Skip to main content

Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Maklum Balas
& Aduan

Peta
Laman

Penyelidikan

Sains Ternakan

Skop Penyelidikan

  1. Menjalankan penyelidikan dalam bidang sains ternakan
  2. Membangunkan teknologi, produk dan pengetahuan dalam bidang sains ternakan
  3. Menjadi pusat rujukan dalam sains ternakan
     

Bidang Kepakaran

  1. Program Pembangunan Baka
    • Pembiakbakaan dan genetik ternakan
    • Pembiakan ternakan
    • Model dan simulasi ternakan
    • Pengeluaran pedaging
    • Pengeluaran poltri
    • Pengeluaran ruminan kecil

  2. Program Advanced & Reproductive Technologies
    1. Bioteknologi Reproduktif
      • Pengumpulan dan pemprosesan semen
      • Pemanian beradas
      • Penghasilan dan pemindahan embrio
      • Kultur tisu haiwan

    2. Biologi Molekul
      • Pencirian genetik menggunakan penanda DNA

  3. Program Sistem Pengeluaran
    • Sistem pengeluaran ruminan
    • Sistem pengeluaran bukan ruminan
    • Sistem pengeluaran pastura dan foder
    • Sains daging 
    • Sains tenusu
    • Ekonomi ternakan

  4. Program Makanan & Nutrisi
    • Kimia dan biokimia makanan ternakan
    • Kehadaman dan metabolisma nutrien (in vitro, in vivo, in sacco)
    • Perumusan makanan dan strategi pemberian makan ternakan
    • Mikrobiologi dan keselamatan makanan ternakan
    • Teknik pemprosesan dan bioprosesan makanan ternakan 

Teknologi

  • 1. Sistem Perumusan Makanan Kambing dan Biri-biri Secara Atas Talian
    1. Sistem Perumusan Makanan Kambing dan Biri-biri Secara Atas Talian

    Satu sistem perumusan makanan ruminan kecil telah dibangunkan untulk membantu penternak merumus makanan pada harga terendah dan ekonomik. Sistem ini mengira keperluan nutrien berdasarkan anggaran berat badan, jangkaan kadar pertumbuhan dan peringkat pengeluaran ternakan. Sistem berasaskan web ini membolehkan penternak memberi makanan mengikut keperluan dan mengekalkan kos pengeluaran pada tahap optimum. Dengan adanya pangkalan data makanan ternakan nasional, penternak boleh menggunakan sumber makanan tempatan yang sedia ada di persekitaran dan mengawal kos makanan. Sistem ini boleh diguna oleh persatuan penternak, pengilang dan syarikat yang mengusahakan ladang ternakan. Sistem berkenaan boleh dijadikan modul pengajaran di universiti kerana dapat dicapai secara atas talian secara percuma.

  • 2. Penanda Molekul SNP bagi Katjang tulen
    2. Penanda Molekul SNP bagi Katjang tulen

    Panel penanda SNP digunakan oleh pembiakbaka kambing yang menggunakan baka–baka kambing: Katjang, Jamnapari, Boer, Savanna dan Kalahari dalam pengenalpastian /pengesahan tahap ketulenan baka induk atau komposisi darah baka tersebut sebelum memulakan sebarang program pembaikbakaan. Teknologi ini menyediakan satu platform yang lebih tepat melalui aplikasi teknologi DNA bagi pengenalpastian komposisi baka kambing tulen. Teknologi ini mampu menambahbaik proses pembaikbakaan baka kambing dengan pengesanan komposisi baka kambing induk yang lebih tepat. Oleh yang demikian, pembangunan baka baharu akan lebih tepat dan berkesan, secara langsung dan mengurangkan kos yang terlibat.

  • 3. Baka Kambing Katjang-Boer (BK)

     

    Program pembiakbakaan kambing Katjang (pejantan) dan Boer (betina) melalui kaedah kacuk-silang sehingga ke generasi F3. Pemilihan yang tegas dijalankan setiap generasi mengikut ciri fenotip dan prestasi yang telah ditetapkan. Teknologi ini dapat meningkatkan prestasi kambing Katjang tempatan dan boleh memenuhi permintaan pasaran tempatan yang mensasarkan saiz kambing yang sederhana besar sekitar 45-55 kg. Prestasi pertumbuhan dan pembiakannya yang baik mampu memberi impak kepada industri ruminan kecil negara.

