PENYELIDIKAN
SAINS TANAH, AIR & BAJA
Scope of Research
Memperkukuh pemuliharaan sumber air dan tanah, pengurusan agrokimia serta aktiviti penyelidikan dan pembangunan untuk kelestarian ekosistem pertanian. | |
Membangun dan mengukuhkan penyelidikan dan pengurusan sumber air dan tanah serta tanaman melalui teknologi sistem maklumat pintar dan cekap. | |
Membangunkan teknologi pengurusan ladang organik bersepadu yang efisyen dan berdaya saing menerusi model ladang contoh dan teknik pertanian mampan | |
Menjana produk dan input pertanian organik yang mesra alam dan berkesan menerusi penyelidikan yang menyeluruh. | |
Membangunkan teknologi baja yang memfokus kepada peningkatan kecekapan baja melalui penggunaan sumber seperti mikrob, sisa pertanian & industri, serta sumber-sumber mineral bagi mengoptimumkan tahap nutrien di tanah, serta di media tanpa tanah. | |
Meningkatkan keberkesanan baja melalui kajian pengunaan bahan tambahan seperti asid organik, biostimulan, unsur surih, serta teknik aplikasi baja yang lebih efisien. |
Expertise
SAINS TANAH DAN AIR | |
Memfokuskan kepada penyelidikan dan pembangunan dalam beberapa sub-bidang iaitu:
Terdapat tujuh (7) makmal telah dibangunkan di bawah seliaan Program Sains Tanah dan Air untuk menyokong aktiviti penyelidikan iaitu:
|
|
PERLADANGAN ORGANIK | |
|
|
TEKNOLOGI BAJA | |
|
Technology
RiceFert adalah teknologi pembajaan lokasi spesifik untuk tanaman padi. Versi terbaharu, RiceFert-OC, telah dinaik taraf menggunakan JavaScript untuk akses dalam talian. Sehingga 2022, teknologi ini diterima di seluruh jelapang padi utama di Semenanjung Malaysia dan kawasan luar jelapang. Kini, Jawatankuasa Maklumat Geospatial Padi Kebangsaan menggunakan sistem RiceFert untuk pemetaan dan pengesyoran pembajaan secara digital melalui laman web makgeopadi.mysa.gov.my. Teknologi Pestisorb terdiri dari gabungan bahan buangan pertanian tempatan yang telah dikenalpasti berkesan dalam mengurangkan residu pestisid di dalam persekitaran. Bahan yang telah dikenalpasti adalah tempurung kelapa dan sekam padi. Bagi meningkatkan keberkesanan Pestisorb, bahan-bahan ini telah dibakar menjadi biochar melalui teknik pembakaran terkawal. Kesemua biochar ini kemudiannya telah dicirikan melalui analisis CHN-elemental, kandungan abu, pH penjerap dalam pengukuran larutan, luas permukaan (BET) dan pengimbasan mikroskop elektron (SEM). Teknologi pengeluaran kubis secara organik di tanah rendah dijana bagi memastikan bekalan kubis organik di tanah rendah berterusan dan dapat diusahakan dengan lebih efisien. Pakej pengeluaran ini meliputi pelbagai aspek seperti pengurusan anak benih, penyediaan tapak, penanaman di ladang, pembajaan dan pengairan serta penuaian dan pengendalian lepas tuai telah berjaya dihasilkan. Analisis ekonomi juga menunjukkan bahawa penanaman kubis organik di tanah rendah adalah berdaya maju dan mampu memberikan pulangan yang baik. Pakej teknologi pengeluaran cili organik ini melibatkan penggunaan teknologi MARDI seperti baja BioRichar sebagai baja organik dan TrichoMAR sebagai biopestisid untuk mengawal penyakit antraknos cili. Pakej teknologi ini juga mencadangkan salad sebagai tanaman regu kepada cili manakala bunga tunera subulata bertindak sebagai tanaman sempadan yang menjadi perumah kepada musuh semula jadi (kumbang kura) untuk afid. Pakej teknologi pengeluaran cili organik dan intensif ini dapat membantu meningkatkan pengeluaran cili organik tempatan dari ladang myOrganic di dalam negara. Teknologi pengeluaran intensif sayuran buah secara organik (cili dan tomato) ini menggunakan kaedah penanaman secara beregu dengan sayuran berdaun. Hasil kajian mendapati cili sesuai ditanam bersama salad yang bertindak sebagai tanaman penghalau, manakala