Hortikultur
PENYELIDIKAN
HORTIKULTUR
-
Skop Penyelidikan
Membangunkan varieti baharu yang berhasil tinggi, berkualiti dan rintang terhadap serangga perosak dan penyakit utama. Mengurus germplasm tanaman hortikultur sebagai takungan sumber genetik bagi pembaikbakaan masa hadapan. Membangunkan sistem pengeluaran tanaman yang efisien dan kos efektif dengan mengoptimumkan penggunaan input bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil. Membangunkan sistem pengeluaran tanaman yang efisien dan kos efektif dengan mengoptimumkan penggunaan input bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil. Membangunkan teknologi pengurusan perosak tanaman hortikultur yang berkesan, kos efektif, mesra alam dan lestari. Menjalankan diagnostik dan mengenalpasti serangga perosak dan penyakit tanaman hortikultur. Membangunkan teknologi lengkap pengendalian lepas tuai yang efisien bagi mengawal kualiti dan mengurangkan kadar kerosakan buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan untuk pasaran tempatan dan eksport. -
Bidang Kepakaran
Pembiakbakaan - Pengumpulan dan penilaian janaplasma
- Pembiakbakaan konvensional untuk hasil yang tinggi, kualiti yang baik dan rintang penyakit
- Pembiakbakaan heterosis pelbagai varieti hybrid
- Bahan germplasma untuk rintangan kepada penyakit
- Pendekatan molekular untuk peningkatan warna
- Penghibridan, penilaian dan pemilihan varieti hybrid
- Kajian genotip x alam sekitar
- Pembiakbakaan molekular untuk rintangan kepada penyakit
Agronomi dan Sistem Pengeluaran - Pengurusan baja
- Amalan agronomi dan kultur dalam penanaman secara terbuka
- Penanaman di bawah struktur lindung: pelindung hujan dan struktur berkelambu
- Sistem fertigasi tanpa tanah dan atas tanah menggunakan baja kimia
- Sistem fertigasi tanpa tanah dan atas tanah menggunakan baja cecair organik
- Pengeluaran organik di dalam sistem atas tanah di bawah struktur lindung
Pengurusan Perosak dan Penyakit - Mengenalpasti Serangga Perosak, Penyakit dan Rumpai.
- Ekologi dan Epidemiologi Serangga Perosak, Rumpai dan Penyakit Utama
- Teknologi Aplikasi Racun Perosak
- Bahan Tanaman Bebas Penyakit
- Pengurusan Serangga Perosak Bersepadu
Pengendalian Lepas Tuai - Penuaian – indeks kematangan
- Pengendalian lepas tuai, penyimpanan, pembungkusan dan pengangkutan
- Pemprosesan minimum
- Fisiologi lepastuai
- Sistem pengendalian rantaian dingin
-
Teknologi
-
BUAH-BUAHAN
HIBRID BAHARU BELIMBING MSTAR 1
Telah diisytiharkan pada 7 April 2019 di MARDI Kluang Johor. Mempunyi tahap kemanisan yang tinggi sekitar 11% Brix tanpa rasa kelat, aroma yang wangi dan tekstur isi yang rangup.
HIBRID BAHARU BELIMBING MSTAR 2
Bentuk buah mirip kepada klon B10 dengan kepak buah yang lebih tebal dan warna kulit yang lebih kekuningan. Saiz buah adalah besar (192 g), mempunyai kandungan vitamin C yang tertinggi (87.3 mg/100 g), asid oksalik terendah (0.08 g/100 mg) dan tekstur isi lebih rangup daripada klon B10 dan tiada rasa kelat.
HIBRID BAHARU BELIMBING MSTAR 3
Saiz buah adalah besar (203 g), lebih manis daripada B10 (TSS: 10.1% Brix), kandungan vitamin C yang hampir sama dengan B10 dan B17, tekstur isi yang sedikit lembut daripada B10 dan tiada rasa kelat.
