Khidmat nasihat maklumat kepada benefisiari berkenaan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan industri pertanian dan industri berasaskan agromakanan. Khidmat nasihat dilaksanakan melalui nasihat teknikal kepada pelanggan secara one-off melalui perbincangan, surat-menyurat, telefon, e-mel dan perkhidmatan klinik usahawan di Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan (TE) seluruh negara.
Kumpulan Sasaran
Golongan sasar yang mendapat manfaat daripada teknologi MARDI daripada khidmat nasihat one off ini adalah seperti berikut:
Usahawan MARDI atau dikenali sebagai Teknopreneur MARDI merujuk kepada usahawan-usahawan mikro dan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang berdaftar secara rasmi dengan MARDI yang merangkumi Agropreneur Muda, Usahawan Bimbingan dan peserta Projek Rezeki Tani. Usahawan akan menerima dan mengguna pakai teknologi gunaan awam MARDI yang dipindahkan melalui mekanisme ditetapkan yang mana caj yang dikenakan adalah minimum.
Benefisiari Umum merupakan golongan yang terdiri daripada usahawan, petani, penternak, pesawah dan lain-lain yang tidak berdaftar sebagai usahawan di bawah bimbingan MARDI namun menerima khidmat nasihat berkenaan teknologi MARDI secara one-off.
Alamat Lokasi
Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan Kompleks MTBIC Ibu Pejabat MARDI Persiaran MARDI – UPM 43400, SERDANG
Hubungi
Pengarah Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan
No Tel: 03-8953 6800 Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Menyediakan pelbagai kemudahan bagi menyokong penganjuran aktiviti kursus dan latihan teknikal, mesyuarat dan seminar disamping menyediakan kemudahan tempat penginapan kepada peserta.
Perkhidmatan yang disediakan oleh Kompleks Latihan boleh dimanfaatkan oleh kumpulan sasaran dalam rangkaian Pembangunan dan Penyelidikan termasuk mereka yang memerlukan lain-lain kemudahan yang terdapat di Kompleks Latihan MARDI.
Alamat Lokasi
Hubungi
PENGARAH Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan (TE) Ibu Pejabat MARDI
Telefon : 03-8953 6800 No.Faks : 03-8953 6777
No. Tel. Kompleks Latihan MARDI : 03-8953 6826 / 019-6202485