  • 4. Pakej formulasi pemakanan tepat (precision feeding) Katjang-Boer
    4. Pakej formulasi pemakanan tepat (precision feeding) Katjang-Boer

    Teknologi ini menjalankan kajian ke atas empat formulasi makanan untuk setiap peringkat produksi (creep, grower, flushing dan maintenance). Teknologi ini dapat membantu penternak mencapai berat optimum ternakan dengan formulasi mengikut peringkat produksi. Teknologi ini berupaya membantu meningkatkan berat badan ternakan sehingga ke 35 – 40%.

  • 5. Penanda Molekul Kambing Kacukan Katjang-Boer
    5. Penanda Molekul Kambing Kacukan Katjang-Boer

    Penggunaan penanda molekul dalam pemilihan baka kambing kacukan Katjang-Boer yang mempunyai prestasi pertumbuhan tinggi sesuai digunakan dalam program pembiakbakaan. Genotip ABGH hasil kombinasi daripada gen GH1 dan GH5 berpotensi digunakan sebagai penanda molekul bagi prestasi pertumbuhan tinggi dalam kambing Katjang-Boer. Penanda genetik membantu dalam pemilihan kambing kacukan Katjang-Boer yang mempunyai prestasi pertumbuhan baik di peringkat awal iaitu seawal umur 6 bulan dengan lebih tepat. Dengan kaedah ini, kambing yang berpotensi tinggi boleh dipilih pada peringkat awal dan seterusnya dapat menjimatkan masa serta mengurangkan kos pengurusan.

  • 6. Baka Lembu Kedah- Kelantan Elit
    6. Baka Lembu Kedah- Kelantan Elit

    Baka lembu KK Elit ialah baka lembu tempatan. Ia boleh mencapai berat badan sekitar 430-460 kg bagi jantan pada umur 3-4 tahun dan kenaikan berat badan harian sehingga 0.8 kg/hari dalam sistem intensif berbanding baka asal yang berat hanya sekitar 220-250 kg bagi jantan berumur 3-4 tahun dan kenaikan berat badan harian sekitar 0.35 kg/hari. Mempunyai saiz badan yang lebih besar berbanding baka KK asal dari segi purata panjang badan, tinggi dan ukur lilit. Ciri-ciri fenotipik yang lebih seragam.

  • 7. Penanda molekul untuk baka terpilih Brakmas dan Kedah-Kelantan
    7. Penanda molekul untuk baka terpilih Brakmas dan Kedah-Kelantan

    Panel penanda SNP boleh digunakan oleh pembaikbaka-pembaikbaka lembu dalam pengenalpastian/pengesahan tahap ketulenan baka atau komposisi darah baka tersebut sebelum memulakan sebarang program pembaikbakaan. Berbanding kaedah konventional yang digunakan melalui pengecaman fizikal tidak tepat kerana dipengaruhi oleh faktor luaran seperti persekitaran dan kemahiran/pengalaman pembaikbaka. Teknologi ini menyediakan satu platform yang lebih konkrit, jitu dan tepat melalui aplikasi teknologi DNA yang terkini bagi pengenalpastian komposisi baka lembu tulen.

  • 8. Teknologi pemakanan tepat baka Brakmas dan Kedah Kelantan
    8. Teknologi pemakanan tepat baka Brakmas dan Kedah Kelantan

    Sebanyak 4 formulasi makanan mengikut peringkat produksi ternakan dihasilkan iaitu formulasi peringkat a). flushing/pra pembiakan b). pembiakan c). Laktasi dan d).Tumbesaran. Setiap formulasi makanan yang dihasilkan dapat meningkatkan prestasi ternakan dari segi kenaikan berat badan harian (ADG), kadar kebuntingan, kadar kelahiran dan berat cerai susu anak yang lebih tinggi.