HIBRID BAHARU NANAS L1
Berat buah lebih tinggi (1.5 kg) berbanding dengan Josapine (1.2 kg). Berbentuk silinder dengan warna isi kekuningan dan tinggi kandungan pepejal terlarut (15-21% Brix) dengan asid sederhana (0.50%). Buah manis, beraroma, tekstur isi buah yang lembut dan empulur yang agak rangup serta kurang rasa lidas.HIBRID BAHARU NANAS MS16
Dilancarkan pada 17 Disember 2023, di MARDI Pontian, Johor. Berat purata 1.5 kg dan berpotensi menghasilkan sehingga 48 tan per hektar. Pengeluaran bahan penanaman yang banyak, melebihi lima sulur pada satu masa dan toleran
terhadap penyakit reput teras bakteria. Nilai kemanisan tinggi iaitu 16-21% Brix, isi berwarna kuning, rasa kurang lidas, tekstur rangup, aromatik, kurang berserat
dan sesuai untuk dimakan segarTOLERICA: BETIK TOLERAN PENYAKIT MATI ROSOT
Toleran pada serangan penyakit mati rosot, hasil tiga kali ganda lebih tinggi berbanding Eksotika (60-90 t/ha), berat buah 1.1-1.3 kg, tahap kemanisan TSS 12-13% Brix, tinggi buah pertama 70-80 cm dari tanah dan tempoh tuaian pertama ialah 9 bulan dari tarikh semaian biji benih.KLON RAMBUTAN BAHARU MUTIARA MERAH
Berat 35.7g dan mempunyai 53.5% perolehan isi. Masak 2-3 minggu lebih awal berbanding varieti R191. Pengisytiharan varieti ini telah dilakukan pada tahun 2018.
KLON RAMBUTAN BAHARU MUTIARA WANGI
Bentuk bujur, kulit merah gelap, bulu hijau, buah lebih
besar berbanding Mutiara Merah dengan berat 37.2g,
isi yang lebih aromatik dan separa pejal. Hasilnya 26.2kg
sepokok, yang jauh melebihi R191 yang hanya 18.5kg
sepokok. Pengisytiharan varieti ini telah dilakukan pada tahun 2018VARIETI MANGGA BAHARU BERKULIT MERAH 2 jenis varieti dibangunkan.
SB019 memiliki kulit merah tua dan isi oren,
saiz buah sederhana (250-350g), berbentuk oval,
dan rasanya manis dengan Brix 18-21%. Hasil tinggi,
berbuah setiap tahun, bebas dari IFR dan pokoknya semi-kerdil.
SB019SB003 pula mempunyai kulit merah cerah dan isi oren,
saiz buah yang boleh dipasarkan (350-450g), rasa manis sedikit
masam dengan Brix 18-20%. Berbau wangi, kaya dengan
vitamin C, berhasil tinggi, berbuah setiap tahu dan bebas
dari masalah insiden reput dalam buah (IFR)
SB003
2KRP73KRP4 KLON BAHARU POMELO MUTAN 2KRP7 DAN 3KRP4
2KRP7 kategori buah manis (9-11% Brix) dan 3KRP4 pula
adalah buah masam manis (10-12% Brix). Kandungan asid
rendah berbanding klon komersial iaitu 0.15- 0.16% bagi
2KRP7 dan 0.66-0.73% bagi 3KRP4. Kandungan jus kedua-dua
klon antara 262-315 mL dengan kandungan vitamin C yang
tinggi antara 45-52 mg/100 g. Berat buah adalah 1.2-1.7 kg dan
mengeluarkan hasil yang tinggi iaitu antara 257-371
kg/pokok/tahun. Warna ulas adalah merah jambu (2KRP7) dan
kuning (3KRP4) serta tidak mempunyai rasa pahit/pedar.
