Laporan Tahunan MARDI
LAPORAN TAHUNAN MARDI
Read more …Laporan Tahunan MARDI
- Last updated on .
- Hits: 2284
Read more …Laporan Tahunan MARDI
Perkhidmatan
MARDI MICROBIAL CULTURE COLLECTION (MMCC)
Pegawai Penyelidik, Pensyarah dan Syarikat Swasta
TINGKAT BAWAH, BLOK A15,
PUSAT PENYELIDIKAN AGROBIODIVERSITI DAN PERSEKITARAN,
MARDI IBU PEJABAT.
No |
Jenis servis |
Penerangan |
Harga (RM) |
1 |
Penyimpanan selamat kultur |
|
|
2 |
Ujian kehidupan kultur (viability test) |
|
|
3 |
Pemeliharaan mikroorganisma |
|
|
4 |
Pembekalan mikroorganisma |
|
|
5 |
Pengecaman mikroorganisma |
|
|
6 |
Pemencilan mikrob |
|
|
DR JEFFREY LIM SENG HENG
TIMBALAN PENGARAH
PROGRAM KAWALAN BIOLOGI
PUSAT PENYELIDIKAN ARGOBIODIVERSITI DAN PERSEKITARAN
TEL: 03-8953 6303
FAX: 03-8953 6306
Email:
Read more …MARDI MICROBIAL CULTURE COLLECTION (MMCC)
Pejabat MARDI Perlis, Lot PT 3747 Tambun Tulang, 02600 Arau, PERLIS
MARDI Langkawi, Lubuk Sembilang, 07000 Langkawi, KEDAH
MARDI Sintok, 06050 Bukit Kayu Hitam, KEDAH
Pejabat MARDI Kedah, Jalan Kuala Kedah, 05710 Alor Star, KEDAH
MARDI Pendang, Pejabat Pos Pendang, 06707 Pendang, KEDAH
Pejabat MARDI Pulau Pinang, Beg Berkunci No. 203 Pejabat Pos Kepala Batas, 13200 Seberang Perai, PULAU PINANG
Pejabat MARDI Perak, Kampung Talang Hulu, 33000 Kuala Kangsar, PERAK
Stesen MARDI Parit, PERAK
MARDI Bagan Datuk, 36307 Sungai Sumun, PERAK
MARDI Tanjong Karang, 45500 Tanjung Karang, SELANGOR
Stesen MARDI Kundang, 48020 Rawang, SELANGOR
Ibu Pejabat MARDI
Persiaran MARDI-UPM
43400 Serdang
Selangor
Pejabat MARDI Selangor, Peti Surat 186 Pejabat Besar Pos, 41720 Kelang, SELANGOR
Pejabat MARDI Negeri Sembilan, Pejabat Pos Seremban, 70400 Seremban, NEGERI SEMBILAN
MARDI Jelebu, Simpang Durian, 72400 Jelebu, NEGERI SEMBILAN
MARDI Kuala Linggi, Kuala Linggi, 78207 Kuala Sungai Baru, MELAKA
Pejabat MARDI Melaka, Simpang Bukit Lintang, Ayer Molek, 75460, MELAKA
MARDI Pontian, 82000 Pontian, JOHOR DARUL TAKZIM
Pejabat MARDI Johor, No 4, Jalan Taruka, Kawasan Perindustrian Tampoi, 80350 Johor Bahru, JOHOR DARUL TAKZIM
MARDI Kluang, 86009 Kluang, JOHOR DARUL TAKZIM
MARDI Muadzam Shah, 26700 Bandar Muadzam Shah, PAHANG
Pejabat MARDI Pahang, Peti Surat 3 Pejabat Pos Balok, 26100 Kuantan, PAHANG
MARDI Kemaman, 24007 Kemaman, TERENGGANU
MARDI Cameron Highlands, Pejabat Pos Tanah Rata, 39007 Cameron Highlands, PAHANG
MARDI Jerangau, Kampung Landas, 21820 Ajil, TERENGGANU
Pejabat MARDI Terengganu, Peti Surat 3, 20700 Kuala Terengganu, TERENGGANU
MARDI Besut, TERENGGANU
MARDI Pasir Puteh, 16800 Pasir Puteh, KELANTAN
MARDI Jeram Pasu, 16800 Pasir Puteh, KELANTAN
MARDI Bachok , 16310 Bachok, KELANTAN
Pejabat MARDI Kelantan, Peti Surat 154, 15710 Kota Bharu, KELANTAN
Pejabat MARDI Sarawak, Lot 411, Blok 14 Jalan Santubong, 93055 Petra Jaya, SARAWAK
MARDI Saratok, 95407 Saratok, SARAWAK
MARDI Bintulu, KM 55, Jalan Bintulu-Miri, 97000 Bintulu, SARAWAK
Pejabat MARDI Sabah, Kinabalu (KKIP) KM7, Jln Teluk Sepanggar Menggatal, 88450 Kota Kinabalu, SABAH
Read more …Stesen-Stesen MARDI
TEKNOLOGI ADAPTASI PERUBAHAN IKLIM BAGI TANAMAN PADI MELALUI KAEDAH PENGURUSAN AIR SECARA TEPU DAN LEMBAP Teknologi adaptasi perubahan iklim melalui kaedah pengurusan air secara tepu dan lembap merupakan salah satu strategi penanaman padi secara lestari. Pengurusan air alternatif ini dapat menjimatkan sehingga 35% input air, mengurangkan 30 – 55% pembebasan gas metana dan mengekalkan hasil padi yang tinggi sekitar 6 – 7 t/ha. |
|
TEKNOLOGI PIROLISIS BAGI PENGHASILAN BIOCHAR DAN CUKA KAYU DARI SISA PERTANIAN Teknologi ini merupakan pirolisis bagi penghasilan biochar dan cuka kayu daripada sisa pertanian merupakan kaedah efektif pengurusan sisa pertanian melalui teknik pirolisis (slow pirolysis) yang dapat menghasilkan biochar dan cuka kayu. Cuka kayu yang dihasilkan merupakan bahan bersifat asid yang bermanfaat kepada tanaman sebagai penghalau serangga selain berkesan sebagai biofungisid.
|
|
||||
TEKNOLOGI PENGURUSAN SISA LANDSKAP BERSKALA BESAR MELALUI KAEDAH PENGOMPOSAN Pengomposan sisa landskap dapat menambah baik teknik pelupusan sedia ada dan menyumbang kembali kepada pihak MARDI dengan menggunakan semula kompos yang telah dihasilkan untuk tujuan penanaman. |
|||||
TEKNOLOGI MITIGASI PEMBEBASAN GAS RUMAH KACA BAGI TANAMAN PADI MELALUI APLIKASI MIKROB PENGURAI JERAMI Dapatan kajian awal melalui proses Life Cycle Assessment (LCA) menunjukkan 76.85% pembebasan gas rumah kaca (GHG) daripada penanaman padi berpunca dari kaedah penanaman secara anaerobik. Salah satu alternatif bagi mengurangkan pembebasan GHG ini adalah melalui aplikasi mikroorganisma yang dapat membantu kadar pereputan (degradasi) jerami di lapangan. |
|
PAKEJ LENGKAP PENANAMAN KUINI (MANGIFERA ODORATA) Merupakan hasil penyelidikan dan pengumpulan data tanaman kuini sejak awal tahun 2000. Ia merangkumi maklumat botani, nutrisi, keperluan asas penanaman, pengendalian lepas tuai, pengurusan perosak dan penyakit dan analisis ekonomi pengeluaran kuini untuk memaksimumkan potensi dan populariti spesies ini untuk kepelbagaian segmen pasaran agribiodiversiti. |
|
TEKNOLOGI PENGELUARAN TANAMAN KELADI BERSKALA PERINTIS Penanaman sumber baharu karbohidrat adalah penting bagi memastikan keterjaminan makanan di Malaysia. Keladi merupakan salah satu sumber makanan yang membekalkan karbohidrat di negara ini. Teknologi pengeluaran keladi ini amat relevan kepada industri pertanian negara dan merangkumi aspek-aspek pencirian morfologi, hubungan genetik, nutrisi, agronomi, perosak dan penyakit, pembangunan kultur tisu serta analisis ekonomi dan pasaran. |
|
TEKNOLOGI PENGENDALIAN LEPAS TUAI UBI KELADI (COLOCASIA ESCULENTA) Teknik bagi memanjangkan hayat simpanan dan mengekalkan kualiti ubi keladi (Colocasia esculenta) segar menggunakan pakej pengendalian yang optimum bermula daripada penuaian pada indeks kematangan yang sesuai, perapian, sanitasi, rawatan pengawetan pada suhu, kelembapan relatif dan tempoh yang optimum, menggunakan bahan pembungkusan yang sesuai dan penyimpanan pada suhu optimum. |
|
PAKEJ PENTERNAKAN LEBAH KELULUT (HETEROTRIGONA ITAMA) Pakej ini dibangunkan bagi menghasilkan rantaian agar proses penternakan bagi spesies lebah kelulut tidak terhenti pada peringkat tertentu, lebih lestari dan menjamin kemandirian koloni dan kualiti madu yang dihasilkan. |
|
|||
|
BIOPESTISID MULTI VIRUS BAGI KAWALAN PEROSAK LEPIDOPTERA SAYURAN KRUSIFER Biopestisid ini diformulasi khusus bagi mengawal serangga perosak Lepidoptera utama sayuran krusifer (kubis bulat, kubis cina, sawi, kailan, brokoli, dan kubis bunga) iaitu ulat ratus (Spodoptera litura), ulat Plutella (Plutella xylostella), ulat jantung kubis (Crocidolomia pavonana) dan ulat jalur (Hellula undalis). |
|||
PEMELIHARAAN SECARA MASSA AGEN KAWALAN BIOLOGI DIADEGMA SEMICLAUSUM, COTESIA VESTALIS DAN TRICHOGRAMMA CHILONIS BAGI PENGAWALAN SERANGGA PEROSAK UTAMA TANAMAN Teknologi ini khusus untuk memelihara secara massa (besar-besaran) tiga jenis parasitoid iaitu Diadegma semiclausum, Cotesia vestalis dan Trichogramma chilonis. Serangga bermanfaat ini merupakan musuh semula jadi kepada perosak Lepidoptera yang menyerang tanaman sayuran dan jagung seperti Plutella xylostella, Spodoptera litura dan Spodoptera frugiperda. Pemeliharaan parasitoid peringkat larva iaitu D. semiclausum dan C. vestalis dijalankan menggunakan larva perosak P. xylostella pada anak tanaman kubis dalam makmal. Pemeliharaan parasitoid telur T. chilonis pula dijalankan menggunakan campuran sekam padi, dedak padi dan beras hancur sebagai makanan utama perumah, Corcyra cephalonica. |
|
BLACK G: PRODUK KESIHATAN BERASASKAN KUNYIT HITAM |
||||
|
FIGSOL: KAPSUL DAN MINUMAN KESIHATAN DENGAN BAHAN BIOAKTIF DARIPADA BUAH TIN FigSol dalam bentuk kapsul dan minyak yang diekstrak daripada daun tin kaya dengan bahan aktif furanocoumarin dan epigenin glucoside. Sebatian yang terkandung di dalam daun tin menunjukkan ia bermanfaat sebagai antioksida, antitumor dan antikanser kerana mengandungi coumarin dan flavonoids. |
|||
TERUNGOLD™: MINUMAN FORMULASI TERUNG ASAM BAGI MENGAWAL BERAT BADAN TERUNGOLDTM ialah produk yang diperbuat daripada buah terung asam Sarawak (Solanum ferox). Keberkesanan produk dalam memerangi obesiti, mencegah penambahan berat badan dan mengurangkan berat badan yang berlebihan telah dikaji. |
||||
CLEOSAFE: KRIM ANTIRADANG BERASASKAN SAYUR MAMAN Cleosafe kaya dengan fitokimia semula jadi dan berpotensi merawat keradangan kulit setara dengan ubatan NSAIDs (diclofenac sodium) yang dijual secara komersial di pasaran. |
TEKNOLOGI PENANDA DNA UNTUK PENGESAHAN KETULENAN VARIETI TANAMAN DAN BAKA TERNAKAN Teknologi penanda molekul diperkenalkan dalam sektor pertanian negara bagi membantu dalam menghasilkan varieti tanaman dan baka ternakan yang superior serta benih berkualiti tinggi. |
|
PENGESANAN PANTAS MALACHITE GREEN DALAM INDUSTRI AKUAKULTUR Pengesanan total Malachite Green (MG) ini adalah berdasarkan format perencatan enzim dengan substrat pada strip elektrod karbon. Kit ini mengesan total MG serendah 0.25 ppb sepantas 5 minit berbanding dengan teknik instrumentasi LC-MS untuk analisis sampel ikan. |
|
