Skip to main content

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Maklum Balas
& Aduan

Peta
Laman

PENYELIDIKAN
PADI & BERAS

Skop Penyelidikan

Menghasilkan varieti padi hibrid, inbred dan spesialti yang boleh meningkatkan hasil padi dan kualiti beras
Membangunkan sistem pengeluaran efisien yang meningkatkan hasil dan kualiti serta mengurangkan kebergantungan kepada insentif
Membangunkan teknologi pengurusan perosak padi yang berkesan, kos efektif, mesra alam dan lestari
Membangunkan sistem saringan, pengenalpastian penyakit dan perosak baharu
Membangunkan teknologi pengendalian lepas tuai yang efisien dan kos efektif bagi mengurangkan kehilangan hasil dan mengekalkan kualiti hasilan beras

 

Bidang Kepakaran

Pembiakbakaan 
  • Pengumpulan dan penilaian janaplasma
  • Pembiakbakaan konvensional dan molekular
  • Pembiakan benih baka
  • Padi hibrid
  • Padi inbred
  • Padi spesialti
Agronomi dan Sistem Pengeluaran
  • Pengurusan nutrien dan pembajaan
  • Sistem pengeluaran tanaman padi
  • Sistem pengeluaran benih padi hibrid
  • Analisis tanah dan tisu tumbuhan
Pengurusan Perosak dan Penyakit 
  • Pengurusan serangga perosak padi
  • Pengurusan penyakit padi bawaan bakteria, kulat dan virus
  • Pengurusan padi angin dan rumpai padi
  • Pengurusan siput gondang
  • Pengurusan tikus sawah
  • Penilaian keberkesanan input racun perosak padi
Pengendalian Lepas Tuai 
  • Pengurangan kehilangan lepas tuai pada peringkat pemprosesan primer iaitu pengeringan, pengilangan dan penyimpanan
  • Penilaian ciri kualiti fizikokimia padi dan beras
  • Pemutuan padi
  • Pengawalan perosak dalam penyimpanan padi dan beras

 

Teknologi

  • VARIETI PADI BIASA
    MR 219

    Diisytiharkan pada tahun 2001. Potensi hasil 10.5 t/ha dengan tempoh matang yang singkat sekitar 111 hari lepas tabur.
     
      MR 220 CL2 

    Varieti rintang racun rumpai untuk kawalan padi angin. Ia diperkenalkan bersama dengan teknologi stewardship dan disyorkan untuk kawasan sawah bermasalah padi angin melebihi 30% dan penanaman secara berterusan hanya disyorkan selama tiga musim sahaja.

     
    MR 297

    Varieti padi MARDI Siraj 297 (MR 297) punyai potensi hasil sekitar 9.52 - 9.28 t/ha). Varieti ini mendapat penerimaan yang baik di kalangan petani di mana keluasan liputan penanaman di semenanjung Malaysia ialah sekitar 50.1% (ML 2021).
     
     
      KADARIA 1

    KADARIA 1 merupakan varieti padi hibrid pertama Malaysia. Varieti ini adalah disyorkan di kawasan sederhana subur. Potensi hasil varieti ini boleh mencapai antara 9.7 – 12 t/ha di kawasan subur dan 6.0 – 7.3 di kawasan sederhana subur serta rintang kepada penyakit karah daun dan karah tangkai. Setakat ini tiada syarikat benih yang berminat untuk mengkomersialkan varieti KADARIA 1 disebabkan oleh kekurangan kemahiran teknikal.

     
    MR 315

    Varieti padi MR 315 adalah rintang dan mempunyai purata hasil bersih sekitar 8.3 t/ha.
     
    MARDI SEMPADAN 303

    Diisytiharkan pada tahun 2018. Potensi hasil 8.5 – 10.0 t/ha.  Varieti yang rintang kepada penyakit karah daun, sederhana rintang kepada karah tangkai dan perosak benah perang. Varieti ini kurang dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan boleh disyorkan penanamannya di kawasan sawah kurang subur.

