pejal. Hasilnya 26.2 kg sepokok, yang jauh melebihi R191 yang hanya 18.5 kg sepokok. 

     


     
    VARIETI MANGGA BAHARU BERKULIT MERAH

    Dua jenis varieti dibangunkan. SB019 memiliki kulit merah tua dan isi oren, saiz buah sederhana (250 - 350 g), berbentuk oval dan rasanya manis dengan Brix 18 - 21%. Hasil tinggi, berbuah setiap tahun, bebas dari IFR dan pokoknya semikerdil.


    SB019

    SB003 pula mempunyai kulit merah cerah dan isi oren, saiz buah yang boleh dipasarkan (350 - 450 g), rasa manis sedikit masam dengan Brix 18 - 20%. Berbau wangi, kaya dengan vitamin C, berhasil tinggi, berbuah setiap tahu dan bebas dari masalah insiden reput dalam buah (IFR).


    SB003

     

    2KRP7
    3KRP4

    KLON BAHARU POMELO MUTAN 2KRP7 DAN 3KRP4

    2KRP7 kategori buah manis (9 - 11% Brix) dan 3KRP4 pula adalah buah masam manis (10 - 12% Brix). Kandungan asid rendah berbanding dengan klon komersial iaitu 0.15 - 0.16% bagi 2KRP7 dan 0.66 - 0.73% bagi 3KRP4. Kandungan jus kedua-dua klon antara 262 - 315 mL dengan kandungan vitamin C yang tinggi antara 45 - 52 mg/100 g. Berat buah adalah 1.2 - 1.7 kg dan mengeluarkan hasil yang tinggi iaitu antara 257 - 371 kg/pokok/tahun. Warna ulas adalah merah jambu (2KRP7) dan kuning (3KRP4) serta tidak mempunyai rasa pahit/pedar. Manakala pokok tidak mempunyai duri dan didapati lebih rendah berbanding dengan klon komersial.


     
    TEKNOLOGI TUNAS DAUN JAMBUL NANAS

    Penghasilan secara besar-besaran 30 - 40 bahan penanaman baru daripada satu pokok induk, tidak dipengaruhi oleh perubahan iklim kerana kecekapan sistem kebuk propagasi pengairan kendiri (mengurangkan kerugian lepas tuai <4%), 100% tulen kerana 0% variasi somaklonal, tempoh peringkat semaian pendek 3 - 4 bulan, kos pengeluaran rendah (RM0.10 - RM0.30).




    Jambul nanas MD2 Stem kebuk propagasi pengairan
     
    Buah nanas MS16 di tanah  Baja campuran urea dan potassium 


    FORMULASI BAJA OPTIMUM BAGI NANAS MS16 DI TANAH GAMBUT

    Baja tunggal Urea (46% N), Triple Super Phosphate (46% P2O5) dan Potassium Sulphate (K2SO4 50% K2O) dicampurkan dan dibekalkan sepanjang tempoh vegetatif. Penjimatan kos baja sehingga 20% berbanding dengan pembajaan nanas menggunakan baja sebatian NPK.


     

    UMPAN PROTEIN BAHARU BAGI KAWALAN LALAT BUAH

    Berkesan, efektif kos, mudah dihasilkan, mampan, mesra alam dengan jangka hayat simpanan panjang untuk pengawalan lalat buah setanding produk komersial. Jangka hayat formulasi menjangkau lebih 12 bulan selepas penghasilan dari aspek keberkesanan tarikan umpan. Produk ini juga hanya spesifik ke atas lalat buah sahaja dan tidak mengganggu serangga bermanfaat bukan sasaran. 

     
    Produk pemprosesan minimum buah-buahan 
    TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINIMUM BUAH-BUAHAN

    Tempoh hayat penyimpanan produk pemprosesan minimum buah antara 2 - 3 minggu pada suhu 2 °C. Antara produk Myang berjaya dibangunkan ialah nanas, nangka, durian dan melon. Teknologi sedia untuk dipindahkan secara public good kepada industri.

