Skip to main content

Frequently
Asked Question

Contact
Us

Feedback
& Report

Site
Map

Visi & Misi

Info

Visi & Misi

 

  • VISI

    Penjana terulung teknologi inovatif untuk kelestarian dan daya saing industri pertanian menjelang 2030.

     

  • MISI

    1. Memacu produktiviti dan kelestarian pertanian melalui penjanaan dan pemindahan teknologi moden, cekap dan kos efektif.
    2. Memperkukuh sumber kewangan, kompetensi, fasiliti dan infrastruktur bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan.
    3. Meningkatkan visibiliti dan tadbir urus yang baik melalui pengurusan yang berkesan, cekap, telus dan akauntabiliti.

     

TERAS

  1. Peningkatan produktiviti dalam subsektor tanaman, makanan dan ternakan melalui penyelidikan inovasi.
  2. Penjanaan dan gunapakai teknologi baru atau moden bagi mentransformasi sektor pertanian dan industri makanan ke arah lebih kompetitif dan lestari.
  3. Penerokaan, pemuliharaan & penggunaan biodiversiti dan sumber asli untuk kelestarian pertanian serta penjanaan kekayaan baru.
  4. Pengukuhan penyebaran, pemindahan dan aplikasi teknologi MARDI kepada kumpulan sasar.
  5. Pemerkasaan visibiliti dan tadbir urus organisasi.

 

Read more …Visi & Misi

  • Last updated on .
  • Hits: 5792

Dasar Agensi

Info

Dasar Institut

  • Dasar Kualiti

    MARDI bertekad untuk:

    1. Membangun dan mempromosikan teknologi wajar dan berdaya maju bagi pelanggan dalam industri makanan, pertanian dan industri berasaskan pertanian.
    2. Komitmen untuk memenuhi keperluan Sistem Pengurusan Kualiti dan meningkatkannya secara berterusan.
    3. Menyemak semula objektif dan dasar kualiti di Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan secara tahunan bagi menentukan kesesuaiannya berterusan
    4. Menyebarkan dasar kualiti ini ke semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) di MARDI dan memaparkannya dalam intranet MARDI.
  • Dasar Keselamatan

    Perlindungan Data

    Teknologi terkini termasuk penyulitan data adalah digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

    Keselamatan Storan

    Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

  • Dasar Harta Intelek

  • Dasar Penyelidikan & Pembangunan

  • Dasar Pemindahan Teknologi

Akta MARDI

Read more …Dasar Agensi

  • Last updated on .
  • Hits: 4350

Latar Belakang dan Sejarah

Info

Latar Belakang & Sejarah

MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.

Akta MARDI 1969 telah membawa kepada penubuhan MARDI pada 28 Oktober 1969. MARDI telah beroperasi sepenuhnya pada tahun 1971.

MARDI diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani. Bagi perkara berkaitan kewangan, persetujuan Menteri Kewangan turut diperlukan.

Majlis Sains MARDI pula memastikan program teknikal MARDI mencapai tahap kualiti dan keberkesanan yang maksimum.

Visi kepimpinan MARDI telah berkembangan daripada pembangunan keupayaan, penubuhan sistem penanaman dan perladangan ke arah pengkomersilan teknologi, pengurusan kualiti menyeluruh dan budaya kecemerlangan bagi mencapai pengiktirafan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Peristiwa penting yang menyumbang kepada pembangunan MARDI termasuklah:-

  • Pindaan Akta MARDI dalam tahun 1990 telah membenarkan penglibatan MARDI dalam aktiviti pengkomersilan. Hasil dari pindaan tersebut, MARDITech Corporation Sdn. Bhd. telah ditubuhkan dalam tahun 1992. Pindaan Akta kedua dilakukan pada tahun 2002 untuk mengizinkan lebih banyak ruang ke arah pengkomersilan
     
  • Dengan usaha gigih dalam pengurusan kualiti, MARDI telah dianugerah sijil MS ISO 9001:1994 pada tahun 1998. Sijil ini ditingkatkan ke MS ISO 9001:2000 pada tahun 2004. Makmal analisis MARDI juga telah diakreditasikan dengan MS ISO/IEC 17025 (kimia dan mikrobiologi makanan dan pertanian pada tahun 2001 dan residu pestisid pada tahun 2006)
     
  • Pengukuhan sistem penyampaian teknologi sebagai sebahagian dari pendekatan inovasi menyeluruh dilaksanakan dengan penubuhan test-bed dan inkubator teknologi pada tahun 2005 sebagai komponen program pembangunan usahawan
     
  • Membudayakan pengurusan pengetahuan dalam sistem operasi MARDI mulai tahun 2005
     