PENGESANAN PANTAS RACUN PEROSAK DITIOKARBAMAT DALAM SAYUR-SAYURAN MELALUI TEKNOLOGI BIOSENSOR ENZIM Kit biosensor elektrokimia berasaskan enzim yang dibangunkan ini adalah untuk pengesanan racun pestisid dari kelas ditiokarbamat iaitu zineb, macozeb, thiram dan maneb. |
|
PENGESANAN PANTAS MIKOTOKSIN (AFLATOKSIN B1, OKRATOKSIN A DAN FUMONISIN B1) DALAM JAGUNG BIJIAN Kit pengesanan pantas mikotoksin di lapangan ini adalah teknologi biosensor berasaskan IoT. Antibodi poliklonal yang digunakan dalam kajian ini dihasilkan secara in-house dan dipegunkan di atas elektrod skrin bercetak karbon berfungsi dengan jaringan polimer dan emas nanokoloid. |
|
TEKNOLOGI BIOSENSOR BAGI PENGESANAN PANTAS PENYAKIT PADI (BLB,BLS DAN KARAH) Teknologi biosensor berasaskan antibodi poliklonal (imunosensor) dibangunkan dengan menggunakan elektrod karbon bercetak skrin terubah suai dan peranti pembaca biosensor mudah alih. |
|
PENGESANAN NANO PANTAS ALGA AKUATIK BERBAHAYA MARDIsense Algae Bloom Biotoxin Sensor Kit merupakan satu inovasi bagi aplikasi pemantauan dan pengesanan pantas biotoksin jenis saxitoxin (STX) yang dihasilkan oleh alga Alexandrium minutum dalam sampel air laut dan produk kerang-kerangan. |
TEKNOLOGI FLOCTEST SERTA LAMP-GUMPALAN PARTIKEL KARBON BAGI PENGESANAN PENYAKIT DARAH PISANG (BDB) Teknologi diagnostik yang menggabungkan teknik loop mediated isothermal amplification (LAMP) dan penggumpalan partikel karbon juga dibangunkan untuk pengesanan awal penyakit BDB pisang. |
|
TEKNOLOGI FLOCTEST SERTA LAMP-GUMPALAN PARTIKEL KARBON BAGI PENGESANAN PENYAKIT PADI (BLB, BLS DAN KARAH) Kit diagnostik FlocTest mengesan patogen dalam masa 30 minit dan tidak melibatkan peralatan canggih, memudahkan pengesanan di lapangan. |
|
TEKNOLOGI LATERAL FLOW IMMUNOASSAY (LFIA) BAGI PENGESANAN PENYAKIT TANAMAN Teknologi pengesanan pantas berasaskan immunoasai aliran lateral (LFIA) ini mampu mengesan penyakit padi (BLB, BLB dan karah), penyakit darah pisang (BDB) menggunakan satu strip pakai buang. |
MARDIsense: RICE PATHOGEN TEST KIT berasaskan jalur LFIA untuk pengesanan patogen penyakit padi dan pengesanan patogen BDB pada pokok pisang |
MARDIsense: FOODBORNE PATHOGEN TEST KIT untuk pengesanan multi-patogen bawaan makanan |
TEKNOLOGI LATERAL FLOW IMMUNOASSAY (LFIA) BAGI PENGESANAN MULTIPATOGEN DALAM MAKANAN Teknologi pengesanan pantas berasaskan immunoasai aliran lateral (LFIA) ini mampu mengesan patogen makanan (Salmonella spp., E. coli dan L. monocytogenes) menggunakan satu strip pakai buang. |
TEKNOLOGI LATERAL FLOW IMMUNOASSAY (LFIA) BAGI PENGESANAN MULTIPATOGEN DALAM MAKANAN DAN PENGESANAN DNA KHINZIR |
MARDIsense: FOODBORNE PATHOGEN TEST KIT untuk pengesanan multi-patogen bawaan makanan prototaip kit pengesanan DNA khinzir |
AGROZIDE™: NANO-FUNGISID BAGI PENGAWALAN AFLATOKSIN DALAM JAGUNG BIJIAN SIMPANAN |
|
ENKAPSULASI PROTEIN REKOMBINAN SAR DI DALAM NANOPARTIKEL KITOSAN BAGI PENGURUSAN PENYAKIT MATI ROSOT BETIK |
|
XANTHOZIDETM: NANOEMULSI BERASASKAN MINYAK PATI BAGI RAWATAN AWAL PENYAKIT BAWAAN BIJI BENIH PADI |
|
HIBRID BAHARU BELIMBING MSTAR 1 Telah diisytiharkan pada 7 April 2019 di MARDI Kluang Johor. Mempunyai tahap kemanisan yang tinggi sekitar 11% Brix tanpa rasa kelat, aroma yang wangi dan tekstur isi yang rangup. |
|||||
HIBRID BAHARU BELIMBING MSTAR 2 Bentuk buah mirip kepada klon B10 dengan kepak buah yang lebih tebal dan warna kulit yang lebih kekuningan. Saiz buah adalah besar (192 g), mempunyai kandungan vitamin C yang tertinggi (87.3 mg/100 g), asid oksalik terendah (0.08 g/100 mg) dan tekstur isi lebih rangup daripada klon B10 dan tiada rasa kelat. |
|||||
HIBRID BAHARU BELIMBING MSTAR 3 Saiz buah adalah besar (203 g), lebih manis daripada B10 (TSS: 10.1% Brix), kandungan vitamin C yang hampir sama dengan B10 dan B17, tekstur isi yang sedikit lembut daripada B10 dan tiada rasa kelat. |
|||||
HIBRID BAHARU NANAS L1 |
|||||
HIBRID BAHARU NANAS MS16 |
|
||||
|
TOLERICA: BETIK TOLERAN PENYAKIT MATI ROSOT |
||||
KLON RAMBUTAN BAHARU MUTIARA MERAH Berat 35.7 g dan mempunyai 53.5% perolehan isi. Masak 2 - 3 minggu lebih awal berbanding dengan varieti R191. Varieti ini telah diisytiharkan pada tahun 2018. |
|||||
KLON RAMBUTAN BAHARU MUTIARA WANGI
|
|||||
VARIETI MANGGA BAHARU BERKULIT MERAH
Dua jenis varieti dibangunkan. SB019 memiliki kulit merah tua dan isi oren, saiz buah sederhana (250 - 350 g), berbentuk oval dan rasanya manis dengan Brix 18 - 21%. Hasil tinggi, berbuah setiap tahun, bebas dari IFR dan pokoknya semikerdil. |
|
||||
SB003 pula mempunyai kulit merah cerah dan isi oren, saiz buah yang boleh dipasarkan (350 - 450 g), rasa manis sedikit masam dengan Brix 18 - 20%. Berbau wangi, kaya dengan vitamin C, berhasil tinggi, berbuah setiap tahu dan bebas dari masalah insiden reput dalam buah (IFR). |
|
||||
|
KLON BAHARU POMELO MUTAN 2KRP7 DAN 3KRP4 2KRP7 kategori buah manis (9 - 11% Brix) dan 3KRP4 pula adalah buah masam manis (10 - 12% Brix). Kandungan asid rendah berbanding dengan klon komersial iaitu 0.15 - 0.16% bagi 2KRP7 dan 0.66 - 0.73% bagi 3KRP4. Kandungan jus kedua-dua klon antara 262 - 315 mL dengan kandungan vitamin C yang tinggi antara 45 - 52 mg/100 g. Berat buah adalah 1.2 - 1.7 kg dan mengeluarkan hasil yang tinggi iaitu antara 257 - 371 kg/pokok/tahun. Warna ulas adalah merah jambu (2KRP7) dan kuning (3KRP4) serta tidak mempunyai rasa pahit/pedar. Manakala pokok tidak mempunyai duri dan didapati lebih rendah berbanding dengan klon komersial. |
||||
TEKNOLOGI TUNAS DAUN JAMBUL NANAS Penghasilan secara besar-besaran 30 - 40 bahan penanaman baru daripada satu pokok induk, tidak dipengaruhi oleh perubahan iklim kerana kecekapan sistem kebuk propagasi pengairan kendiri (mengurangkan kerugian lepas tuai <4%), 100% tulen kerana 0% variasi somaklonal, tempoh peringkat semaian pendek 3 - 4 bulan, kos pengeluaran rendah (RM0.10 - RM0.30). |
|
||||
|
FORMULASI BAJA OPTIMUM BAGI NANAS MS16 DI TANAH GAMBUT Baja tunggal Urea (46% N), Triple Super Phosphate (46% P2O5) dan Potassium Sulphate (K2SO4 50% K2O) dicampurkan dan dibekalkan sepanjang tempoh vegetatif. Penjimatan kos baja sehingga 20% berbanding dengan pembajaan nanas menggunakan baja sebatian NPK. |
||||
|
|||||
UMPAN PROTEIN BAHARU BAGI KAWALAN LALAT BUAH Berkesan, efektif kos, mudah dihasilkan, mampan, mesra alam dengan jangka hayat simpanan panjang untuk pengawalan lalat buah setanding produk komersial. Jangka hayat formulasi menjangkau lebih 12 bulan selepas penghasilan dari aspek keberkesanan tarikan umpan. Produk ini juga hanya spesifik ke atas lalat buah sahaja dan tidak mengganggu serangga bermanfaat bukan sasaran. |
|
||||
|
TEKNOLOGI PEMPROSESAN MINIMUM BUAH-BUAHAN Tempoh hayat penyimpanan produk pemprosesan minimum buah antara 2 - 3 minggu pada suhu 2 °C. Antara produk Myang berjaya dibangunkan ialah nanas, nangka, durian dan melon. Teknologi sedia untuk dipindahkan secara public good kepada industri. |
||||
TEKNOLOGI SALUTAN BUAH-BUAHAN Memanjangkan jangka hayat penyimpanan mangga, betik, nanas dan pitahaya (4 - 5 minggu) dalam suhu 10 - 13 °C. Melambatkan proses pemasakan, perubahan warna kulit buah, mengurangkan kadar kehilangan berat dan mengawal penyakit serta mencantikkan luaran kulit buah-buahan (segar dan berkilat). |
|||||
|
PAKEJ TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN KRIOGENIK BUAH DURIAN UNTUK EKSPORT Durian Musang King dibekukan dengan pembekuan kriogenik untuk menghasilkan durian sejuk beku dalam bentuk biji bagi keperluan pasaran eksport. Pakej teknologi ini merangkumi rawatan sanitasi yang disyorkan untuk keselamatan makanan dan bebas perosak kuarantin. |
||||
TEKNOLOGI KOMBINASI SUHU RENDAH DAN PEMBUNGKUSAN UNTUK PEMANJANGAN HAYAT SIMPANAN DURIAN SEGAR Penyimpanan durian segar Musang King pada suhu 5 °C dengan pembungkusan plastik polietilena berketumpatan rendah (LDPE) dapat mengekalkan kualiti optimum durian segar sehingga 21 hari. Teknologi sedia untuk dipindahkan secara public good kepada pengeksport buah-buahan. |
Pembungkusan durian segar menggunakan plastik polietelina berketumpatan rendah (LDPE) dengan ketebalan 0.04 mm dan pengekalan kualiti ulas yang baik. |
||||
|
TEKNIK PENYIMPANAN SUHU SUBOPTIMUM UNTUK PEMANJANGAN HAYAT NANGKA SEGAR Teknik aruhan dengan agen pemasakan etilena yang disimpan pada suhu suboptimum serendah 2 °C bagi Nangka J33. Teknik ini membolehkan J33 disimpan selama tiga minggu (insiden reput kurang daripada 10% dan kemanisan buah kekal 22 - 24 %). Teknologi ini sedia untuk dipindahkan secara public good kepada pengeksport nangka. |
||||
TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN KRIOGENIK BUAH NANGKA UNTUK EKSPORT Proses penyejukbekuan kriogenik untuk nangka dalam bentuk sebiji; 4 jam pada suhu -80 °C bagi memastikan suhu teras buah (14.5 kg) mencapai -18 °C. Teknik nyah beku secara perlahan pada suhu 10 °C semalaman (15 jam), membantu mengawal perubahan warna empulur nangka dan mengekalkan ketegaran ulas nangka. Boleh disimpan sehingga enam bulan pada suhu -18 °C. Dengan hayat simpanan yang panjang, nangka boleh dieksport ke pasaran luar negara lebih jauh dengan menggunakan kapal laut. |
|
||||
Proses penyejukbekuan ulas nangka secara kriogenik. |