     
    MARDI SEBERNAS 307

    Varieti ini diperkenalkan pada tahun 2018. Varieti ini mempunyai potensi hasil  10.1 t/ha.  Varieti yang sederhana rintang kepada penyakit karah tangkai dan perosak benah perang. 
  • VARIETI PADI PULUT
    MASRIA 

    Masria diisytiharkan pada 1972 adalah varieti pulut tempatan yang pertama dihasilkan dan ditanam oleh pesawah di kebanyakan jelapang namun hanya dengan skala kecil untuk kegunaan sendiri. Varieti ini mempunyai potensi hasil sekitar 3.0 – 4.4 t/ha dan tempoh matang sekitar 123 – 126 hari.
     
    PULUT MALAYSIA 1

    Pulut Malaysia 1 diisytiharkan pada tahun 1974 mempunyai potensi hasil sekitar 3.9 – 5.0 t/ha dan tempoh matang sekitar 135 – 145 hari. Varieti ini mendapat liputan 0.1% di kawasan utara semenanjung dari tahun 1979 hingga 1981 yang kebanyakannya ditanam untuk kegunaan sendiri dan kecil-kecilan sahaja.

     
    PULUT SIDING

    Pulut Siding diisytiharkan pada tahun 1981 mempunyai potensi hasil sekitar 2.7 – 4.7 t/ha dan tempoh matang sekitar 135 – 143 hari. Liputan varieti ini adalah terhad dan kebanyakan petani menanam dalam plot sawah kecil untuk kegunaan sendiri sahaja.
     
    PULUT HITAM 9

    Pulut Hitam 9 (PH 9) diisytiharkan pada tahun 1990 merupakan varieti pulut hitam pertama yang sesuai ditanam pada Musim Utama dan Musim Luar. Potensi hasil PH 9 adalah sekitar 3.8 – 4.7 t/ha dan tempoh matang pula sekitar 132 – 136 hari. Penanaman baka ini adalah secara kecil-kecilan setiap musim untuk kegunaan sendiri petani. 
  • VARIETI PADI WANGI
    MRQ 50

    Varieti padi wangi MRQ 50 yang diisytiharkan pada tahun 1999 dihasilkan daripada kacukan antara Q34 dan Khaw Dawk Mali (KDML). KDML adalah varieti wangi popular dari Thailand, manakala Q34 adalah baka tempatan yang berasal dari induk Mahsuri. Ia mempunyai ciri-ciri pemanjangan nasi sama dengan beras basmati. 

     
      MRQ 74

    Baka ini telah diisytiharkan untuk kegunaan umum pada tahun 2005. Varieti ini ditanam dalam MADA, Kerian dan KADA dalam plot yang kecil dengan pakej khas. Padi ini dituai asing dari padi lain dan diproses berasingan untuk dijadikan sebagai padi wangi tempatan. Nasinya beraroma dan seroi, manakala tempoh matangnya adalah sekitar 125 hari.
     
    MRQ 76

    MRQ 76 terhasil dari kacukan di antara Q 72 dan Cuicak Wangi yang merupakan varieti dari Taiwan. Varieti ini telah dipilih sebagai varieti padi wangi baru dengan kualiti nasi yang wangi, lembut dan sedikit melekit. Ia diisytiharkan pada tahun 2012 dan sehingga kini ia telah berjaya dikeluarkan secara komersial menerusi beberapa projek yang melibatkan syarikat seperti FGV Bhd. Sri Merbok Sdn. Bhd. dan Koperasi Permatang Nibong.

     

     
      MRQ 88

    Varieti padi wangi MRQ 88 telah diperkenalkan oleh MARDI pada 2016 untuk memberi kepelbagaian kepada beras spesialti tempatan. MARDI Wangi 88 boleh dipromosikan sebagai beras wangi cita rasa Malaysia terutama dalam kalangan pengguna yang lebih menggemari beras sederhana lembut. Promosi varieti ini juga boleh disasarkan kepada bukan penggemar beras wangi kerana ciri nasi varieti ini yang sama seperti beras biasa.
     
