Perkhidmatan
Kursus & Latihan Teknikal
MARDI menawarkan khidmat perundingan dan latihan dalam bidang pertanian dan makanan melalui program latihan. MARDI mempunyai seramai lebih kurang 400 orang Pegawai Penyelidik pakar daripada pelbagai bidang sains dan teknikal. Ini disokong oleh infrastruktur yang agak lengkap serta rangkaian dengan pakar- pakar pada peringkat nasional dan antarabangsa. Justeru, Institut berupaya menawarkan latihan dan khidmat perundingan latihan yang bermutu tinggi kepada pelanggan tempatan, antarabangsa dan serantau.
Perkhidmatan perundingan latihan:
- Membuat analisis keperluan latihan
- Membuat perancangan latihan
- Menyediakan modul dan merekabentuk kursus
Perkhidmatan latihan:
- Menyediakan tenaga pengajar
- Mengendalikan kursus
Bayaran:
- Bayaran dikenakan berdasarkan kepada jenis perkhidmatan dan kadar yang telah ditetapkan.
Kumpulan sasar yang akan mendapat manfaat daripada pelaksanaan kursus dan latihan teknikal yang dikendalikan adalah:
- Agen pengembangan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta lain- lain jabatan kerajaan
- Juruteknik daripada institusi awam dan swasta
- Usahawan Industri Kecil dan Sederhana
- Kumpulan petani dan pekebun kecil yang progresif
- Kumpulan pelanggan serantau & antarabangsa
- Orang awam yang berminat
Kursus dan latihan teknikal MARDI dilaksanakan di Ibu Pejabat MARDI dan stesen-stesen MARDI seperti berikut:
Selangor
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI- UPM,
43400 Serdang,
Selangor.
Stesen MARDI Tanjung Karang
Parit Satu, Sungai Sireh,
45500 Tanjung Karang,
Selangor.
Kelantan
Stesen MARDI Pasir Puteh
Padang Pak Amat,
16800 Pasir Puteh,
Kelantan.
Kuala Terengganu
Stesen MARDI Kuala Terengganu
KM 10, Jalan Kelantan- Manir,
20700 Kuala Terengganu.
Johor
Stesen MARDI Kluang
KM 15, Jalan Kluang- Kota Tinggi,
86009 Kluang,
Johor.
Stesen MARDI Pontian
KM 53, Jalan Johor,
82000 Pontian,
Johor.
Stesen MARDI Johor Bahru
Lot 6313, Jalan Taruka,
Off Jalan Datin Halimah,
80350 Johor Bahru,
Johor.
Kedah
Stesen MARDI Langkawi
Jalan Padang Gaong,
Lubuk Sembilang,
07000 Langkawi,
Kedah.
Perak
Stesen MARDI Bagan Datuk
Jalan Bagan Datuk,
36307 Sungai Sumun,
Perak.
Pahang
Stesen MARDI Cameron Highlands
Jalan Dayang Endah,
Tanah Rata,
39007 Cameron Highlands,
Pahang.
Stesen MARDI Muadzam Shah
KM 5, Jalan Rompin,
26700 Muadzam Shah,
Pahang.
Sabah
Stesen MARDI Kota Kinabalu
Lot 1, Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP),
KM 7, Jalan Teluk Sepanggar,
Menggatal,
88450 Kota Kinabalu,
Sabah.
Sarawak
Stesen MARDI Kuching
Lot 411, Blok 14,
Jalan Santubong,
93055 Petra Jaya,
Sarawak.
Modul-modul kursus adalah berasaskan aktiviiti penyelidikan dan pembangunan MARDI yang mempunyai potensi dan nilai komersial.
Terdapat 60 modul yang terdiri daripada empat (4) kluster utama dan mendapat pengiktirafan:
- Kluster Tanaman
- Kluster Ternakan
- Kluster Pemprosesan Makanan
- Kluster Keselamatan dan Kualiti Makanan
Kluster :
Tanaman
1. Pengeluaran Tanaman Terpilih Secara Fertigasi
2. Pertanian Bandar
3. Penanaman Cendawan
4. Penanaman Kelapa
Ternakan
1. Penternakan Lebah Kelulut
2. Penternakan Ayam Kampung
3. Penternakan Kambing secara Komersial
Pemprosesan Makanan
1. Pes dan Perencah
2. Hasilan Bakeri (Kek, Cookies)
3. Sos (Cili, Tomato, Pencicah)
4. Kordial, Jus dan Minuman Terus Buah- Buahan
5. Produk Daging (Nuget, Burger, Sosej)
6. Sejuk Beku Pastri (Pizza, Shepherd’s Pie, Potato Cheese Bake)
7. Hasilan Bakeri (Roti, Pastri)
8. Sejuk Beku Kuih Tradisional (Pau, Karipaf, Kasturi)
9. Hasilan Surimi (Bebola Ikan, Kek Ikan, Yong Tau Fu, Sos Yong Tau Fu)
10. Snek Ikan (Keropok Lekor, Keropok Kering, Keropok Segera)
11. Mi, Taugeh, Tauhu
Kualiti dan Keselamatan Makanan / Lanjutan
1. Pembungkusan dan Pelabelan Makanan
2. Good Hygiene Practices (GHP) dalam Industri Pemprosesan Makanan
3. Ke Arah Penghasilan Makanan Halal
4. Jaminan Kualiti dan Keselamatan Pemprosesan Makanan
5. Good Manufacturing Practices (GMP) untuk Industri Pemprosesan Makanan
6. Aditif Makanan
7. Pre-requisite to HACCP Implementation
8. HACCP and Its Implementation
9. Pembiakan Tanaman Orkid dan Pisang Secara Tisu Kultur
10. HACCP- Verification and Auditing
Program Pemindahan Teknologi
PUSAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI DAN PEMBANGUNAN USAHAWAN
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI- UPM
43400 Serdang
Selangor.
Pn. Shariah Loh binti Long
Tel: 03- 8953 6910 / 6923
Faks: 03- 8953 6789
Emel:
- Dipapar pada 17 November 2022
- Dikemaskini pada 19 November 2024