VARIETI PADI BIASA
MR 219 Diisytiharkan pada tahun 2001. Potensi hasil 10.5 tan/ha dengan tempoh matang yang singkat sekitar 111 hari lepas tabur |
|
MR 220 CL2 Varieti rintang racun rumpai untuk kawalan padi angin. Ia diperkenalkan bersama dengan teknologi stewardship dan disyorkan untuk kawasan sawah bermasalah padi angin melebihi 30% dan penanaman secara berterusan hanya disyorkan selama tiga musim sahaja. |
|
MR 297 Varieti padi MARDI Siraj 297 (MR 297) punyai potensi hasil sekitar 9.52 - 9.28 t/ha). Varieti ini mendapat penerimaan yang baik di kalangan petani di mana keluasan liputan penanaman di semenanjung Malaysia ialah sekitar 50.1% (ML 2021). |
|
KADARIA 1 Kadaria 1 merupakan varieti padi hibrid pertama Malaysia. Varieti ini adalah disyorkan di kawasan sederhana subur. Potensi hasil varieti ini boleh mencapai antara 9.7 – 12 t/ ha di kawasan subur dan 6.0 – 7.3 di kawasan sederhana subur serta rintang kepada penyakit karah daun dan karah tangkai. Setakat ini tiada syarikat benih yang berminat untuk mengkomersialkan varieti KADARIA 1 disebabkan oleh kekurangan kemahiran teknikal. |
|
MR 315 Varieti padi MR 315 adalah rintang dan mempunyai purata hasil bersih sekitar 8.3 tan/ha. |
VARIETI PADI PULUT
1972 MASRIA Pulut, matang awal, pokok rendah |
|
1974 PULUT MALAYSIA 1 Matang lewat, pokok sederhana tinggi |
|
1981 PULUT SIDING Pulut, matang lewat, pokok sederhana tinggi |
|
1990 PULUT HITAM 9 Pulut hitam, pokok sederhana tinggi |
VARIETI PADI WANGI
1999 MRQ 50 Wangi, seroi, panjang dan tirus, pokok sederhana tinggi |
|
2005 MRQ 74 Wangi, nasi seroi, pokok rendah |
|
2012 MRQ 76 Wangi, lembut, melekit dan sama seperti beras wangi import |
|
2016 MRQ 88 Wangi, nasi seroi dan sederhana lembut |
|
2021 MRQ 104 Sederhana lembut dan tidak melekit |
|
2022 MRQ 103 Rendah Kandungan Indeks Glisemik. Sederhana lembut dan tidak melekit. |
VARIETI PADI WARNA
MRM 16 Diisytiharkan pada tahun 2010. Varieti padi merah dengan penanaman dua kali setahun dengan potensi hasil sekitar 4.5 tan/ha. Mempunyai kandungan antosianin yang tinggi. |
|
MRQ 98 Diisytiharkan pada tahun 2018. Varietu padi merah dengan penanaman dua kali setahun. Mempunyai potensI hasil yang tinggi sekitar 5.7 tan/ha. |
TEKNOLOGI KAWALAN PADI ANGIN UNTUK AMALAN SISTEM TABUR TERUS BASAH, WRFree©
Teknologi Kawalan Padi Angin Untuk Amalan Sistem Tabur Terus Basah, WRFree© merupakan kaedah baru yang dibangunkan oleh MARDI pada tahun 2020 untuk mengawal padi angin dalam amalan sistem tabur terus basah dengan lebih berkesan. WRFree© merujuk kepada Standard Operating Procedure (SOP) pengurusan padi angin melalui teknik penggunaan racun rumpai pracambah diubah suai agar populasi biji benih padi angin dalam tanah dapat dikurangkan. Penggunaan SOP WRFree© yang tepat membantu mengurangkan populasi padi angin 30 – 45% pada musim pertama dan amalan SOP ini pada musim kedua mampu mengurangkan populasi padi angin sebanyak 70 – 85%. |
PAKEJ PENGURUSAN PENYAKIT HAWAR BULIR BAKTERIA (BPB) PADA TANAMAN PADI
Pakej pengurusan penyakit hawar bulir bakteria dibangunkan sebagai pengesyoran untuk kawalan dan pencegahan penyakit BPB dalam penanaman padi menerusi integrasi kaedah rawatan benih dan semburan secara foliar pada peringkat pokok matang. Pakej ini membantu merencat pertumbuhan B. glumae pada permukaan benih secara langsung mengurangkan sumber inokulum pada permukaan benih, berupaya mengurangkan kadar insiden penyakit BPB di lapangan sehingga 50% tanpa penjejasan kadar germinasi benih padi yang ketara, pengendalian yang mudah diikuti oleh petani di mana penyemaian terus dapat dilakukan selepas rawatan benih, tiada kesan fitotoksik yang ketara pada pokok padi dan kos rawatan yang berpatutan. |