    MRQ 104

    MRQ 104 merupakan varieti padi wangi yang diperkenalkan pada tahun 2021. Ia mempunyai cita rasa nasi yang setara dengan beras wangi import seperti beraroma, tekstur nasi sederhana lembut dan tidak melekit. Potensi hasil varieti ini adalah sekitar 3.0 – 5.4 t/ha dan tempoh matangnya adalah sekitar 115 – 122 hari.

     

     
      MRQ 103

    MRQ 103 merupakan varieti padi wangi yang diperkenalkan pada tahun 2022. Selain mempunyai cita rasa nasi yang setara dengan beras wangi import, ia mempunyai nilai tambah dari aspek nilai pemakanan iaitu indeks glisemik (GI) yang rendah. Maka beras MRQ 103 berpotensi untuk dijadikan produk premium yang mempunyai harga pasaran yang lebih tinggi berbanding dengan beras putih biasa.
     
    MRQ 107

    MRQ 107 merupakan varieti  padi wangi MARDI yang diperkenalkan pada 2024 dihasilkan melalui kaedah kacuk ulang antara varieti MRQ 74 dan varieti ulangan (recurrent parent) MRQ 76. Varieti ini mempunyai tempoh matang yang sederhana iaitu 112-115 hari lepas tabur, rintang terhadap penyakit karah daun dan karah tangkai dan julat hasil antara 3.0-6.6 t/ha di peringkat penilaian penentusahan setempat (LVT). Keunikan MRQ 107 terletak pada tekstur nasi yang lembut dan beraroma serta sesuai dijadikan beras rebus sebagai produk komersial. 

     
    MRQ 111

    Varieti MRQ 111 diperkenalkan pada 2024 dihasilkan melalui kaedah kacuk ulang antara varieti padi wangi popular MRQ 76 dan MRQ 85 dan varieti ulangan (recurrent parent) MRQ 76. MRQ 111 matang sekitar 116 - 118 hari dan menunjukkan kerintangan yang baik terhadap penyakit karah daun dan karah tangkai. Potensi hasil antara 2.6 - 5.8 t/ha di peringkat penilaian penentusahan setempat (LVT). Keunikan MRQ 111 terletak pada tekstur nasinya yang lembut dan sedikit melekit, ciri aroma yang sederhana serta sesuai untuk penghasilan beras rebus. 
  • VARIETI PADI WARNA
    MRM 16

    MRM 16 diisytiharkan pada tahun 2010. Varieti padi merah ini ditanam dua kali setahun dengan potensi hasil sekitar 4.5 t/ha dan mempunyai kandungan antosianin yang tinggi.
     
      MRQ 98

    MRQ 98 diisytiharkan pada tahun 2018. Varieti padi merah ini ditanam dua kali setahun dan mempunyai potensI hasil yang tinggi sekitar 5.7 t/ha.
  • TEKNOLOGI KAWALAN PADI ANGIN UNTUK AMALAN SISTEM TABUR TERUS BASAH, WRFree©
    Teknologi Kawalan Padi Angin Untuk Amalan Sistem Tabur Terus Basah, WRFree© merupakan kaedah baru yang dibangunkan oleh MARDI pada tahun 2020 untuk mengawal padi angin dalam amalan sistem tabur terus basah dengan lebih berkesan. WRFree© merujuk kepada Standard Operating Procedure (SOP) pengurusan padi angin melalui teknik penggunaan racun rumpai pracambah diubah suai agar populasi biji benih padi angin dalam tanah dapat dikurangkan. Penggunaan SOP WRFree© yang tepat membantu mengurangkan populasi padi angin 30 – 45% pada musim pertama dan amalan SOP ini pada musim kedua mampu mengurangkan populasi padi angin sebanyak 70 – 85%.
     