Manakala pokok tidak mempunyai duri dan didapati lebih
rendah berbanding dengan klon komersial.TEKNOLOGI TUNAS DAUN JAMBUL NANAS
Penghasilan secara besar-besaran 30-40 bahan penanaman
baru daripada satu pokok induk, tidak dipengaruhi oleh
perubahan iklim kerana kecekapan sistem kebuk propagasi
pengairan kendiri (mengurangkan kerugian lepas tuai <4%),
100% tulen kerana 0% variasi somaklonal, tempoh peringkat
semaian pendek 3-4 bulan, kos pengeluaran rendah (RM 0.10-RM 0.30).
Jambul nanas MD2
Stem kebuk propagasi pengairan
Bahagian tanaman baruBuah nanas MS16 di tanah Baja campuran urea dan potassium FORMULASI BAJA OPTIMUM BAGI NANAS MS16 DI TANAH GAMBUT
Baja tunggal Urea (46% N), Triple Super Phosphate (46% P2O5)
dan Potassium Sulphate (K2SO4 50% K2O) dicampurkan dan
dibekalkan sepanjang tempoh vegetatif Penjimatan kos baja
sehingga 20% berbanding pembajaan nanas
menggunakan baja sebatian NPK.UMPAN PROTEIN BAHARU BAGI KAWALAN LALAT BUAH
Berkesan, efektif kos, mudah dihasilkan, mampan, mesra alam
dengan jangka hayat simpanan panjang untuk pengawalan
lalat buah setanding produk komersial. Jangka hayat formulasi
menjangkau lebih 12 bulan selepas penghasilan dari aspek
keberkesanan tarikan umpan. Produk ini juga hanya spesifik ke
atas lalat buah sahaja dan tidak mengganggu
serangga bermanfaat bukan sasaran.TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINIMUM BUAH-BUAHAN
Tempoh hayat penyimpanan produk pemprosesan minimum
buah antara 2-3 minggu pada suhu 2 °C. Antara produk MP
yang berjaya dibangunkan ialah nanas, nangka, durian dan
melon. Teknologi sedia untuk dipindahkan secara
public good kepada industri.TEKNOLOGI SALUTAN BUAH-BUAHAN
Memanjangkan jangka hayat penyimpanan mangga, betik,
nanas dan pitahaya (4-5 minggu) dalam suhu 10-13 °C.
Melambatkan proses pemasakan, perubahan warna kulit buah,
mengurangkan kadar kehilangan berat dan mengawal penyakit
serta mencantikkan luaran kulit buah-buahan (segar dan berkilat).Rupa durian Musang King selepas
disejukbeku secara pembekuan kriogenikProduk sejukbeku Durian PAKEJ TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN KRIOGENIK
BUAH DURIAN UNTUK EKSPORT
Durian Musang King dibekukan dengan pembekuan kriogenik
untuk menghasilkan durian sejuk beku dalam bentuk biji bagi
keperluan pasaran eksport. Pakej teknologi ini merangkumi
rawatan sanitasi yang disyorkan untuk keselamatan makanan
dan bebas perosak kuarantin. Teknologi telah didaftar
sebagai copyright dan telah dipindah secara public
good kepada pengeksport durian.TEKNOLOGI KOMBINASI SUHU RENDAH DAN
PEMBUNGKUSAN UNTUK PEMANJANGAN HAYAT SIMPANAN DURIAN SEGAR
Penyimpanan durian segar Musang King pada suhu 5 °C
dengan pembungkusan plastik polietilena berketumpatan
rendah (LDPE) dapat mengekalkan kualiti optimum durian
segar sehingga 21 hari. Teknologi sedia untuk dipindahkan
secara public good kepada pengeksport buah-buahan.
Pembungkusan durian segar menggunakan plastic polietelina berketumpatan rendah (LDPE) dengan ketebalan 0.04mm dan pengekalan kualiti ulas yang baik.