TEKNIK PENYEJUKBEKUAN ULAS NANGKA UNTUK PASARAN EKSPORT Sesuai untuk penghantaran jarak jauh tanpa menjejaskan kualiti buah selama enam bulan. Tempoh penyimpanan lama membolehkan produk ulas nangka sejuk beku boleh dipasarkan di pasaran yang lebih jauh dan mengurangkan kehilangan lepas tuai serta masalah lambakan industri nangka. |
||||
TEKNOLOGI SALUTAN PERMUKAAN UNTUK EKSPORT NANGKA KE CHINA Prosedur operasi standard dengan rawatan salutan buah untuk mengeksport nangka segar ke China berjaya mengekalkan kualiti J33 yang dianggap premium di China. Kualiti buah nangka masih terpelihara walaupun selepas penghantaran dua minggu ke China. |
Buah disalut EONature |
||||
|
KOMBINASI TEKNIK PRAKONDISI SUHU DAN PEMBUNGKUSAN MAP UNTUK PEMANJANGAN HAYAT SIMPANAN BETIK SEGAR Gabungan prakondisi suhu dan MAP mengekalkan kualiti betik di bawah simpanan pada suhu suboptimum serendah 7 °C tanpa masalah kecederaan sejuk dingin, dengan jangka hayat yang lebih lama (empat minggu) berbanding dengan hanya dua minggu untuk teknik pengendalian konvensional. |
CANOPYTECTURE Sistem struktur penyokong pelbagai guna untuk penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan jenis menjalar atau memanjat. Struktur ini dilengkapi dengan pasu self-watering container (SWC) yang menyimpan dan mengagihkan air dengan tindakan kapilari kepada tanaman, mengurangkan keperluan penyiraman manual dan pembaziran air. |
|
||||
|
CUBE-GROW Kiub pertumbuhan sayur-sayuran yang dilengkapi sumber pencahayaan Light Emitting Diode (LED) dan sistem pengudaraan untuk menghasilkan persekitaran dalaman yang sesuai. Menghasilkan sayuran yang segar, bebas racun, bernutrisi dan selamat dimakan. Sesuai untuk penanaman sayur-sayuran berdaun seperti sawi, bayam, kailan dan juga microgreen. |
||||
EZGROW™ Medium tanaman yang dipadatkan kepada bentuk kiub dengan beberapa saiz yang berfungsi sebagai medium percambahan biji benih dan pembesaran anak benih, tanpa perlu adanya tray dan pasu plastik. Teknologi ini berpotensi untuk menghasilkan anak benih (transplant) yang baik, bermutu dan efisien bagi pengeluaran sayuran, bungaan, herba dan keratan. |
|
||||
|
GREENKIT Mengatasi masalah penyiraman yang perlu dijalankan setiap hari bagi tanaman ulam, herba dan sayur-sayuran. Terdiri daripada takungan plastik yang terbahagi kepada dua ruang yang terpisah, iaitu takungan air (reservoir) di bahagian bawah dan takung penanaman yang mengandungi medium penanaman di bahagian atas. |
||||
HIDROPONIK TEKNIK ALIRAN NIPIS (NUTRIENT FILM TECHNIQUE-NFT) BERTINGKAT Model mini sistem hidroponik menggunakan teknik Aliran Nipis (Nutrient Film Technique-NFT) yang dilengkapi pencahayaan LED untuk penanaman secara indoor. Model ini bersifat mudah alih dan sesuai untuk perkebunan di rumah. |
|
||||
|
BEKAS PENYIRAMAN KENDIRI (SWC) Menyelesaikan masalah pengurusan air dan penggunaan tenaga dalam penanaman secara vertikal dengan menggunakan kaedah self-watering. Boleh diaplikasikan secara versatile; penanaman di ruangan terhad, berupaya menurunkan suhu persekitaran dan sesuai di dalam bangunan tanpa masalah pemasangan dan kotoran. |
||||
KILANG TANAMAN Sistem pengeluaran tanaman intensif dan konsisten dalam struktur tertutup dan terkawal yang mana semua faktor pertumbuhan tanaman seperti cahaya, suhu, karbon dioksida, kelembapan udara, nutrien, air dan aliran udara dikawal serta dipantau. Teknologi ini tidak memerlukan tanah, terhindar daripada ancaman penyakit, persekitaran tanaman yang bersih, penggunaan air dan baja yang cekap, hasilan segar dan bernutrisi, produk yang bersih dan selamat dimakan, 100% bebas racun dan produktiviti berganda 4 - 10 kali. |
|
||||
SOP Pengurusan Faktor Biologi Kilang Tanaman MARDI yang telah dibangunkan
|
PENGURUSAN FAKTOR BIOLOGI KILANG TANAMAN Terdapat beberapa faktor biologi yang melibatkan kontaminasi alga, mikroorganisma dan serangga yang perlu dikawal. SOP dibangunkan untuk pengurusan faktor-faktor biologi ini supaya berada pada aras yang rendah. |
HIBRID BAHARU ORKID ARUNDINA SURIA Dilancarkan pada 2 Disember 2017. Jenis semiminiatur, boleh tumbuh sehingga 60 cm tinggi, tahan panas dan sangat subur. Bunga adalah putih ke merah jambu, bersaiz sederhana, 5 - 6 cm lebar dan 4 - 5 cm panjang. |
|
||||||||
Arundina Mentari |
HIBRID BAHARU ORKID ARUNDINA MENTARI Dilancarkan pada 2 Disember 2017. Tahan kepada cuaca panas, menghasilkan bunga sepanjang tahun dan berwarna ungu gelap. Jangka hayat bunga adalah tiga hari, namun densiti bunga yang banyak pada ranting menampakkan bunga kembang sepanjang masa. |
||||||||
ORKID TRICHOVANDA MARDI Menghasilkan 6 - 8 kuntum bunga yang wangi pada setiap tangkai (kira-kira 30 cm panjang), berbunga lima kali dalam setahun. Saiz purata bunga adalah 6.5 cm secara melintang dan 6 cm secara menegak. Bunga berwarna hijau kekuningan dengan bintik coklat, boleh bertahan selama 33 hari, tahan panas, berbunga apabila tinggi pokok mencapai kira-kira 33 cm dan sesuai digunakan sebagai orkid hiasan pasu. |
|
||||||||
Formulasi multispesies yang telah dikomersialkan |
MULTISPESIES Menghasilkan komuniti tanaman baharu, memulihara kepelbagaian biologi, meningkatkan nilai estetik taman, memudahkan penyelenggaraan tanaman dan melestarikan landskap taman. Teknologi dapat memberi impak naturalistik iaitu komuniti tanaman kelihatan unik dan semula jadi, impak warna-warni, landskap dinamik dan komuniti tanaman bunga bungaan semusim yang lebih lestari untuk jangka masa panjang. Melalui kaedah penanaman secara percampuran, komuniti tanaman hiasan dapat mengeluarkan bunga-bungaan dalam tempoh yang panjang dan kurang penyelenggaraan. |
||||||||
TEKNOLOGI PEMBIAKAN TANAMAN HIASAN PASUAN Tanaman hiasan yang telah disaring oleh MARDI ialah Peperomia puteolata, Schismatoglottis calyptrata, Scindapsus pictus, Piper porphyrophyllu, Ledebouria socialis var pauciflora, Ledebouria petiolata, Peperomia argyrei, Tradescantia sp., Alocasia reginula dan Eugenia sp. |
|
SISTEM AMARAN AWAL SERANGGA PEROSAK BENAH PERANG Sistem amaran awal (EWS) dibangunkan untuk memantau kehadiran benah perang dan mencegah serangan teruk dengan mengambil kira faktor persekitaran seperti suhu, kelembapan relatif dan taburan hujan. Sistem ini meningkatkan kecekapan pengesanan kebarangkalian wabak serangan benah perang pada tanaman padi sebanyak 50%. |
|
||
PERTANIAN TEPAT PADI Pertanian tepat padi menggabungkan teknologi yang canggih dan pengurusan yang cekap untuk mengurangkan penggunaan input seperti benih, baja dan racun perosak dan seterusnya menyumbang kepada penjimatan kos dan mengurangkan kesan buruk kepada alam sekitar. |
|||
SISTEM PENYEJUKAN EVAPORATIF Sistem penyejukan evaporatif dibangunkan sebagai alternatif kepada trak sejuk yang mahal dan trak kanvas yang rendah kualiti, dengan menggunakan prinsip penyejatan air untuk menurunkan suhu dan meningkatkan kelembapan ruang penyimpanan. Sistem ini memerlukan tenaga, kos permulaan dan kos operasi yang lebih rendah, serta mampu mengekalkan kualiti sayuran hingga dua minggu pada suhu 5 °C, mengurangkan kehilangan lepas tuai semasa pengangkutan dan penyimpanan. |
|||
SISTEM PENANAMAN SAYURAN SECARA VERTIKAL MARDI telah membangunkan satu struktur vertikal kompak yang dinamakan sebagai TUBE Plot. Ia bertujuan untuk melaksanakan aktiviti pertanian bandar dengan mengeluarkan hasil yang berganda dan tidak memerlukan tanah yang luas. |
|||
SISTEM FERTIGASI PINTAR BERASASKAN INTERNET BENDA Fertigasi pintar adalah aplikasi berasaskan web yang dibangunkan untuk menguruskan sistem fertigasi dengan lebih berkesan menggunakan teknologi Internet of Things (IoT). Sistem ini memberikan kombinasi air dan nutrien yang tepat terus ke zon akar setiap tanaman mengikut keperluan pertumbuhan pokok. |
|
||
SISTEM PENENTUAN KERATAAN TANAH
Penyediaan dan pengurusan kerataan tanah sawah sebelum menabur benih padi adalah langkah kritikal untuk memastikan pengairan yang baik dan pertumbuhan tanaman yang optimum. Pembangunan sistem penentuan kerataan tanah secara sistematik dapat menyelesaikan masalah ini dan mengurangkan masa penanaman. |
|||
SISTEM PENABURAN BENIH SECARA KADAR BOLEH UBAH |
|||
e-SIAAP - APLIKASI SISTEM AMARAN AWAL SERANGAN PEROSAK BENAH PERANG Benah perang (BPH) adalah serangga perosak utama tanaman padi yang boleh menyebabkan kerugian sehingga 60%, dan aplikasi e-SIAAP dibangunkan untuk memberi maklumat mengenai tahap risiko serangan BPH dalam tujuh hari. Aplikasi ini meningkatkan keberkesanan pengesanan sebanyak 50% dan membantu petani mengambil tindakan pengawalan segera untuk mengelakkan kerugian. |
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGURANGAN KEHILANGAN LEPAS TUAI PADI Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah memberi mandat kepada MARDI untuk menjalankan kajian verifikasi kehilangan lepas tuai padi pada tahun 2015 – 2016 dan mengenal pasti kaedah-kaedah yang boleh mengurangkan kehilangan ini. |
|
|||
SISTEM MEKANISASI LADANG BAGI PENGELUARAN TEMBIKAI Teknologi yang dibangunkan adalah penambahbaikan sistem pengeluaran tembikai secara konvensional sedia ada dengan memberi penekanan kepada penggunaan mekanisasi bagi operasi yang terpilih. |
||||