  • PAKEJ PENGURUSAN PENYAKIT HAWAR BULIR BAKTERIA (BPB) PADA TANAMAN PADI
    Pakej pengurusan penyakit hawar bulir bakteria (BPB) dibangunkan sebagai pengesyoran untuk kawalan dan pencegahan penyakit BPB dalam penanaman padi menerusi integrasi kaedah rawatan benih dan semburan secara foliar pada peringkat pokok matang. Pakej ini membantu merencat pertumbuhan B. glumae pada permukaan benih secara langsung mengurangkan sumber inokulum pada permukaan benih, berupaya mengurangkan kadar insiden penyakit BPB di lapangan sehingga 50% tanpa penjejasan kadar germinasi benih padi yang ketara, pengendalian yang mudah diikuti oleh petani yang mana penyemaian terus dapat dilakukan selepas rawatan benih, tiada kesan fitotoksik yang ketara pada pokok padi dan kos rawatan yang berpatutan.
  • PAKEJ BAJA
    PEMBANGUNAN PAKEJ BAJA NPK SPESIFIK DI YAN, MADA

    Pakej ini merupakan teknologi yang boleh dimanfaatkan oleh kira-kira 1,000 petani di Yan MADA dengan pengesyoran nisbah kadar pembajaan NPK 91.7:50.3:81.5 kg/ha. Pelaksanaan pakej ini secara skala besar oleh petani di Yan MADA menunjukkan kepada pertambahan pendapatan sebanyak RM362.47/ha berbanding dengan pakej subsidi semasa berdasarkan penjimatan penggunaan input baja dan peningkatan hasil.
     
    PEMBANGUNAN PAKEJ BAJA NPK SPESIFIK WILAYAH KADA

    Pakej baja NPK spesifik wilayah KADA adalah pakej teknologi berasaskan Site Specific Nutrient Management (SSNM) yang mana penggunaan baja dikhususkan kepada Wilayah KADA. Kajian di sembilan lokasi di KADA menunjukkan bahawa penggunaan 105 kg N/ha, 44 kg P2O5/ha dan 78 kg K2O/ha dapat meningkatkan hasil padi di KADA. Pakej ini dapat meningkatkan hasil padi dari 6 t/ha kepada 7 t/ha.

     
    PEMBANGUNAN PAKEJ BAJA NPK SPESIFIK IADA BARAT LAUT SELANGOR

    Pakej ini merupakan teknologi SSNM yang spesifik di IADA dan dimanfaatkan oleh petani di kawasan setempat seluas 130 ha. Teknologi yang memfokuskan kepada tanah jenis Organic Clay Muck (OCM) dengan kadar pengesyoran pembajaan 75.0:27.5:50.4 NPK kg/ha di kawasan ini. Aplikasi baja spesifik ini dianggarkan dapat menghasilkan faedah tambahan sebanyak RM1,570.23/ha berbanding dengan hanya menggunakan pakej baja subsidi sedia ada.
  • INDUK PADI CMS MARDI
    PADI MANDUL JANTAN SITOPLASMA CMS 0025A/B

    Titisan padi 0025A merupakan induk padi CMS MARDI yang dibangunkan pada tahun 2012. Ia digunakan sebagai induk kacukan dalam pembaikbakaan padi hibrid. Ciri induk ini mempunyai ciri kemandulan debunga melebihi 99%, kadar juluran stigma sebanyak 21.3%, tempoh matang 105 hari, ketinggian pokok yang rendah, serta sederhana rintang terhadap penyakit karah dan benah perang. CMS 0025A bersama dengan induk lain 0025B dan 004R merupakan induk padi yang digunakan didalam pembangunan padi hibrid pertama MARDI iaitu  Kadaria 1 (MR 12H.) 

     
    PADI MANDUL JANTAN SITOPLASMA CMS 0053A/B

    0053A merupakan induk padi CMS yang dibangunkan oleh MARDI pada tahun 2018. Induk ini mempunyai ciri kemandulan sekitar 98%, kadar juluran stigma sebanyak 48.0%, tempoh matang 99 hari, ketinggian pokok yang rendah, serta rintang terhadap penyakit karah daun dan sederhana rintang terhadap penyakit karah tangkai. Inovasi ini berpotesi untuk digunakan dalam pembangunan varieti padi hibrid baharu dan penghasilan benih padi hibrid.