    • Baka Brakmas :
      Kenaikan berat badan harian (ADG) peringkat pra pembiakan atau flushingadalah 0.714 kg/hari (meningkat 34.7%), pada peringkat pembiakan kadar kebuntingan adalah 71.4% (meningkat 10.2%), pada peringkat kebuntingan kadar kelahiran adalah 65.7% (meningkat 5%) pada peringkat laktasi berat cerai susu adalah 143.0 kg (meningkat 24.3%) manakala pada peringkat tumbesaran ADG adalah 0.614 kg/hari (meningkat 30.1%).

    • Baka KK Elit :
      Kenaikan berat badan harian (ADG) peringkat pra pembiakan atau flushingadalah 0.960 kg/hari (meningkat 22.6%), pada peringkat pembiakan kadar kebuntingan adalah 88.7% (meningkat 32.9%), pada peringkat kebuntingan kadar kelahiran adalah 83.3% (meningkat 24.9%), pada peringkat laktasi berat cerai susu adalah 105.6 kg (meningkat 12.9%) manakala pada peringkat tumbesaran ADG adalah 0.620 kg (meningkat 29.2%).
  • 9. Teknologi Ayam SAGA dan formulasi makanan ayam berasaskan sumber tempatan untuk keterjaminan bekalan makanan dan makanan ternakan negara
    9. Teknologi Ayam SAGA dan formulasi makanan ayam berasaskan sumber tempatan untuk keterjaminan bekalan makanan dan makanan ternakan negara

    Ayam Saga merupakan baka ayam kampung superior bersifat dwi-fungsi yang telah disytiharkan bersempena MAHA 2012. Penyelidikan telah dimulakan sejak tahun 2008 dengan menggunakan sumber genetik ayam kampung tempatan. Melalui proses pengacukan silang dan pemilihan tegas lebih 9 generasi telah menghasilkan baka Ayam Saga yang stabil dan superior. Selain itu, MARDI juga berjaya menghasilkan dua jenis formulasi makanan ayam kampung iaitu berasaskan hampas isirung sawit dikenali sebagai PKfeed dan berasaskan temukut. Penggunaan bahan tempatan ini mampu menggantikan lebih 40% jagung import dan mil kacang soya. Prestasi pertumbuhan Ayam Saga yang diberi PKfeed adalah setanding dengan ayam yang diberi makanan komersial.

  • 10. Telur yang diperkaya dengan xanthophylls dalam Lohman Brown

          

    Telur yang diperkayakan dengan xantofil ialah sejenis telur yang dapat memberi lebih banyak nutrisi dan perlindungan mata kepada pengguna berbanding telur biasa. Telur ini mempunyai lebih banyak xantofil yang baik untuk mata dan otak. Ia dihasilkan oleh ayam penelur Lohmann Brown yang diberi sumber xantofil semula jadi. Telur mempunyai empat kali ganda lebih xantofil berbanding dengan telur biasa dan mempunyai warna kuning telur yang lebih pekat. Xantofil boleh melindungi daripada penyakit mata seperti degenerasi makula yang berkaitan dengan usia, meningkatkan fungsi otak, melindungi daripada keradangan dan kanser. Ia juga mudah untuk dihasilkan tanpa kos tambahan atau perubahan untuk pengeluar.