SISTEM MEKANISASI LADANG PENGELUARAN UBI KELEDEK Hasil daripada penyelidikan yang telah dilaksanakan, MARDI telah membangunkan pakej kejenteraan ladang yang lengkap bagi membantu para petani yang terlibat dalam pengeluaran ubi keledek. |
|
|||
|
||||
|
MESIN KOMPOS |
|||
SISTEM MEKANISASI LADANG BAGI PENGELUARAN TEMBIKAI |
||||
APLIKASI MUDAH ALIH PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENYELARASAN JENTUAI |
SISTEM 4 SEPARA RANTAI UNTUK TRAKTOR Sistem 4 separa rantai untuk traktor digunakan bagi mengurangkan kerosakan kepada lapisan keras tanah sawah padi dengan meningkatkan keluasan kawasan sentuhan dengan tanah dan mengurangkan tekanan kepada tanah. |
|
|||
|
PEMBAJAK ALUR SUBPERMUKAAN (MOLE DRAIN) Pembajak alur subpermukaan merupakan implemen yang dipasang pada traktor dan berfungsi untuk mengeluarkan air bertakung dalam petak sawah. Teknologi dibangunkan bertujuan mengatasi masalah tanah jerlus di sawah. |
|||
IMPLEMEN 3 DALAM 1: MEMBUAT BATAS, MEMBAJA DAN MENGAWAL RUMPAI Implemen pembatas piring 3 dalam 1 telah dibangunkan bagi membantu aktiviti pertanian di ladang. Implemen ini digunakan untuk membuat batas tanaman, membaja dan merumpai secara serentak. |
|
|||
|
GROUSERS RINGAN UNTUK TREK PERTANIAN: PENYELESAIAN BAHARU UNTUK MASALAH TANAH LEMBUT Polyoxymethylene (POM) dipilih sebagai tapak sistem trek berantai kerana ringan, ketegaran tinggi, ketahanan impak, rintangan lelasan, dan kestabilan hidrolisis, dengan kegelinciran bawah 20% dan kejerlusan kurang 30 cm. |
ALAT PEMBENTUK KUIH PENERAM |
|
|||
|
ALAT MINI LEMANG MARDI Alat mini lemang MARDI merupakan alat untuk memasak lemang bagi kegunaan pada peringkat domestik. |
|||
KETUHAR LEMANG Teknologi Ketuhar Lemang dibangunkan untuk memastikan keaslian rasa, kebersihan, kecekapan operasi, dan kos pengeluaran, serta dilengkapi dengan sistem pemanas elektrik atau gas untuk mengawal kualiti dan keseragaman produk berbanding dengan kaedah konvensional. |
|
|||
ALAT PENYAHIDRATAN MADU KELULUT |
MR 219 Diisytiharkan pada tahun 2001. Potensi hasil 10.5 t/ha dengan tempoh matang yang singkat sekitar 111 hari lepas tabur. |
|
MR 220 CL2 Varieti rintang racun rumpai untuk kawalan padi angin. Ia diperkenalkan bersama dengan teknologi stewardship dan disyorkan untuk kawasan sawah bermasalah padi angin melebihi 30% dan penanaman secara berterusan hanya disyorkan selama tiga musim sahaja. |
|
MR 297 Varieti padi MARDI Siraj 297 (MR 297) punyai potensi hasil sekitar 9.52 - 9.28 t/ha). Varieti ini mendapat penerimaan yang baik di kalangan petani di mana keluasan liputan penanaman di semenanjung Malaysia ialah sekitar 50.1% (ML 2021). |
|
KADARIA 1 KADARIA 1 merupakan varieti padi hibrid pertama Malaysia. Varieti ini adalah disyorkan di kawasan sederhana subur. Potensi hasil varieti ini boleh mencapai antara 9.7 – 12 t/ha di kawasan subur dan 6.0 – 7.3 di kawasan sederhana subur serta rintang kepada penyakit karah daun dan karah tangkai. Setakat ini tiada syarikat benih yang berminat untuk mengkomersialkan varieti KADARIA 1 disebabkan oleh kekurangan kemahiran teknikal. |
|
MR 315 Varieti padi MR 315 adalah rintang dan mempunyai purata hasil bersih sekitar 8.3 t/ha. |
|
MARDI SEMPADAN 303 Diisytiharkan pada tahun 2018. Potensi hasil 8.5 – 10.0 t/ha. Varieti yang rintang kepada penyakit karah daun, sederhana rintang kepada karah tangkai dan perosak benah perang. Varieti ini kurang dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan boleh disyorkan penanamannya di kawasan sawah kurang subur. |
|
MARDI SEBERNAS 307 Varieti ini diperkenalkan pada tahun 2018. Varieti ini mempunyai potensi hasil 10.1 t/ha. Varieti yang sederhana rintang kepada penyakit karah tangkai dan perosak benah perang. |
MASRIA Masria diisytiharkan pada 1972 adalah varieti pulut tempatan yang pertama dihasilkan dan ditanam oleh pesawah di kebanyakan jelapang namun hanya dengan skala kecil untuk kegunaan sendiri. Varieti ini mempunyai potensi hasil sekitar 3.0 – 4.4 t/ha dan tempoh matang sekitar 123 – 126 hari. |
|
PULUT MALAYSIA 1 Pulut Malaysia 1 diisytiharkan pada tahun 1974 mempunyai potensi hasil sekitar 3.9 – 5.0 t/ha dan tempoh matang sekitar 135 – 145 hari. Varieti ini mendapat liputan 0.1% di kawasan utara semenanjung dari tahun 1979 hingga 1981 yang kebanyakannya ditanam untuk kegunaan sendiri dan kecil-kecilan sahaja. |
|
PULUT SIDING Pulut Siding diisytiharkan pada tahun 1981 mempunyai potensi hasil sekitar 2.7 – 4.7 t/ha dan tempoh matang sekitar 135 – 143 hari. Liputan varieti ini adalah terhad dan kebanyakan petani menanam dalam plot sawah kecil untuk kegunaan sendiri sahaja. |
|
PULUT HITAM 9 Pulut Hitam 9 (PH 9) diisytiharkan pada tahun 1990 merupakan varieti pulut hitam pertama yang sesuai ditanam pada Musim Utama dan Musim Luar. Potensi hasil PH 9 adalah sekitar 3.8 – 4.7 t/ha dan tempoh matang pula sekitar 132 – 136 hari. Penanaman baka ini adalah secara kecil-kecilan setiap musim untuk kegunaan sendiri petani. |
MRQ 50 Varieti padi wangi MRQ 50 yang diisytiharkan pada tahun 1999 dihasilkan daripada kacukan antara Q34 dan Khaw Dawk Mali (KDML). KDML adalah varieti wangi popular dari Thailand, manakala Q34 adalah baka tempatan yang berasal dari induk Mahsuri. Ia mempunyai ciri-ciri pemanjangan nasi sama dengan beras basmati. |
|
MRQ 74 Baka ini telah diisytiharkan untuk kegunaan umum pada tahun 2005. Varieti ini ditanam dalam MADA, Kerian dan KADA dalam plot yang kecil dengan pakej khas. Padi ini dituai asing dari padi lain dan diproses berasingan untuk dijadikan sebagai padi wangi tempatan. Nasinya beraroma dan seroi, manakala tempoh matangnya adalah sekitar 125 hari. |
|
MRQ 76 MRQ 76 terhasil dari kacukan di antara Q 72 dan Cuicak Wangi yang merupakan varieti dari Taiwan. Varieti ini telah dipilih sebagai varieti padi wangi baru dengan kualiti nasi yang wangi, lembut dan sedikit melekit. Ia diisytiharkan pada tahun 2012 dan sehingga kini ia telah berjaya dikeluarkan secara komersial menerusi beberapa projek yang melibatkan syarikat seperti FGV Bhd. Sri Merbok Sdn. Bhd. dan Koperasi Permatang Nibong. |
|
MRQ 88 Varieti padi wangi MRQ 88 telah diperkenalkan oleh MARDI pada 2016 untuk memberi kepelbagaian kepada beras spesialti tempatan. MARDI Wangi 88 boleh dipromosikan sebagai beras wangi cita rasa Malaysia terutama dalam kalangan pengguna yang lebih menggemari beras sederhana lembut. Promosi varieti ini juga boleh disasarkan kepada bukan penggemar beras wangi kerana ciri nasi varieti ini yang sama seperti beras biasa. |
|
MRQ 104 MRQ 104 merupakan varieti padi wangi yang diperkenalkan pada tahun 2021. Ia mempunyai cita rasa nasi yang setara dengan beras wangi import seperti beraroma, tekstur nasi sederhana lembut dan tidak melekit. Potensi hasil varieti ini adalah sekitar 3.0 – 5.4 t/ha dan tempoh matangnya adalah sekitar 115 – 122 hari. |
|
MRQ 103 MRQ 103 merupakan varieti padi wangi yang diperkenalkan pada tahun 2022. Selain mempunyai cita rasa nasi yang setara dengan beras wangi import, ia mempunyai nilai tambah dari aspek nilai pemakanan iaitu indeks glisemik (GI) yang rendah. Maka beras MRQ 103 berpotensi untuk dijadikan produk premium yang mempunyai harga pasaran yang lebih tinggi berbanding dengan beras putih biasa. |
|
MRQ 107 MRQ 107 merupakan varieti padi wangi MARDI yang diperkenalkan pada 2024 dihasilkan melalui kaedah kacuk ulang antara varieti MRQ 74 dan varieti ulangan (recurrent parent) MRQ 76. Varieti ini mempunyai tempoh matang yang sederhana iaitu 112-115 hari lepas tabur, rintang terhadap penyakit karah daun dan karah tangkai dan julat hasil antara 3.0-6.6 t/ha di peringkat penilaian penentusahan setempat (LVT). Keunikan MRQ 107 terletak pada tekstur nasi yang lembut dan beraroma serta sesuai dijadikan beras rebus sebagai produk komersial. |
|
MRQ 111 Varieti MRQ 111 diperkenalkan pada 2024 dihasilkan melalui kaedah kacuk ulang antara varieti padi wangi popular MRQ 76 dan MRQ 85 dan varieti ulangan (recurrent parent) MRQ 76. MRQ 111 matang sekitar 116 - 118 hari dan menunjukkan kerintangan yang baik terhadap penyakit karah daun dan karah tangkai. Potensi hasil antara 2.6 - 5.8 t/ha di peringkat penilaian penentusahan setempat (LVT). Keunikan MRQ 111 terletak pada tekstur nasinya yang lembut dan sedikit melekit, ciri aroma yang sederhana serta sesuai untuk penghasilan beras rebus. |
MRM 16 MRM 16 diisytiharkan pada tahun 2010. Varieti padi merah ini ditanam dua kali setahun dengan potensi hasil sekitar 4.5 t/ha dan mempunyai kandungan antosianin yang tinggi. |
|
MRQ 98 MRQ 98 diisytiharkan pada tahun 2018. Varieti padi merah ini ditanam dua kali setahun dan mempunyai potensI hasil yang tinggi sekitar 5.7 t/ha. |
Teknologi Kawalan Padi Angin Untuk Amalan Sistem Tabur Terus Basah, WRFree© merupakan kaedah baru yang dibangunkan oleh MARDI pada tahun 2020 untuk mengawal padi angin dalam amalan sistem tabur terus basah dengan lebih berkesan. WRFree© merujuk kepada Standard Operating Procedure (SOP) pengurusan padi angin melalui teknik penggunaan racun rumpai pracambah diubah suai agar populasi biji benih padi angin dalam tanah dapat dikurangkan. Penggunaan SOP WRFree© yang tepat membantu mengurangkan populasi padi angin 30 – 45% pada musim pertama dan amalan SOP ini pada musim kedua mampu mengurangkan populasi padi angin sebanyak 70 – 85%.
