MARDI bertekad untuk menghasilkan teknologi wajar, mampan dan berdaya maju serta menyediakan kepimpinan teknologi kepada pelanggan yang terlibat dalam pembangunan sektor makanan dan pertanian dengan penuh dedikasi dan professionalisme.
Bagi mencapai hasrat ini, MARDI sentiasa berusaha memuaskan pelanggan dengan :-
Menghasilkan 40 teknologi setahun yang berpotensi untuk ditingkatkan skala, diperintiskan atau dikomersilkan bagi manfaat sektor makanan, pertanian dan industri berkaitan.
Meningkatkan prestasi golongan sasar melalui penggunaan teknologi
Menyediakan perkhidmatan yang berkaitan dengan pembangunan sektor makanan dan pertanian berkualiti dan diakreditasi berteraskan piawaian antarabangsa.
Memberikan maklumbalas pelanggan berhubung status permohonan khidmat nasihat, maklumat, latihan dan kepakaran berasaskan teknologi MARDI dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
Menguruskan pembayaran untuk bekalan dan perkhidmatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh dokumen lengkap diterima dari pembekal.
MARDI dimandatkan bagi melaksanakan fungsi berikut:
Menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan;
Pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan makanan
Perladangan campuran
Berkhidmat sebagai pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Fungsi ini dilakukan melalui pelbagai kaedah termasuk penerbitan laporan, terbitan berkala dan kertas kerja berhubung dengannya serta mengelolakan pameran, persidangan, syarahan dan seminar.
Menjadi pusat yang memberikan perkhidmatan pakar dalam industri makanan dan pertanian serta industri asas tani seperti perkhidmatan perundingan, makmal analisis, jaminan kualiti serta R&D kontrak
Memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.
Memberi bantuan untuk R&D dalam bidang sains tulen, sains gunaan, teknikal dan ekonomi berkenaan dengan industri pertanian.
Mengekalkan hubungan dengan organisasi awam atau swasta dalam dan luar negara yang terlibat dalam penyelidikan saintifik, teknikal, ekonomi dan sosial berkenaan dengan industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.
Menjalankan penyelidikan dan pengeluaran berbentuk komersil.
Membangun, mempromosi dan mengeksploitasi penemuan penyelidikan.
Memberi perkhidmatan pengembangan kepada industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.
Peranan MARDI telah berkembang daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem penanaman dan perladangan ke arah pengkomersilan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Membangun dan mempromosikan teknologi wajar dan berdaya maju bagi pelanggan dalam industri makanan, pertanian dan industri berasaskan pertanian.
Komitmen untuk memenuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti dan meningkatkannya secara berterusan.
Menyemak semula objektif dan dasar kualiti di Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan secara tahunan bagi menentukan kesesuaiannya berterusan
Menyebarkan dasar kualiti ini ke semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di MARDI dan memaparkannya dalam intranet MARDI.
Dasar Keselamatan
Perlindungan Data
Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.
Keselamatan Storan
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.
Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.
MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.
Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.
Visi kepimpinan MARDI telah berkembangan daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem penanaman dan perladangan ke arah pengkomersilan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Peristiwa penting yang menyumbang kepada pembangunan MARDI termasuklah:-
Pindaan Akta MARDI dalam tahun 1990 telah membenarkan penglibatan MARDI dalam aktiviti pengkomersilan. Hasil dari pindaan tersebut, MARDITech Corporation Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1992, ditukar kepada MARDI Holdings Sdn. Bhd. pada tahun 2015 dan akhirnya telah distruktur semula pada 2017 menjadi MARDI Corporation Sdn. Bhd.
Dengan usaha gigih dalam pengurusan kualiti, MARDI telah dianugerah sijil MS ISO 9001:1994 pada tahun 1998. Sijil ini ditingkatkan ke MS ISO 9001:2000 pada tahun 2004. Diteruskan dengan persijilan MS ISO 9001:2008 pada tahun 2011 dan seterusnya berhijrah ke MS ISO 9001:2015 pada tahun 2017 sehingga kini.
Makmal analisis MARDI juga telah diakreditasikan dengan MS ISO/IEC 17025:2017 (1 mikrobiologi makanan dan pertanian di Ibu Pejabat dan 1 di MARDI Kota Kinabalu, Sabah dan 1 makmal analisis kimia di Ibu Pejabat).
MARDI juga dipersijilkan dengan MS ISO/IEC 27001:2022 (information security management systems) di Pusat IM. Sehingga kini, MARDI dibawah Unit Intergriti merancang untuk mendapatkan persijilan MS ISO 37001:2016ABMS (Anti-Bribery Management System).
Pengukuhan sistem penyampaian teknologi sebagai sebahagian dari pendekatan inovasi menyeluruh dilaksanakan dengan penubuhan test-bed dan inkubator teknologi pada tahun 2005 sebagai komponen program pembangunan usahawan
Membudayakan pengurusan pengetahuan dalam sistem operasi MARDI mulai tahun 2005
Struktur organisasi terkini telah berkuat kuasa pada 1 Mei 2015 serta penjajaran fungsi MARDI telah diperkukuhkan pada 1 Februari 2019.
Penubuhan beberapa stesen penyelidikan tambahan berasaskan zon agro-iklim dalam negara, termasuk di Sarawak dan Sabah. Stesen di luar negara juga pernah ditubuhkan seperti di Mali dan Malawi di Afrika
Pengiktirafan di peringkat antarabangsa dicapai melalui jalinan kerjasama dengan organisasi penyelidikan dan universiti di benua Asia Tenggara, Asia Timur, Asia Barat, Ocenia, Eropah dan Amerika Syarikat. Maklumat lanjut
Penyelidikan usaha sama juga dilaksanakan dengan institusi penyelidikan antarabangsa seperti INIBAP, ACIAR, IRRI, IPGRI, CABI, ABC (Hungary), AVRDC, EU/ALTERA Greenworld Research, IAEA dan FAO. Perundingan teknikal mengenai pembangunan pertanian juga ditawarkan kepada negara Kyrgyzstan, Bosnia-Herzegovena, Syria, Qatar, Kampuchea dan Ivory Coast
MARDI Corporation Sdn. Bhd. juga turut terlibat dalam mempromosikan hasil aktiviti MARDI di peringkat dalam dan luar Negara.