tomato sesuai ditanam bersama kailan dan sawi yang berfungsi sebagai tanaman penarik. Pakej teknologi bagi pengurusan perosak dan penyakit ini menggunakan biopesticida terpilih bagi tanaman cili serta kesan strip bunga (tunera) dan serai makan pada tanaman okra. Bagi penyakit dan perosak utama cili didapati biofungisida berasaskan Trichoderma dapat mengurangkan insiden dan keterukan penyakit antraknos pada cili, manakala penggunaan minyak bawang putih, neem dan Bioguard dapat mengurangkan populasi serangan perosak afid dan lalat putih. Penanaman okra bersama tunera dan serai makan menggunakan kaedah kejuruteraan ekologi menunjukkan penurunan pada bilangan serangga perosak berbanding kawalan. Kumpulan tunera mempunyai bilangan serangga bermanfaat yang lebih tinggi berbanding serai makan dan kawalan. Juga didapati hasil jualan okra adalah lebih tinggi pada kumpulan tunera. Teknologi TrichoMAR mengandungi sekurang-kurangnya purata colony forming unit (CFU) pada 1.0 x 107. Aplikasi di lapangan turut mendapati TrichoMAR mampu mengurangkan jangkitan penyakit antraknos sehingga 88%. Aplikasi TrichoMAR di ladang adalah secara semburan bagi tempoh selang masa antara 7-10 hari bermula pada peringkat awal pengeluaran buah dan boleh juga diaplikasikan dalam penyediaan tanah dan media tanaman. Formulasi baja Bio-Organik berasaskan biochar dan sisa biomas pertanian yang diperkaya dengan makro dan mikronutrien, serta mikrob bermanfaat yang penting untuk pengeluaran tanaman organik yang lebih tinggi dan mampan. Teknologi mesra alam dan menjimatkan kos ini bertujuan untuk memberikan hasil pengeluaran organik yang lebih mampan dan optimum. Formulasi baja ini mematuhi garis panduan myOrganik untuk ladang yang mendapat pensijilan organik dan individu yang berminat dalam pertanian mesra alam. Sistem pengkomposan pantas yang berputar menggunakan tenaga elektrik untuk memutar tong yang mengandungi campuran sisa menggunakan nisbah C/N yang betul dan menggunakan konsep degradasi aerobik untuk menghasilkan kompos. Sistem ini adalah mudah alih dan boleh digunakan oleh pengusaha ladang berskala kecil serta boleh dimiliki dengan kos yang rendah. Sistem ini dipercayai dapat menyelesaikan kesan pencemaran alam sekitar akibat sisa pertanian dan meningkatkan pendapatan petani melalui pengeluaran kompos yang berkualiti tinggi. Teknologi pengeluaran tiram kelabu isolat MP 9 dan MP 28 didapati memberikan kualiti yang lebih baik berbanding cendawan tiram yang terdapat di pasaran. Kelebihan dari segi kualiti dan saiz yang lebih besar serta ketebalan cendawan isolat berbanding yang sedia ada di pasaran. Cendawan isolat berupaya mengeluarkan hasil lebih cepat, hasil tahan lebih lama dan isolat yang lebih rintang terhadap pencemaran berbanding isolat cendawan di pasaran. Teknologi penghasilan benih cecair untuk cendawan tiram kelabu (MP9 dan MP28) serta cendawan kukur dihasilkan menggunakan bioreaktor. Benih cecair bagi kedua-dua jenis cendawan ini menunjukkan pertumbuhan miselia dan penghasilan cendawan yang lebih cepat dari benih pepejal. Dari segi pengeluaran hasil, benih cecair adalah setara dengan benih pepejal. Penggunaan benih cecair merekodkan kadar pencemaran yang lebih rendah dari benih pepejal, sekitar 3%. Benih cecair turut digunakan sebagai inokulum pemula untuk penghasilan benih pepejal. Kelebihan dapat mengurangkan tempoh waktu penghasilan serta mengurangkan kadar pencemaran benih cendawan pepejal (substrat biji gandum). Teknologi pengeluaran benih pepejal cendawan tiram kelabu (MP 9 dan MP 28) dan cendawan kukur telah dihasilkan dengan menggunakan biji gandum sebagai substrat. Benih yang dihasilkan didapati dapat meningkatkan hasil (pengeluaran hasil yang cepat, 39 hari tempoh pemeraman) serta