Skip to main content

Frequently
Asked Question

Contact
Us

Feedback
& Report

Site
Map

Laman Utama

Soalan Lazim

SOALAN LAZIM

Apakah kursus/ latihan yang ditawarkan MARDI? Siapakah yang layak untuk memohon kursus tersebut, dan bagaimanakah caranya?
Jawapan  
MARDI menawarkan kursus yang berkaitan dengan pertanian, iaitu kursus yang berteraskan teknologi makanan, ternakan, tanaman dan teknologi lanjutan. Kursus adalah terbuka kepada semua warganegara yang berumur 18 tahun ke atas. Permohonan boleh dibuat secara online di Portal MARDI (Borang Permohonan Kursus). Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:
 
Program Pemindahan Teknologi Pusat Pemindahan Teknologi dan Pembangunan Usahawan
Ibu Pejabat MARDI, Persiaran MARDI- UPM
43400 Serdang, Selangor
(Pn. Shariah Loh binti Long)
Tel: 03- 8953 6834/ 6830/ 6829
Whatsapp: 012 896 2310
Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
 
Bagaimanakah caranya untuk membuat permohonan bagi menjalani latihan industri/ praktikal di MARDI?
Jawapan:  
Untuk menjalani latihan industri/ praktikal di MARDI, permohonan secara bertulis hendaklah dibuat melalui pensyarah, ketua jabatan atau dekan kepada:
 
Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia MARDI
Ibu Pejabat MARDI
Peti Surat 12301
50774 Kuala Lumpur
(u.p. Timbalan Pengarah, Program Latihan & Kompetensi)
Saya ingin membeli buku terbitan MARDI. Bagaimanakah boleh saya dapatkan senarai terbitan terkini yang dijual dan siapakah yang perlu saya hubungi untuk mendapatkannya?
Jawapan:  
Senarai terbitan MARDI boleh diperolehi dengan melayari laman kedai buku MARDI (http://ebookshop.mardi.gov.my) yang turut menawarkan khidmat jual beli secara online. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
 

Kedai Buku MARDI
Pusat Komunikasi Korporat
Blok A6 Ibu Pejabat MARDI Persiaran MARDI-UPM 43400 Serdang, Selangor

Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Telefon: 03-8953 6921

Waktu Operasi : (8.00 pagi – 4.30 petang)

Siapakah yang boleh saya hubungi untuk mendapatkan khidmat nasihat dalam bidang perniagaan makanan?
Jawapan:   
Untuk mendapatkan khidmat nasihat, anda boleh menulis surat atau datang ke pejabat kami di Ibu Pejabat MARDI Serdang untuk berbincang dengan pegawai kami. Alamat surat menyurat adalah seperti berikut:
 

PENGARAH
Pusat Pemindahan Teknologi & Pembangunan Usahawan (TE)
Ibu Pejabat MARDI

Telefon : 03-8953 6800
No.Faks : 03-8953 6777

Adakah MARDI menyediakan kemudahan menganalisis sampel makanan? Siapakah yang boleh saya hubungi untuk menghantar sampel tersebut untuk dianalisis?

Jawapan:

MARDI ada menyediakan perkhidmatan analisis bagi sampel makanan dan pertanian. Makmal analisis terdiri daripada Makmal Analisis Kimia Pertanian, Makmal Analisis Kimia Makanan dan Makmal Analisis Mikrobiologi Makanan. Sebarang pertanyaan berkaitan analisis sampel boleh dialamatkan kepada:

 
Pengarah
Pusat Perkhdimatan Teknikal
Ibu Pejabat MARDI
Peti Surat 12301
50774 Kuala Lumpur
(u.p. Timbalan Pengarah, Program Makmal Analisis Makanan & Pertanian)
 
Tel: 03-8953 6903
Faks: 03-8953 6889
 
 Makmal Analisis Kimia Makanan
 Pn. Norfaiza Ismail
 Dr. Haslina Hasan
 
 Tel:03- 8953 6448
 
 Makmal Analisis Mikrobiologi Makanan
 Pn. Noor Shaeda Ismail
 
 Tel: 03-8943 7737/ 03-89441442
 
 Makmal Analisis Kimia Pertanian
 En. Mohd Safidin Kashim
 Pn. Jamaliah Jaafar
 
 Tel: 03-8941 8067/ 03-89437709
 

Bagaimanakah MARDI dapat membantu bakal usahawan atau usahawan yang sedia ada?

Jawapan: 

Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi mempunyai pelbagai program untuk membantu bakal usahawan dan usahawan yang sedia ada melalui program seperti:

i. Khidmat sokongan: Khidmat nasihat teknikal berkaitan dengan teknologi di samping latihan sangkut dalam teknologi pemprosesan makanan. Bagi latihan sangkut bayaran yang minimum dikenakan.
 
ii. Khidmat bimbingan: Memberi bimbingan dalam pelbagai bidang dengan objektif utama ialah membangunkan usahawan berasaskan teknologi yang mempunyai daya saing.
 
iii. Usahawan Anak Angkat MARDI: Usahawan akan diberi bimbingan secara menyeluruh bukan sahaja dari segi teknologi bahkan dalam bidang perniagaan bersama dengan agensi lain yang berkaitan seperti SMIDEC, MARA, SME Bank dan lain-lain lagi.