Skip to main content

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Maklum Balas
& Aduan

Peta
Laman

Statistik Korporat

PENINGKATAN VISIBILITI
Matlamat meningkatkan visibiliti MARDI adalah seiring dengan peranan institusi ini untuk memainkan peranannya sebagai sebuah institusi awam dalam menyebarkan pengetahuan (khususnya mengenai hasil penemuan penyelidikan dan bidang kepakaran) kepada masyarakat melalui saluran yang mudah dan berkesan seperti media massa dan media sosial. Konsep ini secara tidak langsung meningkatkan jenama MARDI khususnya dari aspek imej, identiti dan reputasi sebuah institusi penyelidikan awam.Infografik 2 menunjukkan pencapaian visibiliti MARDI melalui media sosial yang diukur dengan jumlah capaian outreach dan engagement, serta media massa yang diukur melalui nilai PR dalam ukuran Ringgit Malaysia. Jadual 9 adalah senarai warga MARDI yang memberikan sumbangan kepakaran di luar Institut. Sumbangan kepakaran warga MARDI di luar Institut merupakan pengiktirafan secara tidak langsung komuniti sains dan teknologi setempat sekali gus menyerlahkan visibiliti MARDI sebagai sebuah Institusi penyelidikan utama negara.

  • Dipapar pada 28 Mac 2023
  • Dikemaskini pada 02 September 2024