mengurangkan peratusan pencemaran. ALVI merupakan alat khusus untuk penyuntikan (inoculation) benih cecair pada beg substrat habuk kayu (media penanaman cendawan). Penggunaan alat ini dapat meningkatkan produktiviti dengan pengurangan bilangan pekerja yang diperlukan untuk proses suntikan benih. Penjimatan tenaga kerja (masa) sehingga 60% dicapai bagi suntikan benih dengan menggunakan peralatan ini. Penggunaan alat ini juga dapat mengurangkan pencemaran pada bongkah habuk kayu jika dibandingkan dengan suntikan secara konvensional. Peralatan ini bersifat mudah alih yang boleh digunakan di mana sahaja jika diperlukan. Teknologi penghasilan cendawan kering kukur dihasilkan melalui penggunaan rumah solar. Rumah solar merupakan struktur bangunan yang diliputi plastik cerah secara keseluruhannya.. Sistem pengeringan ini membolehkan cendawan kukur kering yang bertahan sehingga enam (6) bulan. Cendawan kering ini perlu direndam dalam air sebelum dimasak. Baja bio RealStrong N Bio-Booster telah dibangunkan menggunakan strain Bacillus subtillis (NCF4) yang diasingkan daripada kompos dan dihasilkan menggunakan medium kos efektif, MARDI Growth Medium (MGM). Hasil daripada kajian peningkatan baja bio RealStrong N Bio-Booster telah menunjukkan kesan positif ke atas sifat kimia tanah (pH, jumlah N dan jumlah karbon) dan populasi mikroorganisma berfaedah dalam tanah. Teknologi GreenCoat Smart Fertilizer untuk tanaman mangga dan betik hasil penyelidikan MARDI dapat membantu pengusaha dan pengeluar buah-buahan meningkatkan hasil dan kualiti buah-buahan sekaligus mengurangkan kos pengeluaran dan secara tidak langsung dijangka dapat mengurangkan harga jualan mangga dan betik. Selain itu, baja ini juga mesra alam kerana ia adalah baja pelepasan perlahan dan terkawal masa yang boleh mengurangkan kadar larut lesap nutrien, mengurangkan kadar penggunaan baja, dan meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien. GLADIATOR1.0 ialah inokulan bakteria berfaedah yang mendorong rintangan sistemik dalam tumbuhan pisang terhadap penyakit darah. Produk ini dibangunkan menggunakan bakteria berfaedah tempatan Baccilus sp. bakteria yang diformulasikan dalam bentuk cecair dan diaplikasi dengan menyiram pada akar pokok pisang. Selain sebagai produk mesra alam, Gladiator 1.0 juga berkesan dalam mengawal penyakit sehingga 92% dan dianggap sebagai teknologi hijau serta sesuai untuk pengeluaran pisang konvensional dan organik. Ia juga menggalakkan pertumbuhan vegetatif, mempercepatkan pengeluaran tandan bunga dan pisang serta boleh memberikan hasil yang lebih tinggi. Dieback buster ialah bio-inoculant yang boleh melindungi betik daripada penyakit dieback yang disebabkan oleh Erwinia mallotivora (ER), sebelum ini dikenali sebagai Erwinia papayae. Dengan mekanisme rintangan sistemik, Dieback Buster akan bertindak sebagai inokulan mikrob untuk mencetuskan sistem imun tumbuhan untuk mencegah jangkitan daripada bakteria Erwinia mallotivora. Teknologi kelat nutrien kalsium atau baja foliar CAMOB dibangunkan untuk memastikan kalsium dapat digerakkan dengan berkesan dan cekap dalam tisu tumbuhan. Baja ini larut dalam air dan mudah diaplikasi pada daun serta memudahkan kecekapan penyerapan oleh tanaman. Produk CAMOB juga stabil di bawah simpanan biasa dan tidak toksik. Asid nitro-humic (NHA) ialah bahan makromolekul dengan ciri biokimia aktif. Ia terkenal dengan fungsinya dalam meningkatkan kesuburan tanah, menggalakkan penyerapan nutrien oleh tumbuhan, meningkatkan aktiviti biologi tanah, dan meningkatkan aktiviti enzim untuk meningkatkan keberkesanan fotosintesis daun. Ia juga mempunyai pelbagai aplikasi tetapi biasanya digunakan dalam pengeluaran produk baja. Teknik pembajaan sayur-sayuran dengan selenium (Se) dibangunkan untuk menghasilkan tumbuhan yang diperkayakan Se. Peningkatan yang ketara dalam kandungan Se telah diperhatikan apabila Se dimasukkan ke dalam program pembajaan berbanding sayur-sayuran yang ditanam secara konvensional. Produk sayur-sayuran diperkaya Se ini dilihat mampu mempelbagaikan lagi sumber makanan diperkaya Se dan mengurangkan insiden kekurangan Se di kalangan rakyat Malaysia. KAPSUL INOKULAN TANAH BERMANFAAT (BIOPLUS)