Aruhan pemasakan buah menggunakan gas etilina untuk
mendapatkan keseragaman pemasakan buah nangka J33.Penyimpanan buah nangka J33 yang
diaruhmasak pada suhu suboptimal.TEKNIK PENYIMPANAN SUHU SUB-OPTIMAL
UNTUK PEMANJANGAN HAYAT NANGKA SEGAR
Teknik aruhan dengan agen pemasakan etilena yang
disimpan pada suhu sub-optimum serendah 2 °C bagi
Nangka J33. Teknik ini membolehkan J33 disimpan selama
tiga minggu (insiden reput kurang daripada 10% dan
kemanisan buah kekal 22-24 %). Teknologi ini sedia untuk
dipindahkan secara public good kepada pengeksport nangka.TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN KRIOGENIK BUAH NANGKA UNTUK EKSPORT
Proses penyejukbekuan kriogenik untuk nangka dalam bentuk
sebiji; 4 jam pada suhu -80°C bagi memastikan suhu teras buah
(14.5kg) mencapai -18°C. Teknik nyahbeku secara perlahan
pada suhu 10°C semalaman (15 jam), membantu mengawal
perubahan warna empulur nangka dan mengekalkan ketegaran
ulas nangka. Boleh disimpan sehingga 6 bulan pada suhu -18°C.
Dengan hayat simpanan yang panjang, nangka Malaysia boleh
dieksport ke pasaran luar negara lebih jauh dengan
menggunakan kapal laut.Rupa buah nangka yang telah
disejukbeku secara pembekuan kriogenik.Keadaan kualiti ulas nangka selepas dinyahbeku.
Proses penyejukbekuan ulas nangka secara kriogenik.
TEKNIK PENYEJUKBEKUAN ULAS NANGKA UNTUK PASARAN EKSPORT
Sesuai untuk penghantaran jarak jauh tanpa menjejaskan
kualiti buah selama enam bulan. Tempoh penyimpanan
lama membolehkan produk ulas nangka sejuk beku boleh
dipasarkan di pasaran yang lebih jauh dan mengurangkan
kehilangan lepas tuai serta masalah lambakan industri nangka.TEKNOLOGI SALUTAN PERMUKAAN UNTUK
EKSPORT NANGKA KE CHINA
Prosedur operasi standard dengan rawatan salutan buah untuk
mengeksport nangka segar ke China berjaya mengekalkan
kualiti J33 yang dianggap premium di China. Kualiti buah
nangka masih terpelihara walaupun selepas
penghantaran 2 minggu ke China.
Ketibaan buah Nangka di China.
Buah disalut EONature
Buah tanpa salutan
Kualiti luaran Nangka yang disalut EONature (kiri) dan tanpa salutan (kanan) di China.
Buah betik di dalam pembungkusan atmosfera terubahsuai (MAP).KOMBINASI TEKNIK PRAKONDISI SUHU DAN PEMBUNGKUSAN
MAP UNTUK PEMANJANGAN HAYAT SIMPANAN BETIK SEGAR
Gabungan prakondisi suhu dan MAP mengekalkan kualiti
betik di bawah simpanan pada suhu suboptimum serendah
7°C tanpa masalah kecederaan sejuk dingin, dengan jangka
hayat yang lebih lama (4 minggu) berbanding hanya 2 minggu
untuk teknik pengendalian konvensional. -
SAYUR-SAYURAN
-
PERTANIAN BANDAR
CANOPYTECTURE
Sistem struktur penyokong pelbagai guna untuk penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar atau memanjat. Struktur ini dilengkapi dengan pasu self-watering container (SWC) yang menyimpan dan mengagihkan air dengan tindakan kapilari kepada tanaman, mengurangkan keperluan penyiraman manual dan pembaziran air.
Struktur canopytecture yang mampu menampung
pokok jenis menjalar atau memanjat.Hasil buah rockmelon menggunakan sistem canopytecture.
Penanaman salad di dalam Cubegrow yang boleh terus. CUBE-GROW
Kiub pertumbuhan sayur-sayuran yang dilengkapi sumber pencahayaan ‘Light Emitting Diode’ (LED) dan sistem pengudaraan untuk menghasilkan persekitaran dalaman yang sesuai. Menghasilkan sayuran yang segar, bebas racun, bernutrisi dan selamat dimakan. Sesuai untuk penanaman sayur-sayuran berdaun seperti sawi, bayam, kailan dan juga microgreen.