|
Pakej pengurusan penyakit hawar bulir bakteria (BPB) dibangunkan sebagai pengesyoran untuk kawalan dan pencegahan penyakit BPB dalam penanaman padi menerusi integrasi kaedah rawatan benih dan semburan secara foliar pada peringkat pokok matang. Pakej ini membantu merencat pertumbuhan B. glumae pada permukaan benih secara langsung mengurangkan sumber inokulum pada permukaan benih, berupaya mengurangkan kadar insiden penyakit BPB di lapangan sehingga 50% tanpa penjejasan kadar germinasi benih padi yang ketara, pengendalian yang mudah diikuti oleh petani yang mana penyemaian terus dapat dilakukan selepas rawatan benih, tiada kesan fitotoksik yang ketara pada pokok padi dan kos rawatan yang berpatutan. |
PEMBANGUNAN PAKEJ BAJA NPK SPESIFIK DI YAN, MADA Pakej ini merupakan teknologi yang boleh dimanfaatkan oleh kira-kira 1,000 petani di Yan MADA dengan pengesyoran nisbah kadar pembajaan NPK 91.7:50.3:81.5 kg/ha. Pelaksanaan pakej ini secara skala besar oleh petani di Yan MADA menunjukkan kepada pertambahan pendapatan sebanyak RM362.47/ha berbanding dengan pakej subsidi semasa berdasarkan penjimatan penggunaan input baja dan peningkatan hasil. |
|
PEMBANGUNAN PAKEJ BAJA NPK SPESIFIK WILAYAH KADA Pakej baja NPK spesifik wilayah KADA adalah pakej teknologi berasaskan Site Specific Nutrient Management (SSNM) yang mana penggunaan baja dikhususkan kepada Wilayah KADA. Kajian di sembilan lokasi di KADA menunjukkan bahawa penggunaan 105 kg N/ha, 44 kg P2O5/ha dan 78 kg K2O/ha dapat meningkatkan hasil padi di KADA. Pakej ini dapat meningkatkan hasil padi dari 6 t/ha kepada 7 t/ha. |
|
PEMBANGUNAN PAKEJ BAJA NPK SPESIFIK IADA BARAT LAUT SELANGOR Pakej ini merupakan teknologi SSNM yang spesifik di IADA dan dimanfaatkan oleh petani di kawasan setempat seluas 130 ha. Teknologi yang memfokuskan kepada tanah jenis Organic Clay Muck (OCM) dengan kadar pengesyoran pembajaan 75.0:27.5:50.4 NPK kg/ha di kawasan ini. Aplikasi baja spesifik ini dianggarkan dapat menghasilkan faedah tambahan sebanyak RM1,570.23/ha berbanding dengan hanya menggunakan pakej baja subsidi sedia ada. |
PADI MANDUL JANTAN SITOPLASMA CMS 0025A/B Titisan padi 0025A merupakan induk padi CMS MARDI yang dibangunkan pada tahun 2012. Ia digunakan sebagai induk kacukan dalam pembaikbakaan padi hibrid. Ciri induk ini mempunyai ciri kemandulan debunga melebihi 99%, kadar juluran stigma sebanyak 21.3%, tempoh matang 105 hari, ketinggian pokok yang rendah, serta sederhana rintang terhadap penyakit karah dan benah perang. CMS 0025A bersama dengan induk lain 0025B dan 004R merupakan induk padi yang digunakan didalam pembangunan padi hibrid pertama MARDI iaitu Kadaria 1 (MR 12H.) |
|
PADI MANDUL JANTAN SITOPLASMA CMS 0053A/B 0053A merupakan induk padi CMS yang dibangunkan oleh MARDI pada tahun 2018. Induk ini mempunyai ciri kemandulan sekitar 98%, kadar juluran stigma sebanyak 48.0%, tempoh matang 99 hari, ketinggian pokok yang rendah, serta rintang terhadap penyakit karah daun dan sederhana rintang terhadap penyakit karah tangkai. Inovasi ini berpotesi untuk digunakan dalam pembangunan varieti padi hibrid baharu dan penghasilan benih padi hibrid. |
JUST GREAT Merupakan minuman berfungsi yang dihasilkan daripada campuran buah-buahan tropika dan madu berkualiti tinggi. Penghasilan produk ini menggunakan teknologi enzim untuk memastikan kandungan asid fenolik bebas yang tinggi. |
|
CELLCODE Produk Cellcode diformulasi berasaskan limau kasturi yang kaya dengan phloretin-G, vitexin rhamnoside dan asid ferulik iaitu sebatian antioksida yang meningkatkan tahap kesihatan bercirikan antihipertensi, antiiskemia dan kardiotonik. |
|
COCOS EMULSION Cocos emulsion adalah produk minuman minyak kelapa dara (VCO) dalam bentuk emulsi. Ia kaya dengan VCO yang mengandungi Medium-chain Fatty Acids (MCFAs) yang tinggi dan sesuai dijadikan produk suplemen untuk menguatkan imun badan. |
|
MINUMAN PEGAGA Minuman pegaga merupakan produk sedia diminum yang mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Minuman ini dibangunkan dalam empat jenis produk iaitu minuman pegaga, minuman pegaga halia, minuman pegaga madu dan minuman pegaga madu halia. |
|
ROTI KOMPOSIT KONVENIEN BERNUTRISI ANTOSIANIN DARIPADA UBI KELEDEK ANGGUN Mengandungi nutrisi antosianin dengan menggunakan ubi keledek tempatan. |
BROM UP Brom Up adalah produk yang dibangunkan berasaskan buah nanas MD2. Produk ini mampu menurunkan kadar pembengkakan kaki ke aras normal seperti dadah komersial. |
|
BAR ENDURAN Bar Enduran adalah produk yang diformulasi daripada gabungan madu, ubi keledek dan buah fig. Keistimewaan bar ini berbanding dengan produk gel tenaga adalah kemampuannya untuk membekalkan tenaga secara berterusan tanpa lonjakan gula. |
|
KANDI BERTENAGA TINGGI Kandi Bertenaga Tinggi dihasilkan melalui gabungan madu, ubi keledek, dan roselle. Kandi ini mampu memberikan lonjakan tenaga segera iaitu seawal 30 minit selepas makan. |
BIJIRIN PADAT NUTRISI Teknologi bijirin padat nutrisi daripada buah-buahan tempatan (pisang, betik dan nanas) dan beras perang dibangunkan untuk memenuhi keperluan pemakanan golongan warga tua. |
|
KOPI PEGAGA Kopi pegaga pula merupakan salah satu minuman sihat alternatif untuk penjagaan kesihatan warga tua. |
|
SERBUK PRACAMPURAN PUDING JELI Sup campuran sedia dimakan untuk kesihatan warga tua dihasilkan daripada keledek oren, cendawan tiram kelabu, bayam dan diperkaya dengan ekstrak pegaga. |
|
PRO BAR: BAR NUTRISI Snek sihat dengan tekstur sesuai untuk warga emas. Kaya dengan kalsium, magnesium, protein dan creatine untuk tulang kuat, otot sihat, dan pencernaan lancar. |
|
SUP CAMPURAN UBIAN, SAYURAN DAN SERBUK EKSTRAK PEGAGA (NUTRISOUP) Produk ini unik kerana dihasilkan daripada sumber ubian dan sayuran iaitu keledek oren, cendawan, bayam dan ekstrak pegaga. Ianya sesuai untuk warga emas kerana mengandungi triterpenoids untuk meningkatkan fungsi kognitif dan ketenangan minda. |
SOFT CANDY BUAH-BUAHAN Soft candy buah-buahan yang dibangunkan berasaskan buah nanas dan limau kasturi ini mengandungi vitamin C (202.35 mg/100 g) dan antioksida yang tinggi. |
|
BIJIRIN BUAH-BUAHAN Merupakan produk pracampuran makanan komposit untuk bayi (>9 bulan) yang berasaskan buah-buahan iaitu pisang, mangga, jambu batu merah jambu, susu tepung, vitamin dan mineral. |
MINIMAN KUINI DAN CERI TERENGGANU DIFERMENTASI Produk minuman berasaskan kuini dan ceri Terengganu dihasilkan melalui proses fermentasi menggunakan konsortium strain kombucha. |
|
||
LYCO-D: MINUMAN KAYA LIKOPEN Minuman kaya likopen diformulasi daripada buah tembikai. Minuman ini mampu meningkatkan fungsi ginjal yang mana kandungan urea dalam darah adalah rendah. |
|||
SERBUK PRACAMPURAN SMOOTHIES BOTANI Serbuk pracampuran smoothies botani merupakan inovasi produk pracampuran yang dibangunkan daripada sumber ubian dan sayuran tempatan serta mengandungi antosianin dan fitosterol. |
GLOW D Glow D merupakan nektar yang kaya dengan antioksida melalui gabungan roselle dan buah pitaya yang kaya dengan antosianin dan betasianin. |
|
MYCOSKIN Produk Mycoskin yang mengandungi ekstrak Schizophyllum commune (cendawan kukur) mempunyai ciri antioksida, antipenuaan dan antipigmentasi. |
KEROPOK LEKOR LEMBUT Berbeza dengan keropok lekor tradisional, keropok lekor yang dihasilkan oleh MARDI mempunyai tekstur yang lebih lembut dan banyak rasa ikan. |
|||
KEROPOK IKAN EMPAT SEGI Teknologi yang boleh memaksimumkan ruang pembungkusan keropok ikan. Formulasi dan bentuk dapat mengurangkan peratusan kepingan yang pecah. |
|||
TAUHU IKAN PATIN Teknologi tauhu ikan patin telah berjaya diformulasikan dengan gabungan isi ikan patin, kanji terubah suai dan campuran hasilan kacang soya yang memberikan tekstur yang lembut dan kenyal. |
|||
|
KIUB ASAM PEDAS Kiub asam pedas adalah kiub konvenien yang memudahkan penyediaan kuah asam pedas. Kuah asam pedas air dapat disediakan dalam masa 10 – 15 minit sahaja selepas protein dimasukkan ke dalam air yang mendidih. |
||
MINUMAN AIR KELAPA TUA DIFERMANTASI Produk yang dihasilkan ini sesuai untuk kesihatan umum di pelbagai peringkat umur termasuk atlet atau ahli sukan kerana berciri minuman isotonik. |
|||
DAGING SALAI TEKNOLOGI HPP Selamat dimakan tanpa dimasak. Jangka hayat sehingga enam minggu pada sejuk dingin. |
|