RICEFERT-OC
PESTISORB
TEKNOLOGI PENGELUARAN KUBIS TANAH RENDAH SECARA ORGANIK
PAKEJ TEKNOLOGI PENGELUARAN CILI ORGANIK DAN INTENSIF
TEKNOLOGI PENGELUARAN INTENSIF SAYURAN BERBUAH SECARA ORGANIK – CILI DAN TOMATO (TANAMAN REGU)
PAKEJ TEKNOLOGI PENGURUSAN PEROSAK SAYURAN SECARA ORGANIK
BIOPESTISIDA TRICHOMAR BAGI KAWALAN PENYAKIT ANTRAKNOS PADA CILI
BAJA BIO-ORGANIK (BIORICHAR)
PENGKOMPOSAN PANTAS YANG BERPUTAR UNTUK SISA SAYUR
KULTUR CENDAWAN TIRAM KELABU, ISOLAT MP9 DAN MP28
BENIH CECAIR TIRAM KELABU DAN KUKUR
BENIH PEPEJAL CENDAWAN TIRAM KELABU DAN KUKUR
ALAT SUNTIKAN BENIH CENDAWAN CECAIR BOLEH LARAS (ADJUSTABLE VOLUME LIQUID SPAWN INJECTOR, AVLI)
AMALAN LEPAS TUAI CENDAWAN KUKUR
Amalan lepas tuai untuk cendawan tiram kelabu MP 9, MP 28 dan kukur telah dibangunkan. Bagi isolat MP 28 dan cendawan kukur, kesegarannya terpelihara sehingga dua minggu jika disimpan pada suhu 20°C. Sebaliknya, tiram kelabu MP9 bertahan lebih lama, iaitu selama 3 minggu pada suhu yang sama.
TEKNOLOGI PENGHASILAN CENDAWAN KUKUR KERING
REALSTRONG N BIO-BOOSTER
GREENCOAT FERTILISER FOR MANGO AND PAPAYA
GLADIATOR 1.0
DIEBACK BUSTER
CAMOB FOLIAR FERTILIZER
NITRO-HUMIC ACID (NHA)
SELENIUM FERTILIZATION TECHNIQUE FOR VEGETABLE
Bio+ mengandungi tiga jenis bakteria tanah bermanfaat iaitu Bacillus velezensis yang mempunyai tiga fungsi iaitu dapat mengikat nitrogen dan melarutkan fosforus dan kalium, manakala Paenibacillus polymyxa dan Bacillus amyloliquefaciens yang mempunyai dua fungsi iaitu mengikat nitrogen dan melarutkan fosforus) yang mampu meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien oleh tanaman serta meningkatkan kesuburan tanah dengan menukarkan nutrien yang terikat dalam tanah kepada nutrien yang tersedia untuk diambil oleh tanaman.
Publications
- Liza Nuriati Lim Kim Choo, Osumanu Haruna Ahmed, Nik Muhamad Nik Majid and Zakry Fitri Abd Aziz. (2021). Pineapple Residue Ash Reduces Carbon Dioxide and Nitrous Oxide Emissions in Pineapple Cultivation on Tropical Peat Soils at Saratok, Malaysia. Sustainability, 13, 1014.
- Alicia Vanessa Jeffary, Osumanu Haruna Ahmed, Roland Kueh Jui Heng,Liza Nuriati Lim Kim Choo, Latifah Omar, Adiza Alhassan Musah and Arifin Abdu. (2021). Nitrous Oxide Emissions in Pineapple Cultivation on a Tropical Peat Soil. Sustainability, 13, 4928.
- Wendy Luta, Osumanu Haruna Ahmed, Latifah Omar, Roland Kueh Jui Heng, Liza Nuriati Lim Kim Choo, Mohamadu Boyie Jalloh, Adiza Alhassan Musah and Arifin Abdu. (2021). Water Table Fluctuation and Methane Emission in Pineapples (Ananas comosus (L.) Merr.) Cultivated on a Tropical Peatland. Agronomy 2021, 11, 1448.
- N. F. A. Rahman, A.A. H. Awangku, V. C. Tai, M. Mohammad, S.H. Haron, K. Khalid, M.Z.A Rasid & S. M. Shariff. (2021). Site selection of water reservoir based on weighted overlay in ARCGIS (Case study: Bachok, Kelantan). Sci. Int.(Lahore),33(2): 135-139
- Norziana,ZZ., Intan Nadhirah,M, Nur Liyana,I.,Illani Zuraihah,I and Theeba,M (2021). Green manuring to improve soil quality in an organic farm. In Proceedings-Southeast Asia Vegetable Symposium 2019, Theme: Advancing Vegetable Technology for Higher Product 2021.eds Muda, Pauziah, Ramasamy, Srinivasan, Linwattana, Grisana, Gaddagimath, P.B., Boehme, Michael Henry Manickam, Theeba, Nath, Prem (Editors) (2021). p328-331.