Penerbitan

  1. Amirrudin,M. et.al. (2018). MARDI Sebernas 307: New Rice Variety. Paper presented at 4th International Plant Breeding Conference. Bangi, Selangor, Malaysia.
  2. Chong, T.V., Azimah, A.K., Azmi, M., Chew, S.E., Baharudin, A., Norhidayati, S., Aqilah, A. dan Syazwani, M.R. (2014). Penentuan Tempoh Kritikal Untuk Mengawal Rumpai dalam Kawasan Penanaman Padi Wangi MRQ 76, Q 88 dan Q 89. Jurnal Teknologi. 70(6):13-15.
  3. Dilipkumar M., Ahmad-Hamdani M.S., Rahim H., Chuah T.S. and Burgos N.R. 2021. Survey on weedy rice (Oryza sativa) management practice and adoption of Clearfield rice technology in Peninsular Malaysia. Weed Science, doi https://doi.org/10.1017/wsc.2021.16.
  4. Dilipkumar M, Badrulhadza A., Mohd Khusairy K., Mohd Shahril Firdaus A. R., Chong T.V., Chuah T. S. (2020). Manual Teknologi Kawalan Padi Angin Edisi 2020. MARDI, Serdang, Malaysia.
  5. Dilipkumar M., Chuah T. S., Goh S. S. and Ismail S. (2017). Weed management issues, challenges, and opportunities in Malaysia. Crop Protection, Doi: 10.1016/j.cropro.2017.08.027.
  6. Dilipkumar M., Song B.K., Ting X.N., Chuah T.S. and Asfaliza R. 2019. CHAPTER 14: Weedy rice (Oryza sativa L.) (English Name: Weedy rice; Malay Name: Padi angin). In: Invasive Weeds of Malaysia and Their Sustainable Management (ed. Rezaul Karim S.M., Abdul Shukor J., Rao A.N., Dilipkumar M., Laila N., Muhammad Shakirin M. and Norhafizah M.Z.), Universiti Putra Malaysia, Selangor, Malaysia. p. 202-214.
  7. Elixon S, Mohd Solihen J., Shamsul Amri S., Mohd Bahagia A.G., Amirrudin M., Rahiniza K., Asfaliza R., Kogeethavani R., Dilipkumar M., Siti Norsuha M., Mohd Fitri M., Maisarah M.S., Mohd Naim Fadzli A.R., Shajarutulwardah M.Y., Erwan Shah S., Nur Atiqah M.K., Shahida H. dan Wahid S. (2019). Varieti Padi Baharu - MARDI Sempadan 303 dan MARDI Sebernas 307. Pembentangan kertas lisan di Persidangan Pesawah Padi Kebangsaan, 6-7 Ogos 2019, Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor.
  8. Elixon S., Mohd Solihen J., Shamsul Amri S., Amirudin M., Rahiniza K., Asfaliza R., Shahida H., Kogeethavani R., Siti Norsuha M., Mohd Fitri M., Maisarah M.S., Muhammad Naim Fadzli A.R., Shajarutulwardah M.Y., Hanisa H., Badrulhadza A., NurulNahar E., Hairazi R., Zakiah M.Z. dan Hamidah M.S. (2021). Varieti padi baharu MARDI: MR 315. Buletin Teknologi MARDI Bil. 23 (2021)(in press).
  9. Elixon S., Mohd Solihen J., Shamsul Amri S., Mohd Bahagia A.G., Amirudin M., Rahiniza K., Asfaliza R., Kogeethavani R., Dilipkumar M., Siti Norsuha M., Mohd Fitri M., Maisarah M.S., Mohd Naim Fadzli A.R., Shajarutulwardah M.Y., Erwan Shah S., Nur Atiqah M.K. dan Wahid S. (2019). MARDI Sempadan 303 – Varieti padi baharu MARDI. Buletin Teknologi MARDI Bil. 17 (2019): 155-166.
  10. Elixon S., Mohd. Solihen J., Asfaliza R., Othman O., Habibbudin H., Siti Norsuha M., Maisarah M.S. (2014). Ciri morfologi, fisiko-kimia dan kerintangan dua titisan padi kemandulan jantan sitoplasma (CMS) baru. Jurnal Teknologi (Sciences & Engineering) 70(6): 17–23.
