Skip to main content

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Maklum Balas
& Aduan

Peta
Laman

Statistik Korporat

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

Selaras dengan usaha bagi merealisasikan visi MARDI sebagai penjana terulung teknologi inovatif untuk kelestarian dan daya saing industri pertanian menjelang 2030, Pusat Pengurusan Sumber Manusia (HM) telah memfokuskan komitmennya bagi memacu kecemerlangan penyelidikan melalui modal insan yang berkemahiran dan berpengetahuan tinggi seiring dengan pencapaian kemajuan negara.
Dalam menyokong matlamat ini, MARDI telah menggarap banyak program latihan jangka panjang (akademik) untuk pegawai kumpulan pengurusan dan profesional (P&P) dalam dan luar negara di pelbagai sektor pertanian dengan pencapaian keseluruhannya pada tahun 2023 mencapai 128 pegawai atau 21% memiliki peringkat akademik Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), 326 pegawai atau 54% memiliki peringkat akademik Ijazah Sarjana manakala 153 atau 25% daripada keseluruhan pegawai memiliki peringkat akademik Ijazah Pertama.
Outcome pencapaian ini merangkumi peningkatan bilangan kepakaran dalam bidang penyelidikan agromakanan serta menjamin kesinambungannya di keseluruhan bidang khusus. Rajah di bawah menunjukkan status bilangan pegawai yang memiliki kelayakan tertinggi termasuk peringkat Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D), Ijazah Sarjana dan Ijazah Pertama.

Kelayakan Akademik Pegawai P&P MARDI

PENCALONAN ANUGERAH, DARJAH DAN BINTANG KEBESARAN TAHUN 2023 MENGIKUT NEGERI / ANUGERAH KHAS

 Pada tahun 2023, seramai 24 orang pegawai dari Pengurusan Kanan (3 orang), Pengurusan & Profesional (P&P) (7 orang) dan Kumpulan Pelaksana (14 orang) telah dikemukakan kepada Kementerian Pertanian & Keterjaminan Makanan (KPKM) bagi tujuan Pencalonan Anugerah, Darjah Dan Bintang Kebesaran Mengikut Negeri/Anugerah Khas Bagi Tahun 2023.

PENERIMA ANUGERAH, DARJAH DAN BINTANG KEBESARAN SEHINGGA 31 DISEMBER 2023

 

  • Dipapar pada 28 Mac 2023
  • Dikemaskini pada 17 November 2023