- Faridah, M., Roslan, I., Arina Shairah, A.S., Razali, M. (2021). Does different nitrogen (N) input affect yield and phytochemical content of organic leafy vegetables. In Proceedings-Southeast Asia Vegetable Symposium 2019, Theme: Advancing Vegetable Technology for Higher Product 2021.eds Muda, Pauziah, Ramasamy, Srinivasan, Linwattana, Grisana, Gaddagimath, P.B., Boehme, Michael Henry Manickam, Theeba, Nath, Prem (Editors). p240-244
- N. Chai Keong, H. Siti Hajar and A.M. Khairatul. (2020). Suitability of PSA (Primary Secondary Amines) and Z-Sep as clean-up sorbents in AOAC official method 2007.01 for analysis of trifloxystrobin and CGA 321113 residue in dragon fruit, star fruit and watermelon. J. Trop. Agric. and Fd. Sc. 48(1): 1 – 10
- Wan Abdullah Wan Yusoff, Noor Haslizawati Abu Bakar dan Muhammad Syahren Adzahar. (2020). Penggunaan teknologi lisimeter dalam kajian mobiliti cecair larut lesap dalam profil tanah di MARDI. Buletin Teknologi MARDI Bil. 19: 49 – 64.
- Wan, A.W.Y., Noor Haslizawati A.B., Azimah A.K., Khasifah, M., Muhammad Zamir, A.R., Intan Nadhirah, M. (2020). Living mulching ‘sponge’ of the mountain agro systems. In Proceedings- Hari Inovasi MARDI 2020, Theme: safeguarding Malaysia’s Food Sovereignty and Food Security through Innovation. 2020 eds. Ali, Masdor and Mohd. Said (Editors). p431-433
- Intan Nadhirah Masri, Noor Haslizawati Abu Bakar dan Mohamed Hafeifi Basir. (2020). Penghasilan vermikompos diperkaya dari sumber sisa sayuran dan pemangkasan Gliricidia sepium dan Moringa oleifera dari Kompleks Ladang Organik Bersepadu MARDI Serdang. Buletin Teknologi MARDI Bil. 19: 127 – 134
- Ngan, C.K., Mohammad Nazrul Fahmi, A.R., Khairatul, A.M. and Mohammad Shahid, S. (2020). Maximum Residue Limit (MRL) setting of trifloxystrobin on curry leaves for application of Flint in curry leaf farms for control of Ascochyta rabiei. J. Trop. Agric. and Fd. Sc. 48(2): 59 – 69
- Ngan, C. K., Mohammad Shahid, S. Norhasimah, H., Haslihana, Y., Jamaliah, J., & Khairatul, A.M. (2020). Generation of residue data for CODEX maximum residue limits of pyriproxyfen on mango and papaya Generation of residue data for CODEX maximum residue limits of pyriproxyfen on mango and papaya. In Proceedings- Hari Inovasi MARDI 2020, Theme: safeguarding Malaysia’s Food Sovereignty and Food Security through Innovation. 2020 eds. Ali, Masdor and Mohd. Said (Editors). p388-390
- Faridah Manaf, Roslan Ismail and Arina Shairah Abdul Sukor. (2020). Effect of reduced nitrogen fertilizer rate on nitrogen uptake and yield of spinach (Amaranthus spp.). Int. J. Curr. Res. Biosci. Plant Biol. 7(10): 1-7
- Liza Nuriati Lim Kim Choo, Osumanu Haruna Ahmed, Shaidatul Azdawiyah Abdul Talib, Mohamad Zabawi Abdul Ghani and Shamsiah Sekot. (2020). Clinoptilolite Zeolite on Tropical Peat Soils Nutrient, Growth, Fruit Quality, and Yield of Carica papaya L. cv. Sekaki. Agronomy, 10, 1320, doi:10.3390/agronomy10091320
- Liza Nuriati Lim Kim Choo, Osumanu Haruna Ahmed, Nik Muhamad Bin Nik Majid & Zakry Fitri Bin Ab Aziz. (2020). Improving Nitrogen Availability on a Tropical Peat Soil Cultivated with Ananas comosus L. Merr. Using Pineapple Residue Ash. Journal of Soil Science and Plant Nutrition, Volume 20: 657–672
- Marshall, K.S. & Evers, S. L. (2020). Surface Area Correction (SAC): Approach to reduce emission from oil palm plantation on tropical peatland. In Proceedings- Hari Inovasi MARDI 2020, Theme: safeguarding Malaysia’s Food Sovereignty and Food Security through Innovation. 2020 eds. Ali, Masdor and Mohd. Said (Editors). p437-440
- Mohammad Shahid. S., Mohammad Hariz, A.R., Mohd Fazly, M., Nor Azhar, A., Jamaliah, J., Ngan, C.K., Nor Ashikin, B., Kogeethavani, R., Badrulhadza, A., Elixon, S., & Asfaliza, R. (2020). Potential of local agrowaste as bio-adsorbent for environmental contaminant Potential of local agrowaste as bio-adsorbent for environmental contaminant. In Proceedings- Hari Inovasi MARDI 2020, Theme: safeguarding Malaysia’s Food Sovereignty and Food Security through Innovation. eds. Ali, Masdor and Mohd. Said (Editors). p431-436
- Marshall, K.S. (2019). Assessing the role of artificial compaction on physicochemical properties and carbon emissions of tropical peat soils. PhD thesis, University of Nottingham.
