Skip to main content

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Maklum Balas
& Aduan

Peta
Laman

Polisi e-Penyertaan

Polisi e-Penyertaan

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-Penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

MARDI sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan MARDI untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh yang demikian, MARDI amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  • Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi dan mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  • Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  • Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  • Topik dan pautan ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  • Pastikan kenyataan / topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  • DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit Internet, surat berantai, e-mel sampah (junk e-mail) sama ada secara komersial atau sebaliknya.
  • Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  • Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan / topik yang dibuat dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  • Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan / topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  • Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman / notis.
  • Sebagai peserta e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

Baca selanjutnya: Polisi e-Penyertaan

  • Last updated on .
  • Hits: 13281

Data Terbuka MARDI & Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

Data Terbuka MARDI & Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

Data Terbuka MARDI & KPKM merujuk kepada maklumat data bagi MARDI & Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) yang dipaparkan di Portal Data Terbuka Sektor Awam (http://www.data.gov.my)

Paparan Data Terbuka secara umum boleh dilihat di sini.

Paparan Data Terbuka MARDI:

  1. KIK MARDI 2013 & 2014
  2. Koordinat GPS Bagi Stesen-Stesen MARDI Seluruh Negara
  3. IENA 2011-2015
  4. MARDI Journal Tropical Agriculture
  5. Senarai Majalah AGROMEDIA MARDI
  6. Senarai Artikel Penulis Dalam Newsletter SCIENTIA MARDI
  7. Senarai Buku Pinjaman - Buku Aktif di MARDI
  8. Senarai Permintaan Buku Print on Demand di MARDI


Garis Panduan Data Terbuka:

    

Baca selanjutnya: Data Terbuka MARDI & Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM)

  • Last updated on .
  • Hits: 16455

Terma & Syarat

Terma & Syarat

Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses dan/atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini. Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan kami, bagi akses dan/atau penggunaan laman web ini. Syarat-syarat ini akan menggantikan syarat-syarat terdahulu yang anda terima atau akses menerusi laman web ini. Penggunaan dan/atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.
 
Had Tanggungjawab
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian, secara langsung atau tidak langsung, yang berkaitan atau khusus, turutan atau exemplary, termasuk tetapi tidak terhad kepada kerugian berbentuk kehilangan keuntungan, kepercayaan atau kerugian tak ketara yang lain akibat daripada:
  1. Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan
  2. Kos perolehan barangan dan perkhidmatan gantian berikutan pembelian sebarang barangan, data, maklumat atau perkhidmatan atau mesej yang diterima atau transaksi yang dibuat menerusi atau daripada laman web ini;
  3. Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
  4. Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
  5. Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini. Pautan
Kami boleh menyediakan pautan kepada laman web yang lain. Laman-laman web tersebut dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga dan oleh itu, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman dan sumber tersebut. Anda mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab terhadap laman dan sumber luar tersebut dan tidak menyokong serta tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kandungan, iklan, produk atau bahan-bahan lain yang disediakan di laman dan sumber tersebut. Anda seterusnya mengakui dan bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab, secara langsung atau tidak langsung, terhadap sebarang kerosakan atau kerugian yang disebabkan oleh atau dipercayai sebagai sebabnya atau dikaitkan dengan penggunaan atau pergantungan ke atas kandungan, barangan atau perkhidmatan yang disediakan di atau menerusi laman atau sumber tersebut.
 
Penamatan
Kami boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta. Kami boleh juga menamatkan atau menggantung akaun anda yang tidak aktif, iaitu, didefinisikan sebagai kegagalan untuk menggunakan perkhidmatan laman web menerusi akaun tersebut bagi suatu tempoh tertentu. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas penamatan akses kepada perkhidmatan tersebut.
 
Perubahan kepada Syarat-Syarat Perkhidmatan
Kami mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu. Walau bagaimanapun, dalam keadaan kecemasan atau demi menjaga keselamatan laman web atau dalam keadaan di luar kawalan, di mana kami mendapati perlunya untuk mengubah, mengubahsuai, membatal atau menambah syarat-syarat ini, ia akan berbuat demikian tanpa notis terdahulu kepada anda. Adalah dipersetujui bahawa anda akan mengakses dan meneliti syarat-syarat ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan yang terkini. Anda selanjutnya bersetuju dan menerima bahawa akses secara berterusan dan penggunaan syarat-syarat (yang diubah atau diubahsuai dari semasa ke semasa) akan dianggap sebagai penerimaan anda terhadap sebarang perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini.
 
Pengubahsuaian Kepada Perkhidmatan
Kami mempunyai hak untuk mengubahsuai atau menamatkan perkhidmatan (atau sebahagian daripada perkhidmatan) sama ada secara sementara atau tetap pada bila-bila masa dengan notis atau tanpa notis. Anda bersetuju bahawa kami tidak bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga di atas sebarang pengubahsuaian, penggantungan atau penamatan perkhidmatannya.
 
Umum
Tajuk-tajuk yang digunakan di bawah syarat-syarat ini hanya untuk rujukan dan tidak boleh diambilkira dalam tafsiran syarat-syarat ini. Sekiranya mana-mana peruntukan syarat-syarat ini menyalahi undang-undang atau tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan-peraturan sekarang atau yang akan datang, peruntukan tersebut akan diasingkan dan syarat-syarat ini akan ditafsirkan seolah-olah peruntukan yang tidak sah itu tidak wujud dan syarat-syarat ini bersama-sama peruntukan lain akan berkuatkuasa sepenuhnya tanpa dijejaskan oleh peruntukan yang menyalahi undang-undang atau yang tidak sah.

Baca selanjutnya: Terma & Syarat

  • Last updated on .
  • Hits: 1582

Penafian

Penafian

MARDI tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Penafian Bahasa Ketiga
 
Sila ambil perhatian bahawa laman yang akan dipaparkan nanti selepas alih bahasa telah dibuat pengalihbahasaan secara automatik oleh komputer. Kebarangkalian untuk kandungan itu berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi dari kandungan yang telah dialih bahasa tersebut. Kandungan rasmi hanya pada laman yang asal yakni di dalam Bahasa Inggeris dan Melayu.

Baca selanjutnya: Penafian

  • Last updated on .
  • Hits: 1611