RICEFERT-OC RiceFert adalah teknologi pembajaan lokasi spesifik untuk tanaman padi. Versi terbaharu, RiceFert-OC, telah dinaik taraf menggunakan JavaScript untuk akses dalam talian. Sehingga 2022, teknologi ini diterima di seluruh jelapang padi utama di semenanjung Malaysia dan kawasan luar jelapang. Kini, Jawatankuasa Maklumat Geospatial Padi Kebangsaan menggunakan sistem RiceFert untuk pemetaan dan pengesyoran pembajaan secara digital melalui laman web https://makgeopadi.mysa.gov.my. |
|||
PESTISORB Teknologi Pestisorb terdiri dari gabungan bahan buangan pertanian tempatan yang telah dikenal pasti berkesan dalam mengurangkan residu pestisid di dalam persekitaran. Bahan yang telah dikenal pasti adalah tempurung kelapa dan sekam padi. Bagi meningkatkan keberkesanan Pestisorb, bahan-bahan ini telah dibakar menjadi biochar melalui teknik pembakaran terkawal. Kesemua biochar ini kemudiannya telah dicirikan melalui analisis CHN-elemental, kandungan abu, pH penjerap dalam pengukuran larutan, luas permukaan (BET) dan pengimbasan mikroskop elektron (SEM). |
|
TEKNOLOGI PENGELUARAN KUBIS TANAH RENDAH SECARA ORGANIK Teknologi pengeluaran kubis secara organik di tanah rendah dijana bagi memastikan bekalan kubis organik di tanah rendah berterusan dan dapat diusahakan dengan lebih efisien. Pakej pengeluaran ini meliputi pelbagai aspek seperti pengurusan anak benih, penyediaan tapak, penanaman di ladang, pembajaan dan pengairan serta penuaian dan pengendalian lepas tuai telah berjaya dihasilkan. Analisis ekonomi juga menunjukkan bahawa penanaman kubis organik di tanah rendah adalah berdaya maju dan mampu memberikan pulangan yang baik. |
|
PAKEJ TEKNOLOGI PENGELUARAN CILI ORGANIK DAN INTENSIF Pakej teknologi pengeluaran cili organik ini melibatkan penggunaan teknologi MARDI seperti baja BioRichar sebagai baja organik dan TrichoMAR sebagai biopestisid untuk mengawal penyakit antraknos cili. Pakej teknologi ini juga mencadangkan salad sebagai tanaman regu kepada cili, manakala bunga Turnera subulata bertindak sebagai tanaman sempadan yang menjadi perumah kepada musuh semula jadi (kumbang kura) untuk afid. Pakej teknologi pengeluaran cili organik dan intensif ini dapat membantu meningkatkan pengeluaran cili organik tempatan dari ladang myOrganic dalam negara. |
|
TEKNOLOGI PENGELUARAN INTENSIF SAYURAN BERBUAH SECARA ORGANIK – CILI DAN TOMATO (TANAMAN REGU) Teknologi pengeluaran intensif sayuran buah secara organik (cili dan tomato) ini menggunakan kaedah penanaman secara beregu dengan sayuran berdaun. Hasil kajian mendapati cili sesuai ditanam bersama salad yang bertindak sebagai tanaman penghalau, manakala tomato sesuai ditanam bersama kailan dan sawi yang berfungsi sebagai tanaman penarik. |
|
PAKEJ TEKNOLOGI PENGURUSAN PEROSAK SAYURAN SECARA ORGANIK Pakej teknologi bagi pengurusan perosak dan penyakit ini menggunakan biopestisid terpilih bagi tanaman cili serta kesan strip bunga (tunera) dan serai makan pada tanaman okra. Bagi penyakit dan perosak utama cili didapati biofungisida berasaskan Trichoderma dapat mengurangkan insiden dan keterukan penyakit antraknos pada cili, manakala penggunaan minyak bawang putih, neem dan Bioguard dapat mengurangkan populasi serangan perosak afid dan lalat putih. Penanaman okra bersama tunera dan serai makan menggunakan kaedah kejuruteraan ekologi menunjukkan penurunan pada bilangan serangga perosak berbanding dengan kawalan. Kumpulan tunera mempunyai bilangan serangga bermanfaat yang lebih tinggi berbanding dengan serai makan dan kawalan. Hasil jualan okra adalah lebih tinggi pada kumpulan tunera. |
|
BIOPESTISID TRICHOMAR BAGI KAWALAN PENYAKIT ANTRAKNOS PADA CILI Teknologi TrichoMAR mengandungi sekurang-kurangnya purata colony forming unit (CFU) pada 1.0 x 107. Aplikasi di lapangan turut mendapati TrichoMAR mampu mengurangkan jangkitan penyakit antraknos sehingga 88%. Aplikasi TrichoMAR di ladang adalah secara semburan bagi tempoh selang masa antara 7 - 10 hari bermula pada peringkat awal pengeluaran buah dan boleh juga diaplikasikan dalam penyediaan tanah dan medium tanaman. |
|
BAJA BIO-ORGANIK (BIORICHAR) Formulasi baja Bio-Organik berasaskan biochar dan sisa biomas pertanian yang diperkaya dengan makro dan mikronutrien, serta mikrob bermanfaat yang penting untuk pengeluaran tanaman organik yang lebih tinggi dan mampan. Teknologi mesra alam dan menjimatkan kos ini bertujuan untuk memberikan hasil pengeluaran organik yang lebih mampan dan optimum. Formulasi baja ini mematuhi garis panduan myOrganik untuk ladang yang mendapat pensijilan organik dan individu yang berminat dalam pertanian mesra alam. |
|
PENGOMPOSAN PANTAS YANG BERPUTAR UNTUK SISA SAYUR Sistem pengomposan pantas yang berputar menggunakan tenaga elektrik untuk memutar tong yang mengandungi campuran sisa menggunakan nisbah C/N yang betul dan menggunakan konsep degradasi aerobik untuk menghasilkan kompos. Sistem ini adalah mudah alih dan boleh digunakan oleh pengusaha ladang berskala kecil serta boleh dimiliki dengan kos yang rendah. Sistem ini dipercayai dapat menyelesaikan kesan pencemaran alam sekitar akibat sisa pertanian dan meningkatkan pendapatan petani melalui pengeluaran kompos yang berkualiti tinggi. |
KULTUR CENDAWAN TIRAM KELABU, ISOLAT MP 9 DAN MP 28 Teknologi pengeluaran tiram kelabu isolat MP 9 dan MP 28 didapati memberikan kualiti yang lebih baik berbanding dengan cendawan tiram yang terdapat di pasaran. Kelebihan dari segi kualiti dan saiz yang lebih besar serta ketebalan cendawan isolat berbanding dengan yang sedia ada di pasaran. Cendawan isolat berupaya mengeluarkan hasil lebih cepat, hasil tahan lebih lama dan isolat yang lebih rintang terhadap pencemaran berbanding dengan isolat cendawan di pasaran. |
|
||
BENIH CECAIR TIRAM KELABU DAN KUKUR Teknologi penghasilan benih cecair untuk cendawan tiram kelabu (MP 9 dan MP 28) serta cendawan kukur dihasilkan menggunakan bioreaktor. Benih cecair bagi kedua-dua jenis cendawan ini menunjukkan pertumbuhan miselium dan penghasilan cendawan yang lebih cepat dari benih pepejal. Dari segi pengeluaran hasil, benih cecair adalah setara dengan benih pepejal. Penggunaan benih cecair merekodkan kadar pencemaran yang lebih rendah dari benih pepejal, sekitar 3%. Benih cecair turut digunakan sebagai inokulum pemula untuk penghasilan benih pepejal. Kelebihan dapat mengurangkan tempoh waktu penghasilan serta mengurangkan kadar pencemaran benih cendawan pepejal (substrat biji gandum). |
|||
BENIH PEPEJAL CENDAWAN TIRAM KELABU DAN KUKUR Teknologi pengeluaran benih pepejal cendawan tiram kelabu (MP 9 dan MP 28) dan cendawan kukur telah dihasilkan dengan menggunakan biji gandum sebagai substrat. Benih yang dihasilkan dapat meningkatkan hasil (pengeluaran hasil yang cepat dan 39 hari tempoh pemeraman) serta mengurangkan peratusan pencemaran. |
|||
ALAT SUNTIKAN BENIH CENDAWAN CECAIR BOLEH LARAS (ADJUSTABLE VOLUME LIQUID SPAWN INJECTOR, AVLI) ALVI merupakan alat khusus untuk penyuntikan benih cecair pada beg substrat habuk kayu (medium penanaman cendawan). Penggunaan alat ini dapat meningkatkan produktiviti dengan pengurangan bilangan pekerja yang diperlukan untuk proses suntikan benih. Penjimatan tenaga kerja (masa) sehingga 60% dicapai bagi suntikan benih dengan menggunakan peralatan ini. Penggunaan alat ini juga dapat mengurangkan pencemaran pada bongkah habuk kayu jika dibandingkan dengan suntikan secara konvensional. Peralatan ini bersifat mudah alih yang boleh digunakan di mana sahaja jika diperlukan. |
|||
AMALAN LEPAS TUAI CENDAWAN KUKUR Amalan lepas tuai untuk cendawan tiram kelabu MP 9, MP 28 dan kukur telah dibangunkan. Bagi isolat MP 28 dan cendawan kukur, kesegarannya terpelihara sehingga dua minggu jika disimpan pada suhu 20 °C. Sebaliknya, tiram kelabu MP 9 bertahan lebih lama, iaitu selama tiga minggu pada suhu yang sama. |
|||
TEKNOLOGI PENGHASILAN CENDAWAN KUKUR KERING Teknologi penghasilan cendawan kering kukur dihasilkan melalui penggunaan rumah solar. Rumah solar merupakan struktur bangunan yang diliputi plastik cerah secara keseluruhannya.. Sistem pengeringan ini membolehkan cendawan kukur kering yang bertahan sehingga enam bulan. Cendawan kering ini perlu direndam dalam air sebelum dimasak. |
