RECA merupakan singkatan kepada Research, Entrepreneur, Commercialization, and Agriculture. Ia adalah seminar atau latihan jangka masa pendek yang bertujuan untuk mendedahkan teknologi terkini berkaitan penyelidikan, pertanian, keusahawanan, dan pengkomersilan.
Sesi seminar ini dijalankan secara teori selama satu hingga dua hari, diikuti dengan latihan praktikal secara hands-on atau demonstrasi untuk memberikan pengalaman sebenar kepada peserta.
Pameran Teknologi
Aktiviti pameran merupakan satu cara komunikasi untuk menyebarkan dan mempromosikan teknologi pertanian dan industri makanan hasil penyelidikan MARDI yang berpotensi kepada golongan sasar terkait perkara saintifik, teknikal atau ekonomi dalam industri pertanian dan makanan, termasuk industri asas tani.
Pemindahan teknologi melalui pameran merupakan salah satu cara yang efektif untuk meningkatkan visibiliti MARDI dengan memperkenalkan penemuan, inovasi, jaringan kerjasama dengan pemain industri serta penyebaran maklumat teknologi pertanian terkini kepada masyarakat umum.
PROSEDUR OPERASI STANDARD PROGRAM AGROPRENEUR MUDA MARDI
Program Agropreneur Muda MARDI ditubuhkan untuk merancang, melaksana dan memantau aktiviti inovasi dan teknologi pertanian di kalangan usahawan Agropreneur Muda bagi bidang Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) dan Tanaman.
Program ini bergerak seiring dengan Unit Agropreneur Muda (UAM) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang dilancarkan pada tahun 2014 kepada golongan muda warganegara Malaysia yang berusia antara 18 – 43 tahun.
Program ini merupakan salah satu strategi holistik kerajaan dalam membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran dan khidmat sokongan.
OBJEKTIF
Antara objektif bagi Program Agropreneur Muda ini adalah:
Menyelaras dan memudah cara program/aktiviti jabatan/agensi di bawah KPKM dan / atau swasta yang berkaitan di dalam dan luar negara.
Mengubah persepsi dan menarik minat generasi muda terhadap bidang pertanian dan industri makanan dan asas tani (IMAT).
Meningkatkan pendapatan Agropreneur Muda melalui peningkatan produktiviti pengeluaran, kualiti, teknologi dan inovasi serta pasaran yang kompetitif.
Membangunkan agropreneur muda dengan memberi latihan, bimbingan dan khidmat nasihat serta sokongan teknikal, kewangan dan pemasaran secara berpakej
SYARAT KELAYAKAN MENJADI PESERTA AGROPRENEUR MUDA MARDI
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah menetapkan syarat – syarat bagi melayakkan pemohon menyertai Program Agropreneur Muda MARDI adalah seperti berikut:-
Merupakan warganegara Malaysia.
Belia berumur daripada 18 hingga 43 tahun.
Tanpa mengira latar belakang pendidikan.
Belia yang baru memulakan projek, wajib mengikuti program latihan teknikal anjuran jabatan dan agensi berkaitan serta kursus kewangan oleh Agrobank.
Belia yang mempunyai kemudahan tanah dan premis sedia ada adalah diberi keutamaan.
Usahawan Bimbingan
PROSES PERMOHONAN USAHAWAN BIMBINGAN MARDI
Permohonan untuk menjadi usahawan bimbingan boleh dibuat secara bertulis kepada:
Pengarah
Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM
43400 Serdang, Selangor Darul Ehsan
Projek Perintis
HUBUNGI
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan (TE) Ibu Pejabat MARDI, Serdang No. Tel : 03-8953 6804
Inkubator Teknologi
Test Bed
Ladang Contoh
Premis perladangan dengan infrastruktur dan sistem perladangan terkini untuk pengeluaran tanaman dan ternakan terpilih berskala ekonomi.
Mekanisme pemindahan teknologi MARDI bagi tanaman dan ternakan terpilih, melibatkan usahawan tani dalam pengurusan dan pelaksanaan projek.
Dibangunkan di beberapa stesen MARDI di seluruh negara untuk latihan hands-on, demonstrasi, dan pemindahan teknologi kepada usahawan.
Usaha meningkatkan sistem penyampaian teknologi MARDI dan membangunkan usahawan pengeluar makanan negara.
