Skip to main content

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Maklum Balas
& Aduan

Peta
Laman

Penemuan Pengetahuan Signifikan

Statistik Korporat

PENEMUAN PENGETAHUAN SIGNIFIKAN
Output ini merujuk kepada sebarang informasi berguna yang diperolehi daripada projek seperti data saintifik / formulasi kimia / teknik / aksesi baka dan tanaman. Maklumat saintifik perlu diterjemahkan dalam bentuk pelaporan abstrak / laporan teknikal tahunan. Rajah 2 menunjukkan bilangan pengetahuan atau maklumat saintifik yang diperolehi daripada pelbagai aktiviti penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan yang didokumentasikan mengikut bidang kajian yang dilaksanakan.

Rajah 2: Bilangan pengetahuan (maklumat saintifik) yang didokumentasikan mengikut bidang kajian

Baca selanjutnya: Penemuan Pengetahuan Signifikan

  • Last updated on .
  • Hits: 7155

Pemilik Harta Intelek

Statistik Korporat

PEMILIKAN HARTA INTELEK
Output ini merujuk kepada hasil aktiviti R&D yang dilindungi melalui pemilikan harta intelek dalam kategori paten, inovasi utiliti, rahsia dagangan, hak cipta, cap dagangan, reka bentuk industri dan varieti baharu tumbuhan. Rajah berikut menunjukkan bilangan harta intelek mengikut kategori yang berjaya diperoleh sepanjang tahun 2020. Rajah 3 menunjukkan pecahan kategori harta intelek yang berjaya didaftarkan.

Rajah 3: Bilangan harta intelek mengikut kategori

Baca selanjutnya: Pemilik Harta Intelek

  • Last updated on .
  • Hits: 6654

Pemindahan Teknologi

Statistik Korporat

PEMINDAHAN TEKNOLOGI
Output ini merujuk kepada teknologi yang berjaya dipindahkan kepada golongan sasar melalui kaedah pengkomersialan dan konsultasi, gunaan awam atau public goods dan aktiviti perkhidmatan analisis makmal. Pengkomersialan merujuk kepada penjualan terus IP, pelesenan IP, OEM dalam bentuk kutipan royalti, bayaran penjualan teknologi. Public goods merujuk kepada benih/semen/teknologi yang ditawar tanpa bayaran. Perkhidmatan dan konsultasi merujuk kepada pemindahan pengetahuan/aktiviti yang ditawar dengan bayaran tertentu. Golongan sasar yang dimaksudkan terdiri daripada usahawan MARDI, peserta kursus dan latihan, syarikat swasta yang berminat dengan teknologi MARDI dan pihak industri atau agensi penyelidikan luar yang memerlukan perkhidmatan analisis makmal untuk produk mereka.



               

Baca selanjutnya: Pemindahan Teknologi

  • Last updated on .
  • Hits: 6826

Pembangunan Usahawan

Statistik Korporat

PEMBANGUNAN USAHAWAN
KPI Pembangunan Usahawan Tekno MARDI merujuk kepada peratus usahawan yang menggunakan teknologi MARDI dan berjaya meningkat daripada tahap yang rendah kepada yang lebih tinggi (dinilai berasaskan nilai jualan tahunan). Pada tahun 2020, seramai 105 daripada 913 usahawan tekno MARDI telah berjaya ditingkatkan tahap keusahawanan mereka. Rajah 7 menunjukkan pengelasan tahap usahawan yang menjadi rujukan KPI MARDI. Rajah 8 menunjukkan bilangan usahawan tekno MARDI mengikut tahap peningkatan tahap usahawan.

Baca selanjutnya: Pembangunan Usahawan

  • Last updated on .
  • Hits: 6858

Pengeluaran Benih Asas Padi & Bahan Tanaman

Statistik Korporat

PENGELUARAN BENIH ASAS PADI & BAHAN TANAMAN
Pengeluaran benih padi terbahagi kepada 4 fasa iaitu benih baka, benih asas, benih daftar dan benih sah. Benih baka adalah benih yang dihasilkan daripada aktiviti penyelidikan. Benih baka ini akan digandakan sebagai benih asas yang dipindahkan kepada syarikat-syarikat pengeluar benih yang dilantik Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. Proses pengeluaran benih asas padi merupakan satu proses yang telah dipersijilkan dengan pengiktirafan MS ISO 9001 bagi memastikan biji benih padi yang dikeluarkan adalah berkualiti dan memenuhi piawaian kawalan pengeluaran benih. Bahan tanaman lain merujuk kepada biji benih dan anak pokok sayur-sayuran dan buah-buahan.




Infografik 1: Pencapaian Pengeluaran Benih Asas Padi dan Bahan Tanaman MARDI



Rajah 9: Jumlah penghasilan anak pokok varieti keluaran MARDI sepanjang tahun 2020

Baca selanjutnya: Pengeluaran Benih Asas Padi & Bahan Tanaman

  • Last updated on .
  • Hits: 6733