Skip to main content

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Maklum Balas
& Aduan

Peta
Laman

SERDANG, 9 Ogos  – Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini telah melancarkan tiga buah buku penerbitan MARDI sempena MAHA 2022 iaitu Buku Kilang Tanaman MARDI (Teknologi Moden Pengeluaran Tanaman Makanan), Teknologi Durian MARDI, MARDI’s Encyclopaedia of Durians.  

Pelancaran diadakan pada kali ini memperlihatkan kesungguhan MARDI mendokumenkan hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) oleh pegawai dan kakitangan MARDI dalam bentuk penerbitan. Penerbitan sebegini akan menjadi bukti sumbangan dan kerja kuat MARDI dalam membangunkan dan meningkatkan sektor pertanian negara. Penerbitan ini juga akan menjadi inspirasi kepada pegawai dan kakitangan MARDI dalam menghasilkan lebih banyak lagi penerbitan yang boleh dijadikan rujukan dan panduan untuk stakeholders dan kumpulan sasar MARDI.

Penghasilan teknologi dan hasil maklumat kajian yang telah dijalankan oleh pasukan penyelidik MARDI ini telah digarapkan dalam bentuk penulisan yang diterbitkan dalam buku bertajuk Kilang Tanaman MARDI (Teknologi Moden Pengeluaran Tanaman Makanan). Buku Kilang Tanaman MARDI ini akan menjadi rujukan kepada petani moden, pelajar dan mereka yang berminat untuk menjalankan pengeluaran tanaman makanan berkualiti dengan teknologi kilang tanaman ini.

Kandungan buku Teknologi Durian MARDI ditulis oleh penyelidik MARDI dari pelbagai bidang pengkhususan termasuklah pembiakbakaan, agronomi, pengurusan perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai, mekanisasi, ekonomi dan teknologi makanan. Buku ini diterbitkan bertujuan untuk menyebarkan maklumat berkaitan penanaman durian. Buku ini boleh dijadikan rujukan dan panduan kepada golongan sasar termasuklah pengusaha tanaman durian, penyelidik, ahli akademik, pelajar dan ejen pengembangan serta orang awam.

MARDI’s Encyclopaedia of Durians boleh dijadikan panduan kepada pengusaha tanaman durian, penyelidik, ahli akademik, pelajar dan agen pengembangan serta orang awam yang berminat dengan Raja Buah Malaysia ini. Ketiga-tiga terbitan terkini MARDI boleh didapati di reruai Penerbitan MARDI, Dewan A dan Laman Sayur sepanjang MAHA berlangsung.

Majlis turut dihadiri oleh Yang Berbahagia Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan dan Yang Berbahagia Dato’ Dr. Mohamad Zabawi bin Abdul Ghani, Ketua Pengarah MARDI.

Pengarang

  • Institut Penyelidikan Dan Kemajuan Pertanian Malaysia

  • Pusat Komunikasi Korporat
    Ibu Pejabat MARDI
    Persiaran MARDI-UPM
    43400 Serdang
    Selangor

  • 03-8953 7201

  • 03-8953 7220

  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  • https://www.mardi.gov.my

Media Sosial MARDI

Berita Berkaitan