- Dayang Safinah Nayan, Rozlaily Zainol, Che Fauziah Ishak, Arina Shairah Abdul Sukor & Martini Mohammad Yusoff. (2022). Selenium adsorption and desorption capacity and its influence on selenium uptake by green spinach, Journal of Plant Nutrition
- Najib M. Y. M., Hasnuri M. H., Izham M. N. N. M., Fadzli A. R. M. N. (2021). Effects of silicic acid rate and application method on plant growth, yield components and yield of Oryza sativa L. var. MR284. IOP Conference Series: Earth and Environmental Science 711, 012013.
- Mohd Zafrul Arif Radhi, Muhammad Naim Fadzli Abd Rani, Emmyrafedziawati Aida Kamal Rafedzi, Nor Syahidah Md Sam, Mohd Aziz Rashid, Ahmad Arif Ismail, Nurul Ain Ismail, Noor Shita Desa and Nor Hidayah Mohamad Dzani (2021). Bactostimulant: A plant booster for paddy. Proceedings of MARDI Science and Technology Exhibition (2021): 286 – 288
- Radhi M.Z.A. and Abu Bakar B. (2020). The Current Technologies That Can Be Used for Smart Agriculture. FFTC Agricultural Policy Platform (FFTC-AP). https://ap.fftc.org.tw/article/2457
- Dayang Safinah Nayan. (2020). Selenium biofortification of green spinach (amaranthus spp.) affected by soil types, phosphorus fertilization and selenium sources, and application timing. PhD Thesis, Universiti Putra Malaysia.
- Emmyrafedziawati, A.K.R., Abdul Munir, A.M. and Farah Diba, A.B. (2020). Effects of Plant Growth Promoting Rhizobacteria Consortia on Total Chlorophyll Content and Osmolytes Concentration on Rice (Oryza sativa L.) under Drought Stress Condition. Extended abstract in Transactions Of The Malaysian Society Of Plant Physiology Vol. 28: Emerging Trends of Plant Physiology in Changing Environment, 17-18 November 2020, MSPPC 2020 Webinar. Pages 102-106.
- Nayan D.S., Zainol R., Abdul Sukor A.S., Mohammad Yusoff M., Ishak C.F. (2020). Selenium biofortification of green spinach with optimum phosphorus fertilization and selenium application timing. Agrosystems, Geosciences & Environment, Volume 3 (1): e20089.
- Dayang Safinah N., Farahzety A.M., Rozlalily Z., Arina Shairah A.S., Martini M.Y., Che Fauziah I. (2019). Selenium uptake by green spinach as affected by phosphorus fertilization. Extended abstract in Proceedings of Southeast Asia vegetable Symposium (SEAVEG 2019): Advancing vegetable technology for higher productivity and better human health, July 9-11, 2019, Hatten Hotel, Melaka, Malaysia, pages 234-239.
- Dayang Safinah N., Farahzety A.M., Rozlalily Z., Arina Shairah A.S., Martini M.Y., Che Fauziah I. (2018). Adsoption-desorption of selenium in soil. Extended abstract in Joint Symposium of the 8th International Agriculture Congress 2018 and 6th International Symposium for Food & Agriculture 2018: Shaping the future through agriculture innovation, 13-15 November 2018, Universiti Putra Malaysia, Selangor, Malaysia, pages 329-334.