Penerbitan

  1. Mohd Hafiz, A. W., Mohamad Hifzan , R., Izuan Bahtiar, A.J., Mohd Rosly, S. and Marini, A.M. (2022). Corak pertumbuhan lembu Brakmas. Buletin Teknologi MARDI 31, 159-166.
  2. Mohd Hafiz, A. W., Mohamad Hifzan, R., Izuan Bahtiar, A. J., and Nurulhuda, M. O. (2021). "Evaluation of principal component analysis in animal breeding and selection in the breed improvement program of Male Katjang-Boer Crossbred," Malaysian Journal ofAnimal Science, Vol. 24, No. pp. 33-40.
  3. Nik Siti Mariani, W. H., Wan Zahari, M., Marini, A. M., Abd Rahman, A., Shanmugavelu,S., and Halimatun, Y. (2021).  "Effect of two levels of selenium supplementation on the libido,scrotal circumference, sperm quality and testosterone levels of matured Boer bucks," Tropical Animal Science Journal, Vol. 44, No. 5,.
  4. Nik Siti Mariani, W. H., Marini, A. M., Wan Zahari, M., Shanmugavelu, S., and Halimatun,Y. (2021). "Effect of two levels of organic selenium supplementation on the nutrient digestibilityof matured Boer bucks," Malaysia Journal of Anmial Science, Vol. 24, No. 1, pp.23-32.
  5. Predith, M., Mohamad Hifzan, R., and Mohd Azlan, P. (2021). "Evaluation Of Nutritional Needs, Body Weight Gain And Economic Viability Of Stage Feeding On Katjang-Boer CrossbredGoats," Malaysian Journal of Veterinary Science, Vol. 12, No. 1, pp. 21-33.
  6. Yong, S. T., Tan, H. Y., Noraini, S., and Wong, H. K. (2021).  "The effect of high monacolin Kred yeast rice supplement on performance, egg quality, egg yolk cholesterol, plasmalipids and enzyme profile of laying hens," Animal Production Science, Vol. 61, No. 16, pp. 1672-1779.
  7. Mohd Hafiz, A. W., Mohamad Hifzan, R., Izuan Bahtiar, A. J., and Nurulhuda, M. O. (2020). "Estimation of body weight growth curve parameters of Katjang-Boer crossbred.," MJAS,Vol. 23, No. 2, pp. 40-46.
  8. Predith, M., Shanmugavelu, S., Mohamad Hifzan, R., and Mohd Hafiz, A. W. (2020). "Pre-weaning growth performance of F1 dan F2 Katjang-Boer crossbreds fed formulated creep feed.," MJAS, Vol. 23, No. 2, pp. 62-71.
  9. Predith, M., Shanmugavelu, S., Marini, A. M., and Nasyatul Ekma, M. H. (2020).  "Evaluation of raw oil palm empty fruit bunch (OPEFB) and OPEFB silage (with or without 5% molasses) as a roughage source in ruminant feed through proximate analysis, in vitro and in saccostudies.," Journal of Tropical Agriculture and Food Science.
  10. Mohd Hafiz, A. W., Marini, A. M., Mohd Rosly, S., Mohamad Hifzan, R., Izuan Bahtiar, A.J., and Shanmugavelu, S. (2019). "Describing growth pattern of selected Kedah-Kelantan cows using non-linear regression models," Mal.J.Anim.Sci., Vol. 22, No. 1, pp. 47-54.
  11. Roziatul Erin, A. R., Sarah, R., Norham, I., and Noraini, S., (2019). "Effects of different energy and protein levels on growth performance of MARDI village chicken or Ayam Kampung MARDI (AKM) at breeder phase,"Mal.J.Anim.Sci., pp. 123.
  12. Mohd Hafiz, A. W., Mohamad Hifzan, R., Mohd Ariff, O., Izuan Bahtiar, A. J., and Faezal Ashraff, A. L. (2018).  "Comparison of growth pattern of body weight in Brakmas and Bali cattleusing non-linear regression models," Malaysian Journal Animal Science.
  13. Mohd Hafiz, A. W., Mohamad Hifzan, R., Mohd Ariff, O., Izuan Bahtiar, A. J., and Faezal Ashraff, A. L. (2018). "Comparison of growth pattern of body weight in Brakmas and Bali cattleusing non-linear regression models," Malaysian Journal Animal Science.
  14. Predith, M., Chung, E. L. T., Muhammad Hazwan, M., Marini, A. M., Mohamad Hifzan, R.,and Noor Athirah, M. A. (2018). "Nutritive values of selected Malaysian agricultural by-products commonly used in cattle rations," Malaysian Journal Animal Science, Vol. 21, No. 2, pp. 77-89.

Hubungi

PENGARAH 
Pusat Penyelidikan Sains Ternakan (LS)
Ibu Pejabat MARDI 

Telefon : 03-8953 6660
No.Faks : 03-8953 6666

  • Dipapar pada 10 November 2022
  • Dikemaskini pada 01 Februari 2024