REALSTRONG N BIO-BOOSTER Baja bio RealStrong N Bio-Booster telah dibangunkan menggunakan strain Bacillus subtillis (NCF4) yang diasingkan daripada kompos dan dihasilkan menggunakan medium kos efektif, MARDI Growth Medium (MGM). Hasil daripada kajian peningkatan baja bio RealStrong N Bio-Booster telah menunjukkan kesan positif ke atas sifat kimia tanah (pH, jumlah N dan jumlah karbon) dan populasi mikroorganisma berfaedah dalam tanah. |
|||||
|
GREENCOAT FERTILISER FOR MANGO AND PAPAYA Teknologi GreenCoat Smart Fertilizer untuk tanaman mangga dan betik hasil penyelidikan MARDI dapat membantu pengusaha dan pengeluar buah-buahan meningkatkan hasil dan kualiti buah-buahan sekaligus mengurangkan kos pengeluaran dan secara tidak langsung dijangka dapat mengurangkan harga jualan mangga dan betik. Selain itu, baja ini juga mesra alam kerana ia adalah baja pelepasan perlahan dan terkawal masa yang boleh mengurangkan kadar larut lesap nutrien, mengurangkan kadar penggunaan baja dan meningkatkan kecekapan pengambilan nutrien. |
||||
GLADIATOR 1.0 GLADIATOR1.0 ialah inokulan bakteria berfaedah yang mendorong rintangan sistemik dalam tumbuhan pisang terhadap penyakit darah. Produk ini dibangunkan menggunakan bakteria berfaedah tempatan Baccilus sp. bakteria yang diformulasikan dalam bentuk cecair dan diaplikasi dengan menyiram pada akar pokok pisang. Selain sebagai produk mesra alam, Gladiator 1.0 juga berkesan dalam mengawal penyakit sehingga 92% dan dianggap sebagai teknologi hijau serta sesuai untuk pengeluaran pisang konvensional dan organik. Ia juga menggalakkan pertumbuhan vegetatif, mempercepatkan pengeluaran tandan bunga dan pisang serta boleh memberikan hasil yang lebih tinggi. |
|||||
DIEBACK BUSTER Dieback Buster ialah bio-inoculant yang boleh melindungi betik daripada penyakit dieback yang disebabkan oleh Erwinia mallotivora (ER), sebelum ini dikenali sebagai Erwinia papayae. Dengan mekanisme rintangan sistemik, Dieback Buster akan bertindak sebagai inokulan mikrob untuk mencetuskan sistem imun tumbuhan untuk mencegah jangkitan daripada bakteria Erwinia mallotivora. |
|||||
CAMOB FOLIAR FERTILIZER Teknologi kelat nutrien kalsium atau baja foliar CAMOB dibangunkan untuk memastikan kalsium dapat digerakkan dengan berkesan dan cekap dalam tisu tumbuhan. Baja ini larut dalam air dan mudah diaplikasi pada daun serta memudahkan kecekapan penyerapan oleh tanaman. Produk CAMOB juga stabil di bawah simpanan biasa dan tidak toksik. |
|||||
NITRO-HUMIC ACID (NHA) Asid nitro-humic (NHA) ialah bahan makromolekul dengan ciri biokimia aktif. Ia terkenal dengan fungsinya dalam meningkatkan kesuburan tanah, menggalakkan penyerapan nutrien oleh tumbuhan, meningkatkan aktiviti biologi tanah dan meningkatkan aktiviti enzim untuk meningkatkan keberkesanan fotosintesis daun. Ia juga mempunyai pelbagai aplikasi tetapi biasanya digunakan dalam pengeluaran produk baja. |
|||||
TEKNIK PEMBAJAAN SAYUR-SAYURAN DENGAN SELENIUM Teknik pembajaan sayur-sayuran dengan selenium (Se) dibangunkan untuk menghasilkan tumbuhan yang diperkayakan Se. Peningkatan yang ketara dalam kandungan Se telah diperhatikan apabila Se dimasukkan ke dalam program pembajaan berbanding sayur-sayuran yang ditanam secara konvensional. Produk sayur-sayuran diperkaya Se ini dilihat mampu mempelbagaikan lagi sumber makanan diperkaya Se dan mengurangkan insiden kekurangan Se di kalangan rakyat Malaysia. |
|||||
|
KAPSUL INOKULAN TANAH BERMANFAAT (BIOPLUS)
|
BAKA LEMBU KEDAH-KELANTAN (KK) ELIT Lembu KK Elit ialah baka tempatan yang sesuai untuk penternakan, dengan pejantan matang 430 - 460 kg dan induk betina 220 - 250 kg pada usia 3 - 4 tahun. Ia tahan terhadap parasit, beradaptasi dengan iklim Malaysia, dan memiliki prestasi pembiakan yang baik (kadar kebuntingan 80 - 90%). Lembu ini dapat menghasilkan karkas 56% dengan nisbah daging ke tulang 4.9:1, serta boleh makan semua jenis rumput yang sesuai, menjadikannya pilihan ideal untuk penternak. |
|
||
KAMBING KATJANG X BOER (BK) Kambing BK ialah baka tempatan yang sesuai untuk penternakan, dengan berat matang 48 - 50 kg pada umur dua tahun dan daya tahan tinggi terhadap cacing. Ia mempunyai prestasi pembiakan yang baik (kadar kebuntingan 88.7%, kelahiran 121.4%, dan 42% anak kembar) serta boleh dibiakkan seawal usia 10 bulan. Kambing ini menghasilkan karkas berkualiti tinggi (49 - 51%) dengan nisbah daging ke tulang 3.65:1 dan kurang berbau hamis, menjadikannya pilihan ideal untuk penternak. |
|||
AYAM KAMPUNG MARDI/AYAM SAGA Ayam Saga merupakan baka ayam kampung asli tempatan yang bersifat dwifungsi bagi pengeluaran daging dan telur dan sesuai diternak di dalam semua jenis sistem pengeluaran. |
|
PAKEJ FORMULASI PEMAKANAN TEPAT (PRECISION FEEDING) KATJANG-BOER Teknologi ini dapat membantu penternak mencapai berat optimum ternakan dengan formulasi mengikut peringkat produksi. Teknologi ini berupaya membantu meningkatkan berat badan ternakan sehingga ke 35 – 40%. |
|||
FORMULASI MAKANAN AYAM BERASASKAN SUMBER TEMPATAN MARDI juga berjaya menghasilkan dua jenis formulasi makanan ayam kampung iaitu berasaskan hampas isirung sawit dikenali sebagai PKfeed dan berasaskan temukut. Penggunaan bahan tempatan ini mampu menggantikan lebih 40% jagung import dan mil kacang soya. |
|||
PEMAKANAN TEPAT (KAMBING BK, LEMBU BRAKMAS DAN LEMBU KK ELIT) Konsep pemakanan tepat adalah pemberian makanan ternakan mengikut keperluan nutrisi bagi meningkatkan tahap produksi dan kualiti baka yang dihasilkan. |
|
MESIN PEMBUATAN SILAJ OTOSIL Mesin Otosil® berfungsi untuk menghasilkan silaj iaitu sejenis makanan ternakan ruminan yang mengalami proses pemeraman dan dihasilkan dalam bekas kedap udara yang dibuat sama ada plastik atau tong drum. |
PENANDA MOLEKUL SNP BAGI KATJANG TULEN Teknologi ini menyediakan satu platform yang lebih tepat melalui aplikasi teknologi DNA bagi pengenalpastian komposisi baka kambing tulen. Oleh yang demikian, pembangunan baka baharu akan lebih tepat dan berkesan, secara langsung dan mengurangkan kos yang terlibat. |
|||
|
PENANDA MOLEKUL KAMBING KACUKAN KATJANG-BOER Penanda genetik membantu dalam pemilihan kambing kacukan Katjang-Boer yang mempunyai prestasi pertumbuhan baik di peringkat awal iaitu seawal umur enam bulan dengan lebih tepat. |
||
PENANDA MOLEKUL UNTUK BAKA TERPILIH BRAKMAS DAN KEDAH-KELANTAN Panel penanda SNP boleh digunakan oleh pembaik baka lembu dalam pengenalpastian/pengesahan tahap ketulenan baka atau komposisi darah baka tersebut sebelum memulakan sebarang program pembaikbakaan. |
VITATO
|
VARIETI UBI KELEDEK BERNUTRISI TINGGI Pembangunan ubi keledek menyasarkan varieti baharu superior berhasil dan bernilai tinggi, kaya nutrisi serta memberi pulangan ekonomik kepada pengusaha dan pengeluar ubi keledek khususnya dalam industri makanan. |
||||||
TEKNOLOGI FERTIGASI KELEDEK Sistem penanaman keledek secara fertigasi dapat meningkatkan pengeluaran keledek berkualiti. Pembajaan merupakan salah satu komponen yang penting dalam meningkatkan hasil tuber keledek. Keledek memerlukan nutrisi tanaman yang seimbang pada setiap peringkat tumbesaran. Oleh itu, satu baja khusus bagi meningkatkan tumbesaran dan hasil tuber keledek telah dibangunkan oleh MARDI. |
|
||||||
BIOPESTISID BAGI KAWALAN ULAT PUTIH TANAMAN KELEDEK Formulasi berasaskan kombinasi ekstrak tumbuhan bagi kawalan ulat putih di lapangan melalui kaedah siraman/takungan (reservoir method). |
|||||||
KAEDAH KAWALAN BINTIK DAUN CURVULARIA BAGI TANAMAN KELEDEK Formulasi berasaskan ekstrak herba daripada rempah ratus dan tumbuhan bagi kawalan penyakit bintik daun Curvularia. Kadar peratus indeks penyakit (PDI) berkurang sebanyak 72% setelah semburan kedua dilakukan. |
|||||||
PENGENDALIAN LEPAS TUAI UBI KELEDEK Teknologi pengendalian lepas tuai ubi keledek telah dibangunkan meliputi indeks penuaian, sanitasi, pengawetan (curing), pembungkusan dan penyimpanan. |
|||||||
PENGENDALIAN LEPAS TUAI UBI KELADI WANGI Teknologi pengendalian lepas tuai yang dibangunkan dalam kajian ini mengambil kira penuaian ubi keladi pada waktu yang tepat dan ini amat penting bagi ubi keladi bagi memastikan kualiti yang premium, bernutrisi tinggi dan mempunyai rasa yang optimum. Diikuti oleh rawatan pengawetan yang membantu mengekalkan kualiti (memulihkan kecederaan mekanikal pada kulit, mengurangkan lasticisi bergabus, mengekalkan kesegaran pseudostem, melambatkan pertumbuhan fungus) dan memanjangkan hayat simpanan. |