     
    TEKNOLOGI SALUTAN BUAH-BUAHAN

    Memanjangkan jangka hayat penyimpanan mangga, betik, nanas dan pitahaya (4 - 5 minggu) dalam suhu 10 - 13 °C. Melambatkan proses pemasakan, perubahan warna kulit buah, mengurangkan kadar kehilangan berat dan mengawal penyakit serta mencantikkan luaran kulit buah-buahan (segar dan berkilat).

     
     
    Rupa durian Musang King selepas
    disejukbeku secara pembekuan kriogenik
    Produk sejuk beku durian 

    PAKEJ TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN KRIOGENIK BUAH DURIAN UNTUK EKSPORT

    Durian Musang King dibekukan dengan pembekuan kriogenik untuk menghasilkan durian sejuk beku dalam bentuk biji bagi keperluan pasaran eksport. Pakej teknologi ini merangkumi rawatan sanitasi yang disyorkan untuk keselamatan makanan dan bebas perosak kuarantin.


     
    TEKNOLOGI KOMBINASI SUHU RENDAH DAN PEMBUNGKUSAN UNTUK PEMANJANGAN HAYAT SIMPANAN DURIAN SEGAR

    Penyimpanan durian segar Musang King pada suhu 5 °C dengan pembungkusan plastik polietilena berketumpatan rendah (LDPE) dapat mengekalkan kualiti optimum durian segar sehingga 21 hari. Teknologi sedia untuk dipindahkan secara public good kepada pengeksport buah-buahan.


    Pembungkusan durian segar menggunakan plastik polietelina berketumpatan rendah (LDPE) dengan ketebalan 0.04 mm dan pengekalan kualiti ulas yang baik.

     
    Aruhan pemasakan buah menggunakan gas etilina untuk
    mendapatkan keseragaman pemasakan buah nangka J33
    Penyimpanan buah nangka J33 yang
    diaruh masak pada suhu suboptimum

    TEKNIK PENYIMPANAN SUHU SUBOPTIMUM UNTUK PEMANJANGAN HAYAT NANGKA SEGAR

    Teknik aruhan dengan agen pemasakan etilena yang disimpan pada suhu suboptimum serendah 2 °C bagi Nangka J33. Teknik ini membolehkan J33 disimpan selama tiga minggu (insiden reput kurang daripada 10% dan kemanisan buah kekal 22 - 24 %). Teknologi ini sedia untuk dipindahkan secara public good kepada pengeksport nangka.


     
    TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN KRIOGENIK BUAH NANGKA UNTUK EKSPORT

    Proses penyejukbekuan kriogenik untuk nangka dalam bentuk sebiji; 4 jam pada suhu -80 °C bagi memastikan suhu teras buah (14.5 kg) mencapai -18 °C. Teknik nyah beku secara perlahan pada suhu 10 °C semalaman (15 jam), membantu mengawal perubahan warna empulur nangka dan mengekalkan ketegaran ulas nangka. Boleh disimpan sehingga enam bulan pada suhu -18 °C. Dengan hayat simpanan yang panjang, nangka boleh dieksport ke pasaran luar negara lebih jauh dengan menggunakan kapal laut. 

    Rupa buah nangka yang telah
    disejukbeku secara pembekuan kriogenik.

    Keadaan kualiti ulas nangka selepas dinyahbeku.


     

    Proses penyejukbekuan ulas nangka secara kriogenik.

    TEKNIK PENYEJUKBEKUAN ULAS NANGKA UNTUK PASARAN EKSPORT

    Sesuai untuk penghantaran jarak jauh tanpa menjejaskan kualiti buah selama enam bulan. Tempoh penyimpanan lama membolehkan produk ulas nangka sejuk beku boleh dipasarkan di pasaran yang lebih jauh dan mengurangkan kehilangan lepas tuai serta masalah lambakan industri nangka.


     
    TEKNOLOGI SALUTAN PERMUKAAN UNTUK EKSPORT NANGKA KE CHINA

    Prosedur operasi standard dengan rawatan salutan buah untuk mengeksport nangka segar ke China berjaya mengekalkan kualiti J33 yang dianggap premium di China. Kualiti buah nangka masih terpelihara walaupun selepas penghantaran dua minggu ke China.