Usahawan Tani diberi peluang untuk menyertai melalui Program Agropreneur Muda di Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan MARDI.
Peserta diberikan khidmat nasihat teknikal dan tunjuk ajar untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam penggunaan teknologi terkini pengeluaran tanaman di peringkat huluan.
Antara objektif penubuhan Ladang Contoh Teknologi MARDI adalah seperti berikut:
Mempercepatkan proses pemindahan teknologi MARDI.
Menyokong dan mempercepatkan pencapaian matlamat transformasi pertanian.
Melahirkan usahawan tani berasaskan teknologi yang inovatif dan berdaya saing.
Membuka peluang kepada para pegawai penyelidik MARDI untuk melibatkan diri secara langsung dalam inovasi proses pengurusan ladang dan pemindahan teknologi.
Penyimpanan kultur: - MMCC menerima bakteria, fungi dan yis dari kumpulan bahaya (hazard group) 1 dan 2 sahaja. Ujian kehidupan (viability test) hanya dilakukan apabila terdapat permintaan daripada pendeposit.
Mengering beku mikroorganisma: selepas di proses, ampul akan di berikan kepada pelanggan untuk di simpan.
Pembekalan mikroorganisma: MMCC membekalkan strain mikrob di dalam piring petri agar atau dalam bentuk kering beku.
Pengecaman mikroorganisma: MMCC menggunakan teknik molecular
Pemencilan mikrob: Hanya dilakukan untuk sampel mikrob bukan klinikal
Perkhidmatan perundingan
Mengendalikan kursus-kursus yang berkaitan mikrobiologi
KUMPULAN SASARAN
Pegawai Penyelidik, Pensyarah dan Syarikat Swasta
LOKASI
Tingkat Bawah, Blok A15, Pusat Penyelidikan Agrobiodiversiti dan Persekitaran, MARDI Ibu Pejabat.
SENARAI PERKHIDMATAN
No
Jenis Perkhidmatan
Penerangan
Harga (RM)
1
Penyimpanan selamat kultur
Teknik kering beku untuk penyimpanan 5 tahun
Penyimpanan selepas tahun ke-lima
Permohonan untuk ampul seterusnya (untuk pendeposit saja)
500.00/strain
50.00/tahun/strain
20.00/ampul
2
Ujian kehidupan kultur (viability test)
Ujian kehidupan (viability test) kultur yang di simpan selepas penyimpanan yang berlanjutan (melebihi 1 bulan) akan dilakukan atas permintaan pendeposit (sekali saja)
Percuma (Sekali dalam 5 tahun penyimpanan)
3
Pemeliharaan mikroorganisma
Teknik kering beku
Untuk ampul yang seterusnya
150.00/5 ampul
30.00/ampul
4
Pembekalan mikroorganisma
Bakteria, fungi dan yis
270.00/kultur
5
Pengecaman mikroorganisma
Teknik molekular (16s rRNA atau ITS)
450.00/strain
6
Pemencilan mikrob
Pemencilan dan pengiraan jumlah mikrob daripada sumber bukan klinikal
CMDV merupakan makmal terakreditasi ISO 9001:2015 bagi menjalankan aktiviti-aktiviti:
Pengekstrakan DNA bertruput tinggi.
Pemprofilan janaplasma dan analisis kepelbagaian.
Pencapjarian DNA bagi janaplasma, hibrid dan induk.
Penilaian ketulenan genetik dan ujian ketulenan varieti/klon/hibrid.
Penemuan dan pengesahan penanda molekul (SNP/SSR) menggunakan platfrom Agena MassARRAY/ABI 373XL.
Pemilihan berbantukan penanda (MAS) dan kacuk balik berbantukan penanda (MAB).
Analisis bioinformatik.
Konsultasi penggunaan penanda molekul dalam pertanian dan konservasi.
KUMPULAN SASARAN
Pembaikbaka
Pengeluar benih
Agensi penguatkuasaan
Saintis dan penyelidik
Ahli akademik
LOKASI
Pusat Penyelidikan Bioteknologi dan Nanoteknologi Blok D5, Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, SELANGOR.
HUBUNGI
Dr. Khairun Hisam Bin Nasir Tel. : 016-2209 001 Faks : 03-8953 6100 E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.