EZGROW
Medium tanaman yang dipadatkan kepada bentuk kiub dengan beberapa saiz yang berfungsi sebagai medium percambahan biji benih dan pembesaran anak benih, tanpa perlu adanya tray dan pasu plastik. Teknologi ini berpotensi untuk menghasilkan anak benih (transplant) yang baik, bermutu dan efisyen bagi pengeluaran sayuran, bungaan, herba dan keratan.
Transformasi sistem pengeluaran anak benih sayur-sayuran, herba, keratan dan pokok bunga daripada konvensional kepada EZGROW™
Konsep Greenkit Greenkit yang ditanam pelbagai sayuran, ulaman dan herba. GREENKIT
Mengatasi masalah penyiraman yang perlu dijalankan setiap hari bagi tanaman ulam, herba dan sayur-sayuran. Terdiri daripada takungan plastik yang terbahagi kepada dua ruang yang terpisah, iaitu takungan air (reservoir) di bahagian bawah dan takung penanaman yang mengandungi medium penanaman di bahagian atas.
HIDROPONIK TEKNIK ALIRAN NIPIS (NUTRIENT FILM TECHNIQUE-NFT) BERTINGKAT
Model mini sistem hidroponik menggunakan teknik Aliran Nipis (Nutrient Film Technique-NFT) yang dilengkapi pencahayaan LED untuk penanaman secara indoor. Model ini bersifat mudah alih, sesuai untuk perkebunan di rumah.Teknik Aliran Nipis (Nutrient Film Technique-NFT) bertingkat dilengkapi sistem pengairan dan pencahayaan LED.
Sistem Vertiplanter™ dengan tanaman ornamental.
BEKAS PENYIRAMAN KENDIRI (SWC)
Menyelesaikan masalah pengurusan air dan penggunaan tenaga dalam penanaman secara vertical dengan menggunakan kaedah ‘self-watering’. Boleh diaplikasikan secara versatile; penanaman di ruangan terhad, berupaya menurunkan suhu persekitaran dan sesuai di dalam bangunan tanpa masalah pemasangan dan kotoran.
KILANG TANAMAN
Sistem pengeluaran tanaman intensif dan konsisten dalam struktur tertutup dan terkawal yang mana semua faktor pertumbuhan tanaman seperti cahaya, suhu, karbon dioksida, kelembapan udara, nutrien, air dan aliran udara dikawal dan dipantau. Teknologi ini tidak memerlukan tanah, terhindar daripada ancaman penyakit, persekitaran tanaman yang bersih, penggunaan air dan baja yang cekap, hasilan segar dan bernutrisi, produk yang bersih dan selamat dimakan, 100% bebas racun dan produktiviti berganda 4-10 kali.
Model kilang tanaman skala gudang dan kilang tanaman kontena di MARDI.
SOP Pengurusan Faktor Biologi Kilang Tanaman MARDI yang telah dibangunkan.
Faktor biologi kilang tanaman terdiri daripada alga, serangga dan mikroorganisma. PENGURUSAN FAKTOR BIOLOGI KILANG TANAMAN
Terdapat beberapa faktor biologi yang melibatkan kontaminasi alga, mikroorganisma dan serangga yang perlu dikawal. SOP dibangunkan untuk pengurusan faktor-faktor biologi ini supaya berada pada paras yang rendah.
-
TANAMAN HIASAN
HIBRID BAHARU ORKID ARUNDINA SURIA
Dilancarkan oleh YB. Dato’ Dr. Loga Bala Mohan pada 2 Disember 2017. Jenis semi-miniatur, boleh tumbuh sehingga 60 cm tinggi, tahan panas dan sangat subur. Bunga adalah putih ke merah jambu, bersaiz sederhana, 5-6 cm lebar dan 4-5 cm panjang.