    Buah disalut EONature

    Buah tanpa salutan kualiti luaran nangka yang disalut EONature (kiri) dan tanpa salutan (kanan) di China

     


    Buah betik di dalam pembungkusan atmosfera terubah suai (MAP)

    KOMBINASI TEKNIK PRAKONDISI SUHU DAN PEMBUNGKUSAN MAP UNTUK PEMANJANGAN HAYAT SIMPANAN BETIK SEGAR

    Gabungan prakondisi suhu dan MAP mengekalkan kualiti betik di bawah simpanan pada suhu suboptimum serendah 7 °C tanpa masalah kecederaan sejuk dingin, dengan jangka hayat yang lebih lama (empat minggu) berbanding dengan hanya dua minggu untuk teknik pengendalian konvensional.

  • SAYUR-SAYURAN

    VARIETI BAHARU BAWANG MERAH BAW-1, BAW-2 DAN BAW-3

    Dapat beradaptasi di kawasan penanaman tanah rendah iaitu tanah mineral, BRIS dan gambut berdasarkan kepada kriteria-kriteria pemilihan utama seperti ketersediaan bahan tanaman, saiz yang menepati permintaan di pasaran tempatan, kualiti yang baik, berhasil tinggi dan toleran kepada serangan serangga perosak dan penyakit.

     


    Diskripsi teknologi tomato MAHA 18



    TOMATO MAHA 18

    Purata hasil menghampiri 3 kg/pokok, buah berwarna merah dan menarik, mempunyai kandungan antioksida yang tinggi iaitu 7 mg/100 g berat segar. Saiz buahnya kecil setanding dengan varieti komersial tomato tanah rendah MTI. Tomato ini juga bersifat toleran kepada penyakit layu bakteria dengan kadar hidup melebihi 93%. Varieti ini telah dilancarkan pada 2018 di Laman Sayur bersempena MAHA 2018.

     

    CILI MARDI

    Buah bersaiz besar yang tidak berkilat dengan ukuran 13 - 16 cm panjang, 16 - 19 g berat dan 2 - 3 cm diameter. Potensi hasil boleh mencapai sehingga 2.5 kg setiap pokok bagi setiap kitaran tanaman (20 - 30 t/ha) dan tahan terhadap penyakit antraknos.

     

    Penilaian prestasi hibrid jagung manis.

    Hibrid jagung manis berpotensi.
    HIBRID BAHARU JAGUNG MANIS

    Purata ketinggian pokok 200 cm, tuaian 66 hari selepas tanam, purata berat tongkol 400 g dan tahap kemanisan, Total Soluble Solid (TSS) 17.53% Brix dengan insiden hawar daun adalah rendah (<25% : moderately resistant).

     

    PENGADAPTASIAN VARIETI CILI BENGGALA DI TANAH RENDAH

    Varieti CL44 berpotensi untuk penanaman di tanah rendah dan tahan pada cuaca sehingga 35 °C. Varieti ini memberikan hasil melebihi 1,000 g sepokok dan berat buah melebihi 100 g sebiji. Cili benggala tanah rendah sesuai ditanam secara fertigasi dan di dalam struktur pelindung hujan bagi memastikan pengeluaran yang berkualiti.

     

     

    Pokok cili benggala yang ditanam di tanah rendah

     

    Anak pokok yang sihat berumur 25 - 30 hari dengan 3 - 5 helai
    daun dipindah alih ke ladang mengikut jarak tanaman
    Kubis bulat yang telah matang dan sedia
    dituai 75 - 85 hari selepas dialih ke ladang 

    TEKNOLOGI PENGELUARAN KUBIS BULAT TANAH RENDAH

    Pakej merangkumi penggunaan varieti/hibrid yang sesuai, amalan agronomi yang berkesan, penggunaan baja, strategi pengurusan perosak bersepadu dan teknik pengendalian lepas tuai untuk mencapai kualiti dan hasil yang tinggi. Jangkaan untuk mencapai hasil tanaman antara 26 - 30 t/ha, dengan purata berat 1.5 kg/biji.


     

    TEKNOLOGI PENGELUARAN KUBIS BUNGA DI TANAH RENDAH

    Pakej teknologi yang melibatkan pembaikbakaan (saringan dan penilaian prestasi hibrid kubis bunga untuk penanaman tanah rendah), agronomi, pengendalian lepas tuai dan ekonomi.