|||||||
APLIKASI PLANT GROWTH REGULATOR (PGR) BAGI MENINGKATKAN HASIL TANAMAN KELEDEK Aplikasi PGR dapat meningkatkan hasil keledek (2.4 kg/pokok menggunakan sistem fertigasi dan 1.2 kg/pokok bagi kaedah konvesional) berbanding dengan tanpa PGR (1.5 kg/pokok menggunaan sistem fertigasi dan 0.86 kg/pokok menggunakan kaedah konvensional). |
PROSEDUR OPERASI STANDARD (SOP) PENGELUARAN MISAI KUCING SOP ini merupakan garis panduan pengeluaran misai kucing di Malaysia yang menjelaskan berkenaan pemilihan asksesi elit, amalan agronomi yang baik, kawalan perosak dan penyakit serta pengendalian lepastuai yang baik bagi menjamin kualiti hasil. |
|||||
SISTEM PENGELUARAN KESUM TINGGI HASIL DAN FITOKIMIA Sistem penanaman kesum elit (MKSM004) secara ladang terbuka menghasilkan kesum tinggi hasil (751.5 g/pokok) dan kandungan sebatian Quercetin-3-glucuronide (Q3G) dan Quercitrin yang konsisten dan tinggi. |
|||||
PRODUK SUPLEMEN OLEOKESUM TINGGI ANTIOKSIDA Produk suplemen kesum dengan ciri yang baharu yang dibangunkan ini dikenali sebagai oleokesum yang berfungsi sebagai antioksida. |
|||||
|
PENGELUARAN HALIA SECARA FERTIGASI Teknologi penanaman halia secara fertigasi meningkatkan hasil rizom halia (5.4 kg/pokok) berbanding dengan sistem konvensional tanah (2 kg/pokok). |
KAEDAH KAWALAN IPM BAGI SERANGGA PEROSAK FALL ARMYWORM (FAW) TANAMAN JAGUNG |
|
TEKNOLOGI PENGELUARAN JAGUNG BIJIAN Jagung bijian merupakan sumber tenaga penting dalam komposisi formulasi makanan ternakan bukan ruminan. Kekurangan pengeluaran tempatan menyebabkan negara terpaksa mengimport hampir semua keperluan jagung bijian negara dan nilainya terus meningkat setiap tahun sehingga mencecah 2 juta tan dengan nilai RM1.73 bilion pada tahun 2020. |
KLON KOPI LIBERICA MARDI: MKL 8, MKL 9 & MKL 10 Tiga klon kopi Liberica baharu yang dilancarkan pada tahun 2023. Hasil kopi jambu (coffee berry) antara 17 – 25 t/ha iaitu 60% lebih tinggi daripada hasil klon kopi Liberica komersial. Hasil kopi beras (coffee bean) antara 1.9 – 2.7 t/ha dengan peratus pertukaran kopi jambu ke kopi beras yang tinggi antara 9.9 – 10.8% iaitu 25% lebih tinggi daripada hasil klon kopi Liberica komersial. |
|
MINYAK KOPI HIJAU KAYA FITONUTRIEN DAN ASID LEMAK Kopi hijau klon Liberica MARDI (MKL 5, MKL 6 dan MKL 7) yang telah dirawat dengan 0.25% garam telah digunakan sebagai bahan mentah bagi penghasilan minyak kopi oleoresin kopi hijau yang mana kandungan utama bahan fitonutrien yang terpilih iaitu asid linoleic dan fitosterol meningkat di dalam minyak oleoresin kopi hijau yang dihasilkan. |
|
TEKNIK PENGERINGAN OPTIMUM BIJI KOPI HIJAU (COFFEE BEAN) Biji kopi daripada klon terpilih iaitu MKL8, MKL9 dan MKL10 dituai pada tahap kematangan optimum dan dikeringkan dalam pengering mekanikal pada suhu 60 °C selama 8 jam bagi setiap 5 kg biji kopi. |
|
TEKNOLOGI PEMBIAKAN MASSA BAHAN TANAMAN KOPI Kajian pembiakan massa kopi Liberica secara keratan batang dilaksanakan menggunakan kaedah keratan batang orthotropic kopi Liberica dan telah berjaya dijana dengan peratus kejayaan melebihi 80% hidup dengan tempoh pengeluaran dapat dipendekkan kepada 8 – 9 bulan. |
MARENA Kelapa hibrid MARENA adalah kacukan kelapa Malayan Red Dwarf (MRD) dan Kelapa Laguna Tall (LAGT). Kelapa hibrid dengan buah bersaiz besar dan berhasil tinggi dengan potensi hasil sebanyak 25,000 biji/ha/tahun. |
|
||||
|
MARLECA Kelapa hibrid MARLECA adalah kacukan kelapa Malayan Red Dwarf (MRD) dan Kelapa Niu Leka (NLAD). Kelapa hibrid dengan buah bersaiz besar dan pertumbuhan pokok yang agak perlahan dan lambat tinggi dengan potensi hasil sebanyak 25,000 biji/ha/tahun. |
||||
CARENI Merupakan kelapa kacukan Cameroon Red Dwarf (CRD) dan Nias Green Dwarf (NGD). Kelapa hibrid untuk minuman segar dengan potensi hasil sebanyak 32,000 biji/ha/tahun. |
|
||||
|
MYLAG Kelapa hibrid MYLAG adalah kacukan kelapa Malayan Yellow Dwarf (MYD) dan Kelapa Laguna Tall (LAGT). Kelapa hibrid berhasil tinggi dengan potensi hasil sebanyak 25,000 biji/ha/tahun. Merupakan kelapa kacukan dari Malayan Yellow Dwarf (MYD) dan Laguna Tall (LAGT). |
||||
MYLECA Kelapa hibrid MYLECA adalah kacukan kelapa Malayan Yellow Dwarf (MYD) dan Kelapa Niu Leka (NLAD). Kelapa hibrid dengan pertumbuhan pokok yang agak perlahan dan lambat tinggi dengan potensi hasil sebanyak 23,000 biji/ha/tahun. |
|
||||
|
CARECA Merupakan kelapa kacukan Cameroon Red Dwarf (CRD) dan Catigan Green Dwarf (CTAD). Kelapa hibrid untuk minuman segar dengan potensi hasil sebanyak 32,000 biji/ha/tahun. |
||||
PENANAMAN SEMULA KELAPA SECARA SEMI-UNDERPLANTING |
|||||
BAHAN ORGANIK UNTUK RAWATAN TANAH MARGINAL BAGI TANAMAN KELAPA Sumber bahan organik dari sisa pelepah kelapa (diracik dan dikisar) sebanyak 6 kg/pokok/tahun digabungkan dengan baja sebatian NPK (12:12:17+2MgO+TE) sebanyak 4.5 kg/pokok/tahun bagi meningkatkan prestasi pertumbuhan dan hasil tanaman. |
|||||
TANAMAN CAMPURAN DI BAWAH KELAPA Integrasi tanaman kelapa dan serai di kawasan tanaman kelapa yang ditanam secara segitiga konvensional memberi pulangan pelaburan yang tinggi dengan keuntungan bersih adalah RM6,116.00/ha/musim penanaman. Manakala, ditanam secara baris kembar dua (double avenue) juga memberi pulangan pelaburan yang tinggi dengan keuntungan bersih adalah RM12,413.00/ha/musim penanaman. |
|||||
AMALAN KULTUR BAGI KAWALAN KUMBANG TANDUK Kaedah amalan kultur secara sanitasi di kawasan tanaman kelapa dengan serangan perosak kumbang tanduk yang tinggi. Sanitasi dapat menurunkan populasi perosak sehingga 80%, memusnahkan tempat pembiakan perosak dan secara tidak langsung mengurangkan simptom serangan perosak. |
|||||
HAMA ERIOFID KELAPA: SIMPTOM DAN TEKNIK PENENTUAN TAHAP SERANGAN Teknik Galvao lebih praktikal digunakan untuk menentukan keterukan serangan serta populasi semasa atau keberadaan hama eriofid. |
|||||
TEKNIK PEMELIHARAAN TRICHOSPILUS PUPIVORUS, PARASITOID PUPA ULAT BLACKHEAD, OPISINA ARENOSELLA PEROSAK TANAMAN KELAPA Parasitoid endo-pupa, Trichospilus pupivorus dibiakkan menggunakan perumah asalnya iaitu pupa segar ulat blackhead (BHC), Opisina arenosella dan madu komersial berkepekatan 30%. Teknik didapati meningkatkan kuantiti parasitoid (bilangan progeni sehingga >100 ekor) dengan kadar memparasit sebanyak 30 - 50% dan melengkapkan kitar hayatnya dalam tempoh 10 - 14 hari. |
|||||
TEKNOLOGI PENGHASILAN SABUN DAN LOSYEN DENGAN EMOLIEN KELAPA Produk sabun bar mandian, sabun kosmetik transparen dan losyen aromaterapi dengan khasiat pelembap emolien kelapa dan minyak pati telah dibangunkan bersama tiga prosedur operasi standard (SOP). Teknologi ini telah diguna pakai oleh usahawan-usahawan produk hiliran dan juga inkubator MARDI. |
|||||
TEKNOLOGI PENGHASILAN BAHAN PIAWAI BAGI KAWALAN KUALITI KELAPA Dalam inovasi ini, metil ester telah dihasilkan daripada minyak kelapa yang telah dimurnikan, kemudian melalui proses metilasi dan prosedur penulenan bagi penghasilan tiga spesiliti metil ester semula jadi untuk standard kimia kelapa (CMEs). CMEs boleh digunakan sebagai rujukan kimia bagi analisis minyak kelapa untuk profil asid lemak (bersamaan dengan nilai metil ester) selain menjadi standard CMEs kelapa dan spesialti aroma kimia ester untuk kawalan mutu (QC). |
|||||
TEKNOLOGI PENGHASILAN PRODUK HILIRAN TEMPURUNG TERPILIH Kajian ini memberi penekanan kepada kepentingan bahan terbitan tempurung iaitu CSP sebagai produk nilai tambah yang berpotensi tinggi untuk kegunaan bahan industri bukan makanan dan sebagai sumber pendapatan tambahan bagi usahawan tani yang berkaitan. |
|||||
|
TEKNIK PENGHASILAN BAHAN LIGNIN-KOMPLEKS BERNILAI TINGGI DARIPADA SABUT KELAPA Teknik yang selamat dan mesra alam dibangunkan bagi penghasilan ekstrak lignin kompleks daripada sisa sabut kelapa. Ekstrak lignin kompleks ini adalah berpotensi untuk digunakan bagi penghasilan bahan antiserangga, sumber kesihatan tanaman, bahan aromatik, bahan kesihatan (antibakteria) dan bahan antikarsinogenik. |
||||
SISTEM KAWALAN BIOLOGI KUMBANG PALMA MERAH (RPW) Sistem kawalan biologi ini akan dapat membantu mengurangkan populasi RPW yang boleh digunakan untuk pemantauan dan pengawalan kehadiran/serangan RPW terutamanya di kawasan penanaman kelapa di seluruh negara. |
|