Arundina Suria
Arundina MentariHIBRID BAHARU ORKID ARUNDINA MENTARI
Dilancarkan oleh YB. Dato’ Dr. Loga Bala Mohan pada 2 Disember 2017. Tahan kepada cuaca panas, menghasilkan bunga sepanjang tahun dan berwarna ungu gelap. Jangka hayat bunga adalah 3 hari, namun densiti bunga yang banyak pada ranting menampakkan bunga kembang sepanjang masa.ORKID TRICHOVANDA MARDI
Menghasilkan 6-8 kuntum bunga yang wangi pada setiap tangkai (kira-kira 30 cm panjang), berbunga lima kali dalam setahun. Saiz purata bunga adalah 6.5 cm secara melintang dan 6.0 cm secara menegak. Bunga berwarna hijau kekuningan dengan bintik coklat, boleh bertahan selama 33 hari, tahan panas, berbunga apabila tinggi pokok mencapai kira-kira 33 cm dan sesuai digunakan sebagai orkid hiasan pasu.
Bunga Trichovanda MARDI yang bewarna hijau kekuningan dengan bintik coklat dan berbau wangi.
Pokok orkid Trichovanda MARDI tahan panas dan mampu berbunga sehingga 5 kali setahun.
Formulasi multispesies yang telah dikomersialkan MULTISPESIES
Menghasilkan komuniti tanaman baharu, memulihara kepelbagaian biologi, meningkatkan nilai estetik taman, memudahkan penyelenggaraan tanaman dan melestarikan landskap taman. Teknologi dapat memberi impak naturalistik iaitu komuniti tanaman kelihatan unik dan semula jadi, impak warna-warni, landskap dinamik dan komuniti tanaman bunga bungaan semusim yang lebih lestari untuk jangka masa panjang. Melalui kaedah penanaman secara percampuran, komuniti tanaman hiasan dapat mengeluarkan bunga-bungaan dalam tempoh yang panjang dan kurang penyelenggaraan.TEKNOLOGI PEMBIAKAN TANAMAN HIASAN PASUAN
Tanaman hiasan yang telah disaring oleh MARDI ialah Peperomia puteolata, Schismatoglottis calyptrata, Scindapsus pictus, Piper porphyrophyllu, Ledebouria socialis var pauciflora, Ledebouria petiolata, Peperomia argyrei, Tradescantia sp., Alocasia reginula dan Eugenia sp.
-
BUAH-BUAHAN
-
Penerbitan
- Suhana, S., Ahmad Hafiz, B., Noor Baiti, A.A., Razali, M., Rozita, M.Y. and Zawiyah, P. (2020). Potensi dan strategi pemasaran belimbing hibrid baharu MARDI MSTAR 1 @ BINTANG MAS). Buletin Teknologi MARDI 19: 191-201
- Nasir, K.H., Yusof, M.F.M., Firdaus, M.S., Jantan, S.Z., Moktar, M.F.M., Ibrahim, S.N., Aziz, N.B.A. and Ying, J.C.L. (2019). Development of starfruit simple sequence repeat (SSR) using next generation sequencing. Journal of Food Science and Engineering 9: 95-121
- Mohd Azhar, H., Johari, S., Nur Sulastri, J., Razali, M., Muhammad Zulfa, M.R., Noor Faimah, G. and Mariatulqabtiah, A.R. (2020). Field performance of selected papaya hybrids for tolerance to dieback disease. Journal of Tropical Agriculture and Food Science 48(1): 25-33
- Ab Razak, S., Md Radzuan, S., Mohamed, N., Nor Azman, N. H. E., Abd Majid, A. M., Ismail, S. N., Sarip, J. and Nasir, K. H. (2020). Development of novel microsatellite markers using RAD sequencing technology for diversity assessment of rambutan (Nephelium lappaceum L.) germplasm. Heliyon. 6(9)
- Joanna, C. L. Y., Nurul Shamimi, A.G., Norsyuhaida, A.S., Wan Mohd Reza Ikwan, W.H., Mohamad Fikkri, A.H., Nur Izzati, M. and Mohamad Abhar, A. H. 2020. Maturity stage at harvest affects physicochemical quality of MS16 pineapple. The International Journal of Agriculture, Forestry and Plantation (IJAFP), Vol 10. Pg 84-88. ISSN 2462-1757
- Nur Azlin Razali, Wan Mahfuzah Wan Ibrahim, Siti Aisyah Abdullah,Suhana Safari dan Razali Mustaffa. (2020). Pakej Teknologi Bagi Pengeksportan Durian Sejuk Beku Dalam Bentuk Biji Menggunakan Kaedah Pembekuan Kriogenik. Buletin Teknol. Tanaman. MARDI 2020, Bil 22.