    Kubis bunga ditanam menggunakan kotak tanamam yang disyorkan

    Kubis bunga sedia dituai pada hari ke-75 selepas penanaman
     
    Penanaman tanaman kucai dan bunga-bungaan dalam kaedah push-pull strategy

    Pembiakan secara massa agen kawalan biologi di MARDI Cameron Highlands

    Teknologi Biopestisid Multi Virus yang dibangunkan oleh MARDI bagi pengawalan perosak Lepidoptera
    PAKEJ IPM BAGI KAWALAN PEROSAK KUBIS BULAT

    Aplikasi komponen IPM bagi pengawalan ulat Plutella di kawasan tanah tinggi (tanaman regu, penggunaan biopestisid multi virus, pembiakan secara massa agen kawalan biologi Diadegma semiclausum dan Cotesia vestalis, semburan racun biologi komersial (Bacillus thuringiensis).

     
    PENGHASILAN BAHAN TANAMAN TOMATO TANAH RENDAH TOLERAN LAYU BAKTERIA

    Kaedah cantuman (tube grafting) antara tomato dan terung digunakan untuk meningkatkan daya tahan pokok terhadap penyakit layu bakteria. Menyediakan pendekatan alternatif pantas berbanding dengan pembiakan secara konvensional, dengan memberi fokus ke atas pembangunan ciri ketahanan khusus tanaman tanpa mengubah keseluruhan genetik tumbuhan.

    Kaedah cantuman tiub antara anak pokok tomato dan terung Buah daripada pokok cantuman pada hari ke-91 selepas penanaman

     

    PENGURUSAN PEROSAK DAN PENYAKIT SECARA INTEGRASI DAN MESRA ALAM TANAMAN KUBIS CINA TANAH RENDAH

    Salah satu alternatif kepada kaedah pengurusan perosak yang lebih berkesan, praktikal, efektif kos, mesra alam dan selamat untuk dimakan dengan mengurangkan penggunaan racun kimia.

     

    PAKEJ IPM BAGI KAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT BAWANG MERAH DI TANAH RENDAH

    Komponen IPM termasuklah aplikasi kulat bermanfaat Trichoderma, Bacillus subtilis, pemantauan secara berkala, pengawalan secara kultura dengan membuang dan memusnahkan tanaman yang dijangkiti kulat bagi melambatkan kesan penyebaran penyakit di ladang. Selain itu, komponen integrasi lain termasuklah semburan racun biologi komersial (Bacillus thuringiensis), dan semburan racun makhluk perosak kimia seperti yang disyorkan.


    Cadangan pengesyoran kawalan menggunakan racun makhluk perosak
     
    Produk pemprosesan minimum sayur-sayuran
    TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINIMUM SAYUR-SAYURAN

    Tempoh hayat penyimpanan produk pemprosesan minimum sayur antara 2 - 3 minggu pada suhu 2 °C. Antara produk MP yang berjaya dibangunkan ialah kubis, cili, sawi, nangka muda, bawang merah dan bawang putih.


     
    TEKNOLOGI PENGENDALIAN LEPAS TUAI BAWANG MERAH

    Menggunakan bilik pengeringan solar dengan suhu 30 - 32 °C dan RH 65 - 70% selama tiga hari. Selepas proses pengeringan, bawang merah diikat secara rumpun atau bunjut dan boleh terus dipasarkan. Tempoh penyimpanan secara jangka panjang disimpan di dalam bilik penyimpanan pada suhu persekitaran

     

    Proses pengeringan bawang merah

     

    Kubis Cina sesuai dituai

    Kubis Cina selepas perapian


    TEKNOLOGI PENGENDALIAN LEPAS TUAI KUBIS CINA

    Meliputi tempoh kematangan penuaian bagi kubis cina tanah rendah jenis berkepala (K18) dan jenis berdaun (K13), pemilihan dan perapian, penggredan, pembasuhan serta suhu penyimpanan yang sesuai.

  • PERTANIAN BANDAR
    CANOPYTECTURE

    Sistem struktur penyokong pelbagai guna untuk penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar atau memanjat. Struktur ini dilengkapi dengan pasu self-watering container (SWC) yang menyimpan dan mengagihkan air dengan tindakan kapilari kepada tanaman, mengurangkan keperluan penyiraman manual dan pembaziran air.

    Struktur canopytecture yang mampu menampung
    pokok jenis menjalar atau memanjat

    Hasil buah rockmelon menggunakan sistem canopytecture

     
    Penanaman salad di dalam cube-grow yang boleh terus

    CUBE-GROW

    Kiub pertumbuhan sayur-sayuran yang dilengkapi sumber pencahayaan Light Emitting Diode (LED) dan sistem pengudaraan untuk menghasilkan persekitaran dalaman yang sesuai. Menghasilkan sayuran yang segar, bebas racun, bernutrisi dan selamat dimakan. Sesuai untuk penanaman sayur-sayuran berdaun seperti sawi, bayam, kailan dan juga microgreen.


     
    EZGROW

    Medium tanaman yang dipadatkan kepada bentuk kiub dengan beberapa saiz yang berfungsi sebagai medium percambahan biji benih dan pembesaran anak benih, tanpa perlu adanya tray dan pasu plastik. Teknologi ini berpotensi untuk menghasilkan anak benih (transplant) yang baik, bermutu dan efisien bagi pengeluaran sayuran, bungaan, herba dan keratan.

    Transformasi sistem pengeluaran anak benih sayur-sayuran, herba, keratan dan pokok bunga daripada konvensional kepada EZGROW™

     
    Konsep Greenkit Greenkit yang ditanam pelbagai sayuran, ulaman dan herba
    GREENKIT

    Mengatasi masalah penyiraman yang perlu dijalankan setiap hari bagi tanaman ulam, herba dan sayur-sayuran. Terdiri daripada takungan plastik yang terbahagi kepada dua ruang yang terpisah, iaitu takungan air (reservoir) di bahagian bawah dan takung penanaman yang mengandungi medium penanaman di bahagian atas.


     
    HIDROPONIK TEKNIK ALIRAN NIPIS (NUTRIENT FILM TECHNIQUE-NFT) BERTINGKAT

    Model mini sistem hidroponik menggunakan teknik Aliran Nipis (Nutrient Film Technique-NFT) yang dilengkapi pencahayaan LED untuk penanaman secara indoor. Model ini bersifat mudah alih dan sesuai untuk perkebunan di rumah.

    Teknik Aliran Nipis (Nutrient Film Technique-NFT) bertingkat dilengkapi sistem pengairan dan pencahayaan LED

     

    Sistem Vertiplanter™ dengan tanaman ornamental

    BEKAS PENYIRAMAN KENDIRI (SWC)

    Menyelesaikan masalah pengurusan air dan penggunaan tenaga dalam penanaman secara vertikal dengan menggunakan kaedah self-watering. Boleh diaplikasikan secara versatile; penanaman di ruangan terhad, berupaya menurunkan suhu persekitaran dan sesuai di dalam bangunan tanpa masalah pemasangan dan kotoran.


     
    KILANG TANAMAN

    Sistem pengeluaran tanaman intensif dan konsisten dalam struktur tertutup dan terkawal yang mana semua faktor pertumbuhan tanaman seperti cahaya, suhu, karbon dioksida, kelembapan udara, nutrien, air dan aliran udara dikawal serta dipantau. Teknologi ini tidak memerlukan tanah, terhindar daripada ancaman penyakit, persekitaran tanaman yang bersih, penggunaan air dan baja yang cekap, hasilan segar dan bernutrisi, produk yang bersih dan selamat dimakan, 100% bebas racun dan produktiviti berganda 4 - 10 kali.

    Model kilang tanaman skala gudang dan kilang tanaman kontena di MARDI


     

    SOP Pengurusan Faktor Biologi Kilang Tanaman MARDI yang telah dibangunkan

    Faktor biologi kilang tanaman terdiri daripada alga, serangga dan mikroorganisma

    PENGURUSAN FAKTOR BIOLOGI KILANG TANAMAN

    Terdapat beberapa faktor biologi yang melibatkan kontaminasi alga, mikroorganisma dan serangga yang perlu dikawal. SOP dibangunkan untuk pengurusan faktor-faktor biologi ini supaya berada pada aras yang rendah.

  • TANAMAN HIASAN
    HIBRID BAHARU ORKID ARUNDINA SURIA

    Dilancarkan pada 2 Disember 2017. Jenis semiminiatur, boleh tumbuh sehingga 60 cm tinggi, tahan panas dan sangat subur. Bunga adalah putih ke merah jambu, bersaiz sederhana, 5 - 6 cm lebar dan 4 - 5 cm panjang.

     
    Arundina Suria
     

    Arundina Mentari
    HIBRID BAHARU ORKID ARUNDINA MENTARI

    Dilancarkan pada 2 Disember 2017. Tahan kepada cuaca panas, menghasilkan bunga sepanjang tahun dan berwarna ungu gelap. Jangka hayat bunga adalah tiga hari, namun densiti bunga yang banyak pada ranting menampakkan bunga kembang sepanjang masa. 

     
    ORKID TRICHOVANDA MARDI

    Menghasilkan 6 - 8 kuntum bunga yang wangi pada setiap tangkai (kira-kira 30 cm panjang), berbunga lima kali dalam setahun. Saiz purata bunga adalah 6.5 cm secara melintang dan 6 cm secara menegak. Bunga berwarna hijau kekuningan dengan bintik coklat, boleh bertahan selama 33 hari, tahan panas, berbunga apabila tinggi pokok mencapai kira-kira 33 cm dan sesuai digunakan sebagai orkid hiasan pasu.


    Bunga Trichovanda MARDI yang bewarna hijau kekuningan dengan bintik coklat dan berbau wangi

    Pokok orkid Trichovanda MARDI tahan panas dan mampu berbunga sehingga 5 kali setahun

     
    Formulasi multispesies yang telah dikomersialkan
    MULTISPESIES

    Menghasilkan komuniti tanaman baharu, memulihara kepelbagaian biologi, meningkatkan nilai estetik taman, memudahkan penyelenggaraan tanaman dan melestarikan landskap taman. Teknologi dapat memberi impak naturalistik iaitu komuniti tanaman kelihatan unik dan semula jadi, impak warna-warni, landskap dinamik dan komuniti tanaman bunga bungaan semusim yang lebih lestari untuk jangka masa panjang. Melalui kaedah penanaman secara percampuran, komuniti tanaman hiasan dapat mengeluarkan bunga-bungaan dalam tempoh yang panjang dan kurang penyelenggaraan. 

     
    TEKNOLOGI PEMBIAKAN TANAMAN HIASAN PASUAN

    Tanaman hiasan yang telah disaring oleh MARDI ialah Peperomia puteolata, Schismatoglottis calyptrata, Scindapsus pictus, Piper porphyrophyllu, Ledebouria socialis var pauciflora, Ledebouria petiolata, Peperomia argyrei, Tradescantia sp., Alocasia reginula dan Eugenia sp.

Publications

  1. Suhana, S., Ahmad Hafiz, B., Noor Baiti, A.A., Razali, M., Rozita, M.Y. and Zawiyah, P. (2020). Potensi dan strategi pemasaran belimbing hibrid baharu MARDI MSTAR 1 @ BINTANG MAS). Buletin Teknologi MARDI 19: 191-201
  2. Nasir, K.H., Yusof, M.F.M., Firdaus, M.S., Jantan, S.Z., Moktar, M.F.M., Ibrahim, S.N., Aziz, N.B.A. and Ying, J.C.L. (2019). Development of starfruit simple sequence repeat (SSR) using next generation sequencing. Journal of Food Science and Engineering 9: 95-121
  3. Mohd Azhar, H., Johari, S., Nur Sulastri, J., Razali, M., Muhammad Zulfa, M.R., Noor Faimah, G. and Mariatulqabtiah, A.R. (2020). Field performance of selected papaya hybrids for tolerance to dieback disease. Journal of Tropical Agriculture and Food Science 48(1): 25-33
  4. Ab Razak, S., Md Radzuan, S., Mohamed, N., Nor Azman, N. H. E., Abd Majid, A. M., Ismail, S. N., Sarip, J. and Nasir, K. H. (2020). Development of novel microsatellite markers using RAD sequencing technology for diversity assessment of rambutan (Nephelium lappaceum L.) germplasm. Heliyon. 6(9)
  5. Joanna, C. L. Y., Nurul Shamimi, A.G., Norsyuhaida, A.S., Wan Mohd  Reza Ikwan, W.H., Mohamad Fikkri, A.H., Nur Izzati, M. and Mohamad Abhar, A. H. 2020. Maturity stage at harvest affects physicochemical quality of MS16 pineapple. The International Journal of Agriculture, Forestry and Plantation (IJAFP), Vol 10. Pg 84-88. ISSN 2462-1757
  6. Nur Azlin Razali, Wan Mahfuzah Wan Ibrahim, Siti Aisyah Abdullah,Suhana Safari dan Razali Mustaffa. (2020). Pakej Teknologi Bagi Pengeksportan Durian Sejuk Beku Dalam Bentuk Biji Menggunakan Kaedah Pembekuan Kriogenik. Buletin Teknol. Tanaman. MARDI 2020, Bil 22.
  7. Nur Azlin, R.*, Nurul Khdijah, R., Farah ‘Aqila, H., Siti Aisyah, and Wan Mohd Reza Ikwan, W.H. (2020). Optimum temperature for storage of mature drop Malaysian durian (Durio zibethinus cv. Musang King). International Journal of Agriculture, Forestry and Plantation (IJAFP) ISSN: 2462-1757, Vol 10, 268-273.
  8. Nur Azlin, R., Nurul Khdijah, R., Farah ‘Aqila, H., Siti Aisyah, A. and Wan Mohd Reza Ikwan, W.H. (2020). Package technology for exporting premium whole ‘Musang King’ durian by cryogenic freezing. Proceeding 9th Kuala Lumpur International Agriculture, Forestry and Plantation Conference (KLIAFP9), 21-22 September 2020. Bangi Resort Hotel, Bangi, Malaysia. e-ISSN 2682-8758, pp 27-34.
  9. Siti Aisyah A., Razali M., Mohd Kamal M.T., Shamsudin O., Norsyafiqah R.,Nur Azlin R., Nur Syafini G., Nurul Khdijah R., Siti Ilyani A., Nur Hidayah S., and Siti Khuzaimah T. (2020). Thawing Techniques of Frozen Whole Fruit Durian (Durio zibethinus cv. Musang King) eISSN 2600-9595. Trans. Malaysian Soc. Plant Physiol. 27. 131-133.
  10. Suhana, O., Norfadzilah, A. F., Salmiah, M. dan Mohd Isa, D. (2016). L5: Varieti cili baharu yang berhasil tinggi. Buletin Teknologi, MARDI, Bil. 10(2016): 143-149
  11. O. Suhana, R. Melor and A.F. Norfadzilah (2016). Yield performance and stability of new promising chilli genotypes over different agro-ecological environments in Malaysia. Acta Hortic. 1127. ISHS 2016. DOI 10.17660/ActaHortic.2016.1127.76 XXIX IHC - Proc. Int. Sym. on Plant Breeding in Horticulture Eds.: N. Onus and A. Currie. 
  12. Suhana O., Norfadzilah A.F., Rozlaily, Z., Nur Adliza, B., Farah Huda, S.S, Farahzety, A.M. Juliana, Y. , Nur Syafini, G., Saiful Bahri, S. and Mohd Zamri, K. 2019. Development of New ChillI Variety for High Yield and Anthracnose Disease Tolerance. Southeast Asia Vegetable Symposium 2019. 9-11 July 2019 Hatten Hotel Melaka. Abstract Book pg 85
  13. Nor Hazlina, M.S., Sharizan, A., Rozlaily, Z., Sebrina Shahniza, S. (2016). Genetic Variability Studies on Cherry Tomato (Solanum lycopersicum var. Cerasiforme) under Lowland Environment. South East Asia Vegetable Conference 2016 (SEAVEG). 6-8 September 2016. Marriott Hotel. Putrajaya
  14. Nor Hazlina, M.S., Sharizan, A., Rozlaily, Z. (2016). Penilaian dan Pemilihan Titisan Tomato untuk Tanaman Tanah Rendah, Buletin Teknologi 2016. MARDI
  15. Nor Hazlina, M.S., Rozlaily, Z., Sebrina Shahniza, S., Nor Afzan R. (2017). Identification of tomato inbred lines for Resistance to Bacterial Wilt under Tropical Environment. 12th Malaysia International Genetics Conference. 25-27 September 2017. Bangi-Putrajaya Hotel, Putrajaya
  16. Suhana, O. Mohd Zamri, K. and Mohd Isa, D. 2018. Evalution of Selected Bitter Gourd Accessions for Yield and Related Traits. Trans. Malaysian Soc. Plant Physiol. 25. First Published, 2018: 39-40. eISSN 2600-9595.
  17. Norfadzilah A.F., Suhana O., Rozlaily Z., Farahzety Abd. Mutalib, Nur Syafini Ghazali, Nur Adliza Baharom, Ilias B. Khir, Mohd. Isa Darus, Nur Fatin M.S and Mohd. Raimi A.K. (2019). Growth and Inflorescence Development of Several Cauliflower (Brassica oleracea var. Botrytis L.) Hibrid in Malaysian Environment. Trans Malaysian Soc. Plant Phisiology. 26. 2019. Pg.109-115 eISSN2600-9595.
  18. Rozlaily, Zainol, (ed.) 2019. Manual Teknologi Penanaman Kubis Bulat Di Tanah Rendah.  MARDI. ISBN 978-967-936-677-8.
  19. Illani Zuraihah Ibrahim, et. Al (2019). Teknologi Penanaman Kubis Bulat di Tanah Rendah secara Organik. Buletin Teknologi MARDI Bil.17 (2019): 55-65
  20. Ahmad Syafik Suraidi Bin Sulaiman,Mohammad Abid Bin Ahmad, Seri Aishah Binti Hassim, M.S. Azman. Evaluation of Fertilizer Electrical Conductivity (EC) and Temperature Distribution via Vertical Farming System under Plant Factory, Basrah Journal of Agricultural Science
  21. Puteri Aminatulhawa M.A., Sakinah I., Masnira M.Y., Zulhazmi S. Zainal, M.A., Adib Muhaimin M.S. and Muhammad Hanif, A. (2020). Plant density and planter level of leafy vegetables affected yield and plant components in vertiplanter, self-watering  vertical for urban gardening. International Journal of Agriculture, Forestry and Plantation (IJAFP), Vol 10: 224-228 ISSN 2462-1757.
  22. Ab Kahar Sandrang, Puteri Aminatulhawa Megat Amaddin, Farahzety Abdul Mutalib, Mohammad Abid Ahmad, Hanim Ahmad, Zulhazmi Sayuti dan Mohamad Rais Hasan (2018). Teknologi kiub gambut dalam pengeluaran bahan tanaman. Buletin Teknologi MARDI, Bil. 14: 115 – 123
  23. Hanim Ahmad, Ab Kahar Sandrang, Puteri Aminatulhawa Megat Amaddin dan Zulhazmi Sayuti (2018). Memaksimumkan impak kepelbagaian bunga dalam landskap menggunakan teknologi kiub gambut. Buletin Teknologi MARDI, Bil. 14: 11 – 16
  24. Mohd Abid Ahmad, Che Radziah Che Mohd Zain, Ab. Kahar Sandrang dan Farahzety Abd. Mutalib. Air Root Pruning Improves Root Growth Performence of Lettuce (Lactuca stiva L.) Seedling. Transaction of Malaysian society of Plant Physiology Vol.26 (2019).
  25. Mohamed Hafeifi B, Zulhazmi S., Ab. Kahar S., Puteri Aminatul Hawa M. A., Masnira M., Zaulia, A., Intan Nadhirah M., Mohd Khairil A., Mohd Adib Muhaimin M. S. dan Mohd Yusmizan A. M. (2019). Effect of Multiple Media Combination on Edible Plants in Two Different Type of Capillary for GreenKitTM. Transaction of Malaysian society of Plant Physiology Vol.26

Contact

PENGARAH
Pusat Penyelidikan Hortikultur (HR)
Ibu Pejabat MARDI

Telefon : 03-89536260
No.Faks : 03-89536270

  • Published on 10 November 2022
  • Last modified on 09 January 2025
  • Home
  • RESEARCH FOCUS
  • HORTICULTURE