Skip to main content

Frequently
Asked Question

Contact
Us

Feedback
& Report

Site
Map

Maklum Balas & Aduan

Polisi E- Penyertaan

Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-Penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

MARDI sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan MARDI untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.

Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi. Oleh yang demikian, MARDI amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:

  • Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
  • Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
  • Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
  • Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
  • Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
  • Pastikan kenyataan / topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
  • DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mel sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
  • Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
  • Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan / topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
  • Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan / topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
  • Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman / notis.
  • Sebagai peserta e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.

Read more …Maklum Balas & Aduan

  • Last updated on .
  • Hits: 11519

Laman Utama

Hubungi Kami

Sekiranya anda inginkan pertolongan, memberi aduan, pertanyaan atau cadangan anda boleh menghubungi kami di:

Sistem Aduan & Maklum Balas Pelanggan 

Atau melalui Alamat Perhubungan

Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM
43400 Serdang
Selangor
  
Untuk Pertanyaan: 

Tel: 03-8953 6000
Faks: 03-8953 6011

Setiap pertanyaan/aduan akan dijawab dalam tempoh TUJUH HARI BEKERJA.

Peta Lokasi

2.9910854,101.7013341

Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI-UPM, 43400 Serdang, Selangor

Read more …Hubungi Kami

  • Last updated on .

Soalan Lazim

Laman Utama

Soalan Lazim

SOALAN LAZIM

  • Apakah kursus/ latihan yang ditawarkan MARDI? Siapakah yang layak untuk memohon kursus tersebut, dan bagaimanakah caranya?

    Jawapan  
    MARDI menawarkan kursus yang berkaitan dengan pertanian, iaitu kursus yang berteraskan teknologi makanan, ternakan, tanaman dan teknologi lanjutan. Kursus adalah terbuka kepada semua warganegara yang berumur 18 tahun ke atas. Permohonan boleh dibuat secara online di Portal MARDI (Borang Permohonan Kursus). Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
     
    Program Pemindahan Teknologi
    Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan
    Ibu Pejabat MARDI,
    Persiaran MARDI- UPM
    43400 Serdang,
    Selangor
    (Pn. Shariah Loh binti Long)
    Tel: 03- 8953 6834/ 6830/ 6829
    Whatsapp: 012 896 2310
    Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
     
  • Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan bagi menjalani latihan industri/ praktikal di MARDI?

    Jawapan:  
    Untuk menjalani latihan industri/ praktikal di MARDI, Permohonan boleh dibuat secara online di https://eli.mardi.gov.my (Sistem Pengurusan Latihan Industri MARDI) atau permohonan secara bertulis hendaklah dibuat melalui pensyarah, ketua jabatan atau dekan kepada:
     
    Pengarah
    Pusat Pengurusan Sumber Manusia MARDI
    Ibu Pejabat MARDI,
    Persiaran MARDI- UPM
    43400 Serdang,
    Selangor
    (u.p. Timbalan Pengarah, Program Latihan & Kompetensi)
  • Saya ingin membeli buku terbitan MARDI. Bagaimanakah boleh saya dapatkan senarai terbitan terkini yang dijual dan siapakah yang perlu saya hubungi untuk mendapatkannya?

    Jawapan:  
    Senarai terbitan MARDI boleh diperolehi dengan melayari laman kedai buku MARDI (http://ebookshop.mardi.gov.my) yang turut menawarkan khidmat jual beli secara online. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
     

    Kedai Buku MARDI
    Pusat Komunikasi Korporat
    Blok A6
    Ibu Pejabat MARDI
    Persiaran MARDI-UPM
    43400 Serdang, Selangor

    Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

    Telefon: 03-8953 6921

    Waktu Operasi : (8.00 pagi – 4.30 petang)

  • Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam bidang perniagaan makanan?

    Jawapan:   
    Untuk mendapatkan khidmat nasihat, anda boleh menulis surat atau datang ke pejabat kami di Ibu Pejabat MARDI Serdang untuk berbincang dengan pegawai kami. Alamat surat menyurat adalah seperti berikut:
     

    PENGARAH
    Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan (TE)
    Ibu Pejabat MARDI,
    Persiaran MARDI- UPM
    43400 Serdang,
    Selangor

    Telefon : 03-8953 6800
    No.Faks : 03-8953 6777

  • Adakah MARDI menyediakan kemudahan menganalisis sampel makanan? Siapakah yang boleh saya hubungi untuk menghantar sampel tersebut untuk dianalisis?

    Jawapan:

    MARDI ada menyediakan perkhidmatan analisis bagi sampel makanan dan pertanian. Makmal analisis terdiri daripada Makmal Analisis Kimia Pertanian, Makmal Analisis Kimia Makanan dan Makmal Analisis Mikrobiologi Makanan. Sebarang pertanyaan berkaitan analisis sampel boleh dialamatkan kepada:

     
    MARDILab
    Blok A9, Ibu Pejabat MARDI
    43400 Serdang, Selangor.
     
    Tel : 03-8953 6919 / 8953 6901
    E-mel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    Faks : 03-8953 6946
     
    D10  MAKMAL ANALISIS KIMIA PERTANIAN  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    D23A  MAKMAL ANALISIS KIMIA MAKANAN  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
    D23B  MAKMAL ANALISIS MIKROBIOLOGI MAKANAN  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

     

  • Bagaimanakah MARDI dapat membantu bakal usahawan atau usahawan yang sedia ada?

    Jawapan: 

    Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan mempunyai pelbagai program untuk membantu bakal usahawan dan usahawan yang sedia ada melalui program seperti:

    i. Khidmat sokongan: Khidmat nasihat teknikal berkaitan dengan teknologi di samping latihan sangkut dalam teknologi pemprosesan makanan. Bagi latihan sangkut bayaran yang minimum dikenakan.
     
    ii. Khidmat bimbingan: Memberi bimbingan dalam pelbagai bidang dengan objektif utama ialah membangunkan usahawan berasaskan teknologi yang mempunyai daya saing.
     
    iii. Usahawan Anak Angkat MARDI: Usahawan akan diberi bimbingan secara menyeluruh bukan sahaja dari segi teknologi bahkan dalam bidang perniagaan bersama dengan agensi lain yang berkaitan seperti SMIDEC, MARA, SME Bank dan lain-lain lagi.

Read more …Soalan Lazim

  • Last updated on .
  • Hits: 60704

Hubungi-Harta Intelek

Pegawai

Telefon

Faks

E-mel

Pn. Fiona Naqiah Binti Mustapha

03-8953 6002

-

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Pn. Che Nurul Akmal Binti Che Mohamad

03-8953 6924

-

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

  • Last updated on .
  • Hits: 11170