- Nur Azlin, R.*, Nurul Khdijah, R., Farah ‘Aqila, H., Siti Aisyah, and Wan Mohd Reza Ikwan, W.H. (2020). Optimum temperature for storage of mature drop Malaysian durian (Durio zibethinus cv. Musang King). International Journal of Agriculture, Forestry and Plantation (IJAFP) ISSN: 2462-1757, Vol 10, 268-273.
- Nur Azlin, R., Nurul Khdijah, R., Farah ‘Aqila, H., Siti Aisyah, A. and Wan Mohd Reza Ikwan, W.H. (2020). Package technology for exporting premium whole ‘Musang King’ durian by cryogenic freezing. Proceeding 9th Kuala Lumpur International Agriculture, Forestry and Plantation Conference (KLIAFP9), 21-22 September 2020. Bangi Resort Hotel, Bangi, Malaysia. e-ISSN 2682-8758, pp 27-34.
- Siti Aisyah A., Razali M., Mohd Kamal M.T., Shamsudin O., Norsyafiqah R.,Nur Azlin R., Nur Syafini G., Nurul Khdijah R., Siti Ilyani A., Nur Hidayah S., and Siti Khuzaimah T. (2020). Thawing Techniques of Frozen Whole Fruit Durian (Durio zibethinus cv. Musang King) eISSN 2600-9595. Trans. Malaysian Soc. Plant Physiol. 27. 131-133.
- Suhana, O., Norfadzilah, A. F., Salmiah, M. dan Mohd Isa, D. (2016). L5: Varieti cili baharu yang berhasil tinggi. Buletin Teknologi, MARDI, Bil. 10(2016): 143-149
- O. Suhana, R. Melor and A.F. Norfadzilah (2016). Yield performance and stability of new promising chilli genotypes over different agro-ecological environments in Malaysia. Acta Hortic. 1127. ISHS 2016. DOI 10.17660/ActaHortic.2016.1127.76 XXIX IHC - Proc. Int. Sym. on Plant Breeding in Horticulture Eds.: N. Onus and A. Currie.
- Suhana O., Norfadzilah A.F., Rozlaily, Z., Nur Adliza, B., Farah Huda, S.S, Farahzety, A.M. Juliana, Y. , Nur Syafini, G., Saiful Bahri, S. and Mohd Zamri, K. 2019. Development of New ChillI Variety for High Yield and Anthracnose Disease Tolerance. Southeast Asia Vegetable Symposium 2019. 9-11 July 2019 Hatten Hotel Melaka. Abstract Book pg 85
- Nor Hazlina, M.S., Sharizan, A., Rozlaily, Z., Sebrina Shahniza, S. (2016). Genetic Variability Studies on Cherry Tomato (Solanum lycopersicum var. Cerasiforme) under Lowland Environment. South East Asia Vegetable Conference 2016 (SEAVEG). 6-8 September 2016. Marriott Hotel. Putrajaya
- Nor Hazlina, M.S., Sharizan, A., Rozlaily, Z. (2016). Penilaian dan Pemilihan Titisan Tomato untuk Tanaman Tanah Rendah, Buletin Teknologi 2016. MARDI
- Nor Hazlina, M.S., Rozlaily, Z., Sebrina Shahniza, S., Nor Afzan R. (2017). Identification of tomato inbred lines for Resistance to Bacterial Wilt under Tropical Environment. 12th Malaysia International Genetics Conference. 25-27 September 2017. Bangi-Putrajaya Hotel, Putrajaya
- Suhana, O. Mohd Zamri, K. and Mohd Isa, D. 2018. Evalution of Selected Bitter Gourd Accessions for Yield and Related Traits. Trans. Malaysian Soc. Plant Physiol. 25. First Published, 2018: 39-40. eISSN 2600-9595.
