RECA merupakan singkatan kepada Research, Entrepreneur, Commercialization, and Agriculture. Ia adalah seminar atau latihan jangka masa pendek yang bertujuan untuk mendedahkan teknologi terkini berkaitan penyelidikan, pertanian, keusahawanan, dan pengkomersilan.
Sesi seminar ini dijalankan secara teori selama satu hingga dua hari, diikuti dengan latihan praktikal secara hands-on atau demonstrasi untuk memberikan pengalaman sebenar kepada peserta.