- Mohd Zafrul Arif Radhi, Emmyrafedziawati Aida Kamal Rafedzi, Noor Shita Desa and Nor Hidayah Mohamad Dzani (2018). Successful Culturing Of Photosynthetic Bacteria In Seaweed Extract As A Bio Stimulant In Plants. 3rd Asean Microbial Biotechnology Conference 2018 (AMBC 2018), 24-26 April 2018, Kuching, Sarawak. P.69
- M.Z.A. Radhi, M.B. Adam, H.M. Saud, M.N. Hamid, P.S.H. Tony and G.H. Tan. (2018). Fermentation optimization of ER2738 - E. coli host cells for mass production of bacteriophages of agricultural importance. Proceeding of National Conference on Agricultural and Food Mechanization 2018 (NCAFM), 17-19 April 2018, Pullman Kuching, Sarawak. P.300-302
- Mohd Zafrul Arif Radhi. (2018). Country Paper (Malaysia) for 3rd International Conference on Biofertilizers and Biopesticides. 3rd International Conference on Biofertilizers and Biopesticides: Novel Industry Techniques, Market Trends, and International Cooperation, 7-10 August 2018, Taipei, Taiwan, Republic of China. P.1-21
- Tosiah, S. (2021). Kepelbagaian mikroorganisma: pembangunan teknologi berkaitan pertanian dan makanan. Makalah Sesekala Majlis Sains MARDI. m.s. 53 - 65. Serdang: MARDI Volume: 2021 Muka Surat: 53-65
- Tosiah, S. (2021). Trichoderma asperellum 1614: A fungus with diverse potential. Proceedings of MARDI Science and Technology Exhibition 2021 Bilangan: MSTE 21 pp 376-379
- Tosiah, S. (2020). Pencilan Trichorderma 1614, Agen Pengurusan sisa pertanian yang efektif. Buletin Teknologi MARDI Bil. 19 (2020): 35 – 47
- Tosiah, S. (2018). Pengurusan Mikroorganisma dalam Penyelidikan. Dalam:AGROBIODIVERSITI DI MALAYSIA III : Agrobiodiversiti untuk Pembangunan Sosioekonomi Negara. pp 33-37. MARDI 2018
- Theeba, M. (2021). Baja organo-mineral untuk pengeluaran tanaman lebih lestari dan kos efektif. Makalah Sekala Majlis Sains. Bil 1: 27-33
- Theeba, M. (2021).Brix Fixer. Terapi Tanah Bris. Makalah Sesekala Majlis Sains. Bil 1: 21-26
- Theeba, M. (2021). Southest Asia Vegetable Symposium (SEAVEG) Proceedings. Advancing vegetable technology for higher Productivity and Better Human Health.
- Theeba, M. (2020). RiceFERT: Pengurusan baja lokasi spesifik padi. Buletin Teknologi MARDI. Bil 19: 11-23
- Theeba, M. (2020). Teknologi perapi tanah arang bio sekam padi bagi pengurusan tanah bermasalah dan pengeluaran tanaman yang lestari. Bil 18: 111-116
- Theeba, M. (2017). Effect of soil amendments on growth performance and yield of field grown sweet corn (Zea mays) cultivated on BRIS soil. Proceedings of the Southeast Asia Vegetable Symposium (SEAVEG) 2016: Vegetable for Improved Nutrition and Livelihood, 6-8 September, Putrajaya, Selangor. ISBN 978-967-936-656-3
- Theeba, M. (2017). Kajian Keberkesanan Baja Bio Organik untuk tanaman padi di tanah berasid (Kg Golok). Buku Proceeding Persidangan Padi Kebangsaan 2017.