  • Penstrukturan semula organisasi supaya kedudukan MARDI selaras dengan tuntutan semasa. Struktur terkini telah berkuat kuasa pada 1 Februari 2002
     
  • Penubuhan beberapa stesen penyelidikan tambahan berasaskan zon agro-iklim dalam negara, termasuk di Sarawak dan Sabah. Stesen di luar negara juga pernah ditubuhkan seperti di Mali dan Malawi di Afrika
     
  • Pengiktirafan di peringkat antarabangsa dicapai melalui jalinan kerjasama dengan organisasi penyelidikan dan universiti di Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Australia, Taiwan, China, negara-negara ASEAN dan juga EU
     
  • Penyelidikan usaha sama juga dilaksanakan dengan institusi penyelidikan antarabangsa seperti INIBAP, ACIAR, IRRI, IPGRI, CABI, ABC (Hungary), AVRDC, EU/ALTERA Greenworld Research, IAEA dan FAO. Perundingan teknikal mengenai pembangunan pertanian juga ditawarkan kepada negara Kyrgyzstan, Bosnia-Herzegovena, Syria, Qatar, Kampuchea dan Ivory Coast
     
  • MARDI Corporation Sdn. Bhd.  juga turut terlibat dalam mempromosikan hasil aktiviti MARDI di peringkat dalam dan luar Negara.

 

Read more …Latar Belakang dan Sejarah

  • Last updated on .
  • Hits: 10438

Prolog Ketua Pengarah

Info

Prolog Ketua Pengarah

YBhg. Dato' Dr. Mohamad Zabawi b. Abdul Ghani

Ketua Pengarah MARDI

MARDI ialah sebuah badan berkanun yang diamanah untuk menjalankan penyelidikan dalam bidang makanan dan pertanian dan industri asas tani. Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 50 tahun telah menghasilkan pelbagai varieti dan klon tanaman baru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusannya. Teknologi terkini telah juga dihasilkan dalam bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produk hotrikultur dan ternakan. Teknologi ICT dimanfaatkan dalam pengurusan dan pengendalian ladang seperti teknologi "penanaman tepat" atau precision farming bagi tanaman padi serta penganggaran hasil tanaman menerusi teknik pengimejan. Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alam sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik dengan lebih cekap.

Selain melaksanakan projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) secara kontrak, Institut juga menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang makanan, pertanian dan khidmat lain dalam industri berkenaan. Khidmat teknikal adalah dalam bentuk khidmat nasihat, perundingan, latihan teknikal, khidmat makmal dan pengesahan mutu, pembangunan produk dan proses serta peningkatan teknologi.

Petani dan usahawan yang menerima pakai teknologi MARDI telah berjaya menyumbangkan kepada kemajuan sektor makanan, pertanian dan industri asas tani negara. Ini telah membantu memampankan sektor pertanian sebagai penyumbang kepada ekonomi negara.

Sebagai sebuah organisasi yang menjalankan urusan teras penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi, MARDI menyediakan kumpulan pakar dalam bidang-bidang yang dikenalpasti diperlukan, serta memberi sumbangan berkesan terhadap korpus ilmu secara global.

Segala maklumat, penemuan saintifik dan ilmu pertanian yang diperolehi dari aktiviti R&D disalurkan melalui bahan penerbitan serta persidangan dan pameran peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bagi memastikan MARDI tidak ketinggalan dalam perkembangan teknologi dalam bidang makanan dan pertanian di peringkat global, perhubungan rapat dengan beberapa institut penyelidikan, universiti dan kumpulan jaringan di peringkat nasional dan antarabangsa sentiasa diperkembangkan.

Kunjungan anda ke laman web MARDI ini sangat dihargai. Laman web MARDI akan sentiasa dikemaskini untuk memberi maklumat tentang aktiviti penyelidikan terkini serta pencapaian dan produk terbaru hasil R&D MARDI. Pakej maklumat dan rangkaian topik membolehkan anda mendapatkan lebih fakta tentang pertanian tropika dan makanan. Laman web MARDI yang mengandungi pautan dengan organisasi global dapat membantu anda mencari maklumat dalam bidang pertanian secara meluas dengan lebih mudah.

Saya, bagi pihak MARDI mengucapkan terima kasih dan selamat melayari laman web MARDI dan sila hubungi kami jika anda memerlukan maklumat lanjut. Terima kasih.

Read more …Prolog Ketua Pengarah

  • Last updated on .
  • Hits: 3723

Utama

Read more …Utama

  • Last updated on .
  • Hits: 219485
  • Home
  • RESEARCH FOCUS
  • RICE
  • Public Content