  11. Elixon Sunian, Mohd Solihen, J., Shamsul Amri, S., Amirrudin, M., Rahiniza, K., Asfaliza, R., Kogeethavani, R., Siti Norsuha, M., Mohd Fitri, M., Maisarah, M. S., Mohd Naim Fadzli, A. R., Shajarutulwardah, M. Y. Shahida, H., Hanisa, H. & Badrulhadza, A. (2019). Varieti padi berhasil tinggi – Elemen di dalam sistem pertanian tepat. Pembentangan poster Seminar Kebangsaan Teknologi Pertanian Tepat Padi (TEPad) 2019, 27-29 Ogos 2019, Hotel Ixora Pulau Pinang.
  12. Elixon, S., Asfaliza, R., Othman, O., Siti Norsuha, M., Maisarah, M. S.,  Allicia, J. and Shahida, H. (2017.) Evaluation on yield, yield components and physic-chemicals of advanced rice lines. J. Trop. Agric. and Fd. Sc. 45(2): 131 – 14.
  13. M.N.F. Abd Rani, N.S. Samsuri, M.A. Mhd. Bookeri, M.N. Mohd Yusof, M.S.S. Mohamad Ghazali, M.S. Abdul Rahman, B.H. Abu Bakar, S. Mohd Yusob, A.A. Muhamad Mujab, S. Hashim, A.A. Ismail, M.S. Jamal, E. Sunian Sulaiman and A. Ramli (2020). Soil nutrient and texture mapping using GIS for rice precision farming', ASM Science Journal, 13, Special Issue 4, pp. 90-95.
  14. Mohd Fitri, M., Mohammad Aufa, M. B. and Mohd Akmal, M.Y. Brown planthopper surveillance technique between light trap and manual sampling. (2019). International Journal of Agriculture, Forestry and Plantation (IJAFP) Volume 8 (June 2019) ISSN 2462-1757. pg 134-136.
  15. Mohd Solihen J. dan Elixon S. (2019). MR 12H: Varieti Padi Hibrid Malaysia Pertama, Buletin IMEJ Komunikasi MARDI, Bil.3/2019, m.s 6 -7.
  16. Mohd Solihen Jamal, Elixon Sunian, Asfaliza Ramli, Rahiniza Kamaruzaman, Shamsul Amri Saidon, Noorman Affendi Marzukhi, Amirrudin Mokhtar, Muhammad Naim Fadzli bin Abd Rani, Shahida Hashim, Siti Norsuha Misman, Kogeethavani Ramachandran, Mohd Fitri Masarudin, Maisarah Mohd Saad, Erwan Shah Shari dan Dilipkumar Masilamany. (2020). Kadaria 1 – Varieti Padi Hibrid Pertama MARDI. Buletin Teknologi MARDI Bil. 22 (2020): 1-11.
  17. Mohd Solihen, J., Elixon, S. Asfaliza, R., Thiyagu, D., Rahiniza K. dan Muhammad Naim Fadzli, A.R. (2017). Pencirian titisan baru mandul jantan sitoplasma padi hibrid (Oryza sativa L.). Prosiding Persidangan Padi Kebangsaan 2017. 26-28 September 2017, Dorsett Grand Subang, Selangor. ISBN 978-967-936-654-9. P, 149-155.
  18. Siti Norsuha, M. and Latiffah, Z. (22019). Pathotype Identification of Rice Blast Pathogen, Pyricularia oryzae Using Differential Varieties in Peninsular Malaysia. Tropical Life Sciences Research, 30(2): 181–190.
  19. Zaki Musa, Asfaliza Ramli, Hanisa Hosni, Kogeethavani Ramachandran, Siti Norsuha Misman, Mohd. Fitri Masarudin, Shamsul Amri Saidon, Rahiniza Kamaruzaman, Wahid Said dan Engku Hasmah Engku Abdullah. (2019). MARDI Warna 98 – padi warna berkhasiat (MARDI Warna 98 – healthy edoured rice).  Buletin Teknologi MARDI Bil. 15 (2019): 29-34

Hubungi

PENGARAH
Pusat Penyelidikan Padi dan Beras (PR)
Ibu Pejabat MARDI

Tel: 03-8953 6200
Faks: 03-8953 6220

  • Dipapar pada 10 November 2022
  • Dikemaskini pada 09 Januari 2025