MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisien untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.
Fokus penyelidikan dan pembangunan MARDI adalah untuk menghasilkan teknologi pendahulu bagi segala tanaman, ternakan dan makanan serta perladangan campuran.
Menyaring, mendokumen dan menerbit maklumat-maklumat dan aktiviti-aktiviti MARDI berkaitan penyelidikan dan pembangunan untuk tujuan sebaran kepada pelbagai kumpulan sasar yang memerlukan.
MARDI telah mengorak langkah untuk terlibat dalam agropelancongan sejak 2002. MARDI telah berjaya membangunkan beberapa Taman Agroteknologi sebagai model destinasi agropelancongan berasaskan pendidikan dan hiburan (edutainment).