- Norfadzilah A.F., Suhana O., Rozlaily Z., Farahzety Abd. Mutalib, Nur Syafini Ghazali, Nur Adliza Baharom, Ilias B. Khir, Mohd. Isa Darus, Nur Fatin M.S and Mohd. Raimi A.K. (2019). Growth and Inflorescence Development of Several Cauliflower (Brassica oleracea var. Botrytis L.) Hibrid in Malaysian Environment. Trans Malaysian Soc. Plant Phisiology. 26. 2019. Pg.109-115 eISSN2600-9595.
- Rozlaily, Zainol, (ed.) 2019. Manual Teknologi Penanaman Kubis Bulat Di Tanah Rendah. MARDI. ISBN 978-967-936-677-8.
- Illani Zuraihah Ibrahim, et. Al (2019). Teknologi Penanaman Kubis Bulat di Tanah Rendah secara Organik. Buletin Teknologi MARDI Bil.17 (2019): 55-65
- Ahmad Syafik Suraidi Bin Sulaiman,Mohammad Abid Bin Ahmad, Seri Aishah Binti Hassim, M.S. Azman. Evaluation of Fertilizer Electrical Conductivity (EC) and Temperature Distribution via Vertical Farming System under Plant Factory, Basrah Journal of Agricultural Science
- Puteri Aminatulhawa M.A., Sakinah I., Masnira M.Y., Zulhazmi S. Zainal, M.A., Adib Muhaimin M.S. and Muhammad Hanif, A. (2020). Plant density and planter level of leafy vegetables affected yield and plant components in vertiplanter, self-watering vertical for urban gardening. International Journal of Agriculture, Forestry and Plantation (IJAFP), Vol 10: 224-228 ISSN 2462-1757.
- Ab Kahar Sandrang, Puteri Aminatulhawa Megat Amaddin, Farahzety Abdul Mutalib, Mohammad Abid Ahmad, Hanim Ahmad, Zulhazmi Sayuti dan Mohamad Rais Hasan (2018). Teknologi kiub gambut dalam pengeluaran bahan tanaman. Buletin Teknologi MARDI, Bil. 14: 115 – 123
- Hanim Ahmad, Ab Kahar Sandrang, Puteri Aminatulhawa Megat Amaddin dan Zulhazmi Sayuti (2018). Memaksimumkan impak kepelbagaian bunga dalam landskap menggunakan teknologi kiub gambut. Buletin Teknologi MARDI, Bil. 14: 11 – 16
- Mohd Abid Ahmad, Che Radziah Che Mohd Zain, Ab. Kahar Sandrang dan Farahzety Abd. Mutalib. Air Root Pruning Improves Root Growth Performence of Lettuce (Lactuca stiva L.) Seedling. Transaction of Malaysian society of Plant Physiology Vol.26 (2019).
- Mohamed Hafeifi B, Zulhazmi S., Ab. Kahar S., Puteri Aminatul Hawa M. A., Masnira M., Zaulia, A., Intan Nadhirah M., Mohd Khairil A., Mohd Adib Muhaimin M. S. dan Mohd Yusmizan A. M. (2019). Effect of Multiple Media Combination on Edible Plants in Two Different Type of Capillary for GreenKitTM. Transaction of Malaysian society of Plant Physiology Vol.26
-
Hubungi
PENGARAH
Pusat Penyelidikan Hortikultur (HR)
Ibu Pejabat MARDITelefon : 03-89536260
No.Faks : 03-89536270
- Last updated on .
- Hits: 9210