- Illani Zuraihah I. (2019). Teknologi penanaman kubis bulat di tanah rendah secara organik. Buletin Teknologi MARDI Bil. 17 (2019): 55 – 65
- Illani Zuraihah, I. (2018). Evaluation of two different compost material as organic fertilizer on soil fertility status. In Proceeding of the 10th International Symposium on Plant-Soil Interaction at Low pH. june 25-28, 2018. Putrajaya Malaysia. ISBN 978-976-16101.pp 210-213
- Illani Zuraihah, I. (2018). Rejuvenating soil health through organic farming. In Books: A Better World Volume 4. Tudor Rose UK. pp 85-89
- Illani Zuraihah, I. (2017). Screening and laboratory assessment of various local commercial solid biofertilizers. Proceedings of the International Conference on Sustainable Soil Management-Quality Soil Drives Productivity. 4-7 April 2017 Bintulu Sarawak, Malaysia. ISBN 978-967-9945-39-3. pp 184-188
- Ali Hassan, N.A.A. (2020). Characterization of Peat Microbial Functional Diversity in Aerobic Rice Rhizosphere. Journal of Tropical Agricultural Science, 43(4), 677-692
- Ali Hassan N.A.A. (2020. Characterization of microbial functional diversity and bacterial community structure affected by fertiliser, soil and plant growth stages in aerobic rice. PhD Thesis, Universiti Putra Malaysia
- Ali Hassan, N.A.A, Othman, R. and Sadi, T. (2019). The response of microbial community in aerobic rice rhizosphere that affected by various plant growth stages and soil types. Malaysian Journal of Microbiology, Vol 15(4) Special Issue 2019, pp 178-189
- Khairul Asfamawi, K. (2017). Beg medium sebagai asas penanaman cendawan kukur. Buletin Teknologi MARDI, Bil. 11 (2017): 19 – 26
- Khairul Asfamawi, K. (2017). Pengunaan batang kayu getah (log): Suatu alternatif penanaman cendawan kukur Buletin Teknologi MARDI, Bil. 11 (2017) : 57 – 65
- Khairul Asfamawi, K. (2020). Benih cendawan cecair: Kaedah pengkulturan baharu untuk industri cendawan tempatan. Buletin Teknologi MARDI Bil. 18 : 65 – 73
- Khairul Asfamawi, K. (2020). Benih cendawan pelet kayu: Kaedah alternatif penginokulasian cendawan. Buletin Teknologi MARDI 18 : 57 – 63
- Khairul Asfamawi, K. (2021). Alat penyuntik benih cendawan cecair boleh laras (ALVI) mewarnai landskap industri cendawan tempatan. Buletin Teknologi MARDI Bil. 23 : 187 – 195
- Nur Liyana I. (2021). Teknologi pengeluaran cili secara organik. Buletin Teknologi MARDI. Bil 24 (2021): 125-135
- Nur Liyana, I. (2020). Manual Teknologi Pengeluaran Cili Secara Organik (2020). MARDI. ISBN 978-967-936-705-8
- Nur Liyana, I. (2020). TrichoSHIELD: Kawalan biologi penyakit antraknos pada cili. Buletin Teknologi MARDI. Bil. 18: 105 – 110
- Nur Liyana, I. (2018). Microbial population in soil amended with various green manures. Proceedings of 10th International Symposium on Plant-Soil Interaction at Low pH: Achieving Sustainable Food Production on Acid Soils. 25-28 June, Putrajaya, Selangor. ISBN 978-967-16101. pp 171-173
- Nur Liyana, I. (2017). Biofungisid berasaskan Trichoderma untuk mengawal penyakit hawar lewat tomato dan antraknos pada cili. Buletin Teknologi MARDI. Bil 12: 27-33
- Nur Liyana, I. (2017). Trichoderma as a biocontrol agent for tomato and chilli production. Proceedings of the Southeast Asia Vegetable Symposium (SEAVEG) 2016: Vegetable for Improved Nutrition and Livelihood, 6-8 September, Putrajaya, Selangor. ISBN 978-967-936-656-3. pp 444-449
- Munirah, T. (2021). Plant growth promoting potentials of beneficial endophytic Escherichia coli USML2 in association with rice seedlings. Tropical Life Sciences Research 32(1): 117-141.
- Munirah, T. (2021). Genome Analysis of Endophytic Escherichia coli USML2 and its In Planta Ascending Migration with Growth Promoting Effect. Ph.D Thesis. Universiti Sains Malaysia, Penang. (http://eprints.usm.my/id/eprint/43702).
- Munirah, T. (2021). Whole-genome sequence of endophytic plant growth-promoting Escherichia coli USML2. Genome Announcement. 5(19) 00305-17.
- Haryati M. and Theeba M. (2021). Utilization of palm oil mill waste as organic fertilizer through composting process. J. Trop. Agric. and Fd. Sc. 49(1)(2021)
- Haryati M. (2021). Controlled release mixed fertilisers (CRF) vs conventional compound fertiliser for maize production. Proceedings of MARDI Science and Technology Exhibition 2021 Bilangan: MSTE 21 pp 359-363.
- Haryati M. and Theeba M. (2021). Effect of depleted oil bleaching earth (DOBE) on soil properties and yield of Brassica Alboglabra. Proceeding SEAVEG 2019. Pg 281.
- Haryati M., Surya M., Yves D., Intan Nadhirah M. (2018). The influence of pH and soil biota on Cu contamination under different soil type. 10th International Symposium on Plant-Soil Interaction at Low pH, June 25-28, 2018. Putrajaya Malaysia. ISBN 978-967-16101. Pp 257-261.
Contact
-
PENGARAH
Pusat Penyelidikan Sains Tanah, Air & Baja (SF)
Ibu Pejabat MARDI
Telefon : 03-8953 6700
No.Faks : 03-8953 6699
- Published on 23 October 2